BAB 12

4.3K 150 13
                                    

Ini sambungan dari Magic Of Three Girls yang nombor satu itu. Harap korang tak keliru pasal novel ini... Kalau pembaca tak faham pasal novel ini, sila komen saya. Mungkin saya boleh bantu anda. Okay..pembaca boleh meneruskan membaca.

----------------------------------------------

"Tuanku boleh mendengar saya melalui sentuhan ini. Kawal saya melalui minda dan gunakan kuasa saya!"kata busurnya lalu bercahaya kemerahan pada busurnya. Lyiah mengangguk faham lalu tersenyum. Reo berasa pelik melihat Lyiah. Reo tersenyum sinis.

   Lyiah handal memanah lalu memanah ke arah Reo bertubi-tubi. Reo mengelak dengan  pantas kesemua serangan Lyiah. Lyiah terkejut lalu meneruskan memanahnya ke arah Reo. Reo mengelak dan datang menghampiri Lyiah. Lyiah tidak sempat untuk memanahnya kerana terlalu dekat lalu Reo mengangkat pedangnya ke atas untuk menyerang dari atas.  Lyiah berasa cemas. Lyiah fokus sambil menutup mata lalu Lyiah sempat menghalakan anak panahnya ke perut Reo lalu Lyiah mengeluarkan api sederhana besar dari busurnya.

"Tembakan bebola api!"kata Lyiah lalu menembak perut Reo. Reo terkejut dan tidak sempat untuk melarikan diri lalu tercampak ke belakang. Lyiah tersenyum sinis.

"Ohh..ini kuasa awak ye busur.."kata Lyiah dalam hati. Nasib baik Reo pakai perisai di badannya. Kalau tak pakai perisai tu, habis terbakar satu badannya...

"Erghh..hebat betul..gadis ni.."kata Reo sambil tersenyum sinis lalu bangun perlahan-lahan dan mengambil pedang di sebelahnya. Lyiah bersiap sedia untuk menyerang. Lyiah terus memanah ke arah Reo. Reo tersenyum sinis lalu mengelak dengan senang dan pantas.

"Baru aku teringat yang Reo ada kuasa petir. Kalau petir, mesti ada kuasa kilat. Patutlah laju semacam.."kata Lyiah lalu memanah dengan lebih banyak sekali. Reo terkejut dengan tindakan Lyiah lalu mengelak satu persatu anak panah dari Lyiah. Lyiah berasa tidak puas hati lalu menggunakan anak panah bebola apinya dengan banyak sekali ke arah Reo. Reo tiada pilihan untuk melarikan diri lalu Reo menggunakan larian kilatnya. Lyiah terkejut kerana Reo berada dihadapannya. Reo tersenyum sinis. Mukanya rapat ke muka Lyiah. Lyiah malu lalu terus terduduk di atas lantai. Lyiah hampir terkeluar dari garisan luar. Reo menghayunkan pedangnya di sebelah kanan. Lyiah takut lalu memejamkan mata dengan rapat.

    Setelah beberapa minit memejamkan mata, Lyiah mengambil keputusan untuk membuka mata. Lyiah terkejut melihat Reo tidak bergerak langsung. Pedangnya hampir mengenakan lengan kanan Lyiah. Lyiah terus menjarakkan dia dengan pedang Reo. Lyiah terus bangun dari duduknya.

"Dia ni nak bunuh aku ke apa!?"marah Lyiah kepada Reo tetapi Reo tidak mengalihkan mukanya yang memandang bawah. Lyiah memandang sekeliling, semuanya bagaikan terhenti!

"Macam mana nak kembalikan kepada normal?"kata Lyiah keseorangan.

"Tuanku boleh memetikkan jari tuanku dan ia akan menjadi normal semula"kata busurnya. Lyiah terkejut.

"Macam mana kamu boleh tahu?"kata Lyiah kehairanan.

"Saya dan tuanku bersentuhan dan saya boleh rasakan kuasa dan kehebatan tuanku"kata busur itu lalu Lyiah mengangguk perlahan. Sebelum Lyiah memetikkan jarinya, dia mendapat idea untuk kalahkan si Reo. Lyiah berjalan ke belakang Reo lalu memetikkan jarinya.

    Reo terkejut melihat Lyiah tiada di hadapannya. Lyiah dengan pantasnya menendang belakang Reo dengan perlahan. Reo tidak dapat nak seimbangkan badan lalu terkeluar dari garisan tersebut.

Gedebukk!!

Reo mengusap belakangnya yang sakit sikit. Lyiah terlompat gembira.

