Sampai sahaja, Ken berkata..
"Mana...Alia?"tanya Ken kepada Lyana dan Lyiah.
"Dia dah hilang!"kata Lyana seperti tak tentu arah. Ken hairan sekejap.
"Dia hilang guna kuasa bayang dia.
Kami cuba kesan dia tapi tak dapat"kata Lyiah dengan tenang."Habistu, dia kat mana sekarang??"tanya Ken gelabah.
"Aku rasa..aku tahu dia kat mana.."kata Lyana sambil memfikirkan sesuatu. Kami bertiga memandang ke arah Rai..
"Oh tidak! Dia mesti ada disekitar Rai!"kata Lyiah.
"Tch! Aku pergi kat Rai dulu!"kata Ken lalu berubah menjadi harimau pelik. Lyiah dan Lyana terkejut dengan perubahannya.
-----------------------------
"Apahal dia ni kuat sangat?!"bisik hatiku.
Tiba-tiba, Dukeel mula tersenyum. Kami bertiga kehairanan.
"Mesti dia ada niat jahat lagi. Hati-hati guys"bisik Rayyan yang berada dibelakang bersama Reo. Aku berada dihadapan mereka berdua. Aku dan Reo mengangguk faham.
Mata aku terbeliak luas..
Aku seakan tidak boleh bergerak lagi..
Dukeel terlalu pantas seakan kilat..
Aku menelan air liur..
Aku terdengar suara orang yang memuntahkan sesuatu..
Jangan-jangan???...Aku memusingkan kepala perlahan-lahan kebelakang untuk melihat apa yang berlaku kepada mereka. Aku terkejut besar!!
"Ra-Rayyan??.....R-Reo??.."kataku perlahan dan kemudian menjerit nama mereka berdua sekuat hati.
Badan mereka berdua dicampakkan ketepi oleh Dukeel lalu terhempas ke dinding. Mata aku terbeliak luas. Banyak darah yang terkeluar dari badan mereka..
"K-kau! Kenapa kau tak bunuh aku je?!!"jeritku kepada Dukeel. Air mataku menitis perlahan-lahan.
"Aku dah tak ada masa untuk bermain dengan kanak-kanak seperti kamu semua ni dan..ada seseorang yang akan datang untuk membunuh kau. Dia akan sampai tak lama lagi.."kata Dukeel lalu berjalan kearah tempat duduknya untuk berehat.
Aku menggenggam pedangku dengan erat. Air mataku jatuh berterusan.
"DUKEEL!!!"jeritku lalu terus menyerang Dukeel dari belakang.
Tiba-tiba, ada seseorang yang sudah berada dihadapan aku lalu pedangnya menusuk ke dalam dadaku. Aku rasa kejadian ini pernah terjadi pada 8 bulan lepas..
"L-Laila.."kataku sambil memegang mukanya. Tiba-tiba, muka Laila berubah lalu dia mengeluarkan air matanya. Laila mengeluarkan pedangnya dari dalam badan aku lalu dicampak sejauh yang mungkin. Laila terus memeluk badanku dengan erat.
"S-saya m-minta maa-f, Rai!"kata Laila sambil menangis teresak-esak.
"Betul apa yang aku cakapkan tadi. Bile dia dah bunuh kau, dia akan kembali seperti normal"kata Dukeel dari jauh sambil tersenyum sinis.
Badan aku semakin lemah dan tersangat sakit. Aku ternampak Ken berada sedikit jauh dari kami. Dia terkaku apabila melihat keadaan aku begini.
Kami berdua terduduk diatas lantai. Laila memegang muka aku dengan tangisannya yang masih berterusan. Aku memegang pipinya.
"J-jangan risau. Saya se-sentiasa berada disisi awak. I-ingat rantai ki-kita ni"kataku dengan nafas yang sukar untuk bernafas. Laila mengangguk laju.
YOU ARE READING
Magic Of Three Girls 2
FantasySinopsis sama dengan 'Magic Of Three Girls'... Mengesahkan tentang.. 7 bulan dari sekarang, mereka akan mengadakan peperangan besar dengan negara Dark Alexandar. Mereka semua sudah berpakat untuk serang bersama. Adakah mereka masih hidup atau mati d...