BAB 25

1.4K 99 18
                                    

Di Alexandar One..

"Macam mana aku nak minta maaf kat diorang eh?"soal ku sendiri.

Aku terlalu khusyuk memikirkan sesuatu untuk meminta maaf kepada kakak dan adik aku sehingga aku terlanggar sesuatu di hadapan.

"Aduh!"kataku perlahan lalu jatuh ke tanah.

"A-awak tak pape?"kata suara itu sambil menghulurkan tangan. Aku mendongak ke atas.

"T-tak"kataku.

"Hensem jugak dia ni.."bisik hatiku dan sempat memuji lelaki tersebut. Apa yang aku merepek ni! Aku dah ada Rai!

Aku memegang tangannya dan terus aku berdiri.

"Terima kasih"kataku sambil membersihkan tanah yang ada di baju ku.

"Sama-sama. Awak ni, tuan puteri kan?"kata lelaki itu.

"Ye. Kenapa?"tanya ku.

"M-maaf Tuan Puteri, sebab patik terjatuhkan Tuan Puteri!"kata lelaki itu sambil membongkokkan badannya.

"Eh! Tak payah lah buat macam tu. Kita formal je tapi depan ayah dan ibu saya, awak kena hormat tau"kataku. Lelaki itu mengangguk.

"Nama saya Laila, 14 tahun"kataku sambil tersenyum ke arahnya.

"Saya Ken, 15"kata Ken sambil tersenyum.

"Ohh, saya kena panggil awak Abang Ken lah sebab awak atas saya?"kataku.

"Hehehe. Saya pun kena panggil awak Laila kalau macam tu. Awak tak kesah kan?"katanya.

"Tak pun"kataku lalu kami ketawa sedikit.

"Abang Ken nak pergi mana lepas ni?"tanyaku.

"Alamak! Abang lupa pulak! Nasib baik Laila ingat kan! Abang nak pergi kedai ni sebab mak abang suruh beli barang! Abang pergi dulu!"kata Ken.

"Abang Ken! Saya minta maaf sebab tak beritahu awal²!"jeritku kepada dia.

"Tak pe!"kata Ken dan sempat lagi dia senyum kat aku. Aku rasa lega sedikit sebab dia tak marah aku. Aku berjalan menuju ke istana. Jam sudah menunjukkan pukul 6:55 petang.

Aku masuk ke dalam istana dan terus menuju ke dalam bilik. Tiba-tiba..

"LAILA!!"kata kakak dan adikku. Mereka terus memeluk aku sebaik sahaja aku membuka pintu.

"Ehh! K-kenapa ni?"tanyaku kehairanan.

"Kami risau kan angah tau. Angah pergi mana? Lama kami tunggu tadi!"kata Lyana.

"Betul tu. Kami risau sangat kat angah. Janganlah buat macam ni lagi"kata Lyiah sambil menangis.

"Ja-janganlah nangis. Angah pun nak minta maaf sebab tinggalkan korang kat dalam bilik ni dan bahasa angah tadi kasar sangat. Angah...angah nak minta maaf"kataku sambil menangis juga. Aku membalas pelukan mereka. Lyana hanya tersenyum sahaja.

Beberepa minit kemudian, kami melepaskan pelukan itu.

"Angah, nenek suruh kita siapkan barang-barang yang perlu dibawa esok sebab kita kena pergi kat dunia manusia tu semula. Kita kena pergi sekolah"kata Lyana. Aku mengangguk lalu mengemas barang. Sebelum tu, aku kena hantar mesej kat Rai.

Aku:Rai, saya minta maaf sebab tak beritahu awak pasal ni. Saya akan pergi ke dunia manusia esok. Saya tak tahu lagi bila nak balik sini semula. Kalau awak marah kat saya, saya tak kesah dan saya sudah sampaikan mesej ni kat awak. Saya masih pakai rantai yang awak bagi ni dan saya janji yang saya tak akan bukak rantai ni. Saya harap awak baca mesej ni. Saya rindu awak disini..

Magic Of Three Girls 2Where stories live. Discover now