"Pemenang ialah Puteri Lyiah! Okay kamu semua boleh pergi bersurai"kata ayahanda sambil menepuk tangan lalu meninggalkan tempat itu. Lyiah mendekati Reo.

"Maaf Reo.."kata Lyiah dengan suara yang serba salah.

"Tak apalah. Kitakan berlatih je, bukan betul-betul pun berlawan"kata Reo sambil berdiri dan tersenyum ke arah Lyiah. Lyiah membalas senyumannya.

"Saya nak pergi bilik rawatan sebab nak tengok kakak saya dan Rayyan. Awak nak ikut saya?"kata Lyiah kepada Reo. Reo mengangguk setuju lalu mereka pergi menuju ke bilik rawatan.

Beberapa minit kemudian, kami tiba di bilik rawatan. Rai dan aku pun ada di situ. Nampaknya, semua orang tak ada cedera teruk.

"Siapa menang?"kataku ingin tahu. Reo memandang ke arah Lyiah. Lyiah tersenyum sampai ke telinga.

"Aku dah agak, Lyiah menang. Aku pelik, kenapa aku, kakak dan adik aku boleh menang dengan senang sekali. Mungkin diorang bagi peluang kut..lantaklah asalkan semua selamat.."kataku dalam hati. Mereka mengangguk faham, pemenang ialah Lyiah.

"Okay, saya minta diri dulu. Jumpa esok"kataku lalu aku mengambil pedangku dan terus menuju ke pintu untuk keluar. Tiba-tiba tangan kananku di pegang oleh seseorang dari belakang. Aku sedikit terkejut. Siapa lagi kalau bukan Rai..

"Nak apa?"kataku sambil menoleh ke arah mukanya. Mereka memerhatikan kami di hadapan pintu keluar. Malu pulak rasa diorang pandang arah sini.

"Esok. Pukul 12 tengahhari, okay?"kata Rai sambil memandang tepat ke arah anak mataku lalu mengenyetkan matanya. Aku mengalihkan anak mata ke tempat lain sebab malu nak tengok mata dia ni. Aku mengangguk lalu tanganku di lepaskan perlahan-lahan. Aku terus menuju ke bilik.

   Sampai sahaja di bilik aku terus menutup pintu dengan rapat. Merah terus muka. Nak menjerit sepuas hati di dalam bilik ni tetapi nanti diorang dengar pulak. Aku berjalan menghampiri katil lalu duduk di birai katilku. Aku meletakkan pedangku di atas katilku lalu aku memandang pedangku. Aku memegang pedangku sambil berkata..

"Wahai pedangku yang cantik, sudikah awak bercakap dengan saya?"kataku dengan lembut. Romantik pula ayat aku ni. Nasib baik bukan depan Rai. Tiba-tiba pedang aku bercahaya kebiruan lalu pedang itu mengeluarkan sesuatu 'makhluk'! Aku terkejut lalu menjauhkan diri dari pedangku. Rupa-rupanya, ia adalah pari-pari kecil sebesar tapak tangan dan berwarna biru. Comel dan..cantik sekali!

"Maafkan saya kalau tuanku terkejut. Ada apa tuanku memanggil saya?"kata pari-pari kecil sambil mendekati ke arahku. Aku masih lagi tergamam.

"Err..nama kamu siapa? macam mana kamu boleh ada di dalam pedang saya? Apa kuasa elemen kamu?....ohh, elemen awak, saya dah tahu.."kataku lalu aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih.

"Nama saya Kiera. Saya boleh baca fikiran tuanku melalui sentuhan menggunakan pedang ini. Saya boleh rasa kuasa dan kekuatan tuanku"kata Kiera sambil tersenyum manis. Aku tergamam apa yang dia cakap. Aku...ada kuasa ke? Tak mungkinlah aku ada kuasa.. aku cepat-cepat balas senyumannya. Kekok sikit..

"Nama saya Laila. Selamat berkenalan. Kamu tak payahlah nak panggil saya 'Tuanku' lagi. Kamu anggapkan saya macam orang biasa jer lagi pun, saya tak marah pun kalau kamu nak panggil saya 'kau, aku' ke atau 'awak, saya' ke...Saya tak kesah. Saya malulah kalau kamu cakap saya ni Tuanku "kataku sambil menutup muka dengan kedua-dua tangan..macam gedik pulak rasa..

---------------------------------------------

Maaf, pasal bab-bab berlawan tadi saya tak pandai sangat sbb tu kekok sikit..hehehehe..😅. Kalau cerita ni tak best, saya minta maaf. Thanks for your voted and coments.

Magic Of Three Girls 2Where stories live. Discover now