Aku dan Rai berjalan beriringi.
"Maaf, sebab buat awak risau.."kataku dengan rasa bersalah.
"Lain kali jangan buat lagi. Kalau nak pergi mana-mana telefon saya"kata Rai sambil memandang wajahku. Aku menunduk kepala memandang bawah.
"Baik. Saya nak tanya, kenapa awak dan adik-beradik awak sekolah kat sini?"tanyaku sambil memandang ke hadapan pula.
"Ayahanda awak suruh tengok-tengokkan awak bertiga"kata Rai. Aku membulatkan mulut sahaja.
"Awak duduk kat mana?"tanyaku.
"Alexandar. Saya guna 'Riski' untuk pergi ke sana"kata Rai.
"Tapi, ..kenapa awak masih ada kat sini? Bukan sepatutnya awak kena balik kat Alexandar?"tanyaku lagi sambil memandang mukanya.
"Jalan-jalan cari hati awak?"kata Rai mengusik.
"Hmmm..okaylah, saya balik dulu. Bye!"kataku lalu berlari menuju ke rumah.
"O-oi!.."jerit Rai tetapi terlambat. Aku berlari sehingga hilang dari pandangan Rai.
"Jumpa esok...Laila.."kata Rai perlahan. Rai memgeluarkan Riski dari poketnya lalu Rai hilang dari dunia ini.
------------------------
Sampai sahaja dihadapan rumah, mukaku kemerahan dibuat Rai. Aku menutup tangan kiriku yang berbalut dari dilihat nenek dan adik-beradikku.
"Dah pulang?"kata Lyana yang berada di pintu masuk.
"Dah, Kak Ana.."kataku lalu masuk ke dalam bilik. Lyana pelik dengan tingkah laku aku.
Aku menghempaskan badanku di atas katil dan memandang atap rumah.
"Saya dapat rasakan sesuatu yang buruk kat sekolah nanti. Malasnya nak hadap muka si minah tu.."kataku.
Keesokan paginya, disekolah~
Seperti biasa, duduk di meja masing-masing. Kelas pun berlangsung.
Semasa kelas berlangsung, aku meminta izin ke tandas. Aku pun keluar dari kelas menuju ke tandas.
"Cikgu, izinkan saya ke tandas?"kata Leni.
"Okay"kata cikgu itu. Leni pun keluar dari kelas.
---------------------------
Aku masih didalam tandas.( faham je dia buat ape kat dalam tandas😑)
Aku keluar dari tandas lalu membasuh tangan sebelum keluar dari tandas.
Aku mahu membuka pintu masuk tandas tetapi tidak boleh buka.
"Kenapa dengan pintu ni? Dah rosak ke?!"kataku sambil mencuba membuka pintu ini beberapa kali.
Tiba-tiba aku terdengar orang ketawa dari luar tandas dan orang itu pergi dari sini.
"Mesti orang tu yang mengunci aku!"kataku.
-----------------------------
Leni masuk ke kelas dengan gembira.
"Leni, mana Laila?"tanya cikgu itu.
"Entahlah cikgu, saya tak nampak dia kat tandas. Saya rasa, dia ponteng kelas cikgu"kata Leni.
YOU ARE READING
Magic Of Three Girls 2
FantasySinopsis sama dengan 'Magic Of Three Girls'... Mengesahkan tentang.. 7 bulan dari sekarang, mereka akan mengadakan peperangan besar dengan negara Dark Alexandar. Mereka semua sudah berpakat untuk serang bersama. Adakah mereka masih hidup atau mati d...