BAB 49

1.5K 106 52
                                    

Baca sambil mendengar lagu diatas ye😣 Maaflah kalau lagu ni tak seberapa bagi korang. Bagi saya, lagu ni sangat sedih..;) 🎶

_______________________________________

"Biar betul?!"bisik hatiku yang masih tidak percaya. Aku terus selubung dengan selimut.

"Laila...aku minta maaf apa yang aku dah buat kat kau sampai sekarang. Aku tak ada niat pun nak marah or tengking kau..sorry.."katanya.

"Oh, kalau aku ni perempuan lain mesti kau marah dia dan tengking dia. Betulkan?"marahku. Dia terdiam seketika.

"Tapi itu aku yang dahulu, bukan yang sekarang. Kau lah orang yang ubah aku jadi orang yang tak panas baran lagi. Kalau aku tak jumpa kau, hidup aku akan jadi seperti dulu.."kata Rai. Dia dah insaf apa yang dia dah buat selama ni.

"So..please! Tolong bagi aku peluang untuk aku teruskan hidup bersama kau!"merayu Rai dihadapan tingkap. Ayat dia sangat menyentuh!

"Tak boleh.."balasku. Dia tercengang.

"Why?"

"..kau masih ada hubungan dengan Amanda kan? Sebabtu aku tak nak kacau hidup korang.."aku mengeluh disebalik selimutku. Aku sebenarnya tak nak cakap pasal tu tapi..terpaksa jelaskan..

"A-aku boleh berbincang dengan dia! Kau tak perlu risau, dia akan faham nanti. Kita akan ingatkan dia semula! Percayalah!"katanya. Aku boleh nampak senyuman dia. Rindunya..

"..okay.."balasku. Tiba-tiba, Rai menarik selimutku dengan lembut dan terserlahlah mukaku. Rindunya!

     Rai terus memeluk aku. Aku terkejut. Aku tak terfikir pun keadaan ini akan berlaku. Air mataku mula bertakung.

"Saya tak akan pernah lupakan awak lagi...dan tinggalkan awak lagi..i'm promise!"dia memelukku dengan erat sekali. Kata-katanya telah membuatku menangis lebih deras lagi.

"Ke-kenapa awak cakap macam tu?"tanyaku sebaik sahaja kami meleraikan pelukan. Dia mengelapkan air mataku lalu berkata..

"..because I love you.."

     Dia memandang ke tempat lain. Malulah tu. Muka aku pun dah merah padam. Tanpa berlengah lagi, aku terus memeluknya lagi lalu berkata..

"I love you too!"aku tersenyum sambil ketawa kecil. Rai pun tersenyum sambil membalas pelukan aku.

Tukk! Tukk! Tukk!

     Bunyi ketukan pintu dari luar bilik ni. Mesti Alys dengan Ken dah balik!

"Nampaknya, saya kena pergi dulu. Kita jumpa lagi"katanya sambil tersemyum lalu berjalan menuju ke tingkap. Seriously dia nak terjun..

"Hmm! Kita jumpa lagi. Hati-hati!"aku melambai tangan ke arahnye. Dia mengangguk lalu berjalan ke arah aku. Aku hairan. Dia terus memeluk aku masuk kedalam dakapannya. Aku hanya ketawa kecil dan membalas pelukan.

"..Terima kasih. Kalau awak tak ada, saya mesti dah mati di tangan Dukeel buat selama-lamanya.."katanya sambil mengusap kepalaku sebaik sahaja sudah meleraikan pelukan. Dia sempat mencium dahiku. Bertambah blush jadinya.

"Bye"dia terus terjun dari tingkap itu. Aku tersenyum seorang diri lalu berjalan menuju ke pintu.

"Maaf! Tadi aku tertidur, hehe.."kataku sambil tersengih.

"Apahal senyum-senyum macam kerang busuk ni? Ada something eh?"tanya Ken.

"M-mana ada! Nak senyum pun tak boleh ke?"aku bersilang tangan.

"Dah-dah, jom kita makan. Nanti sejuk pula makanan ni. Untung korang tak payah keluar duit, yang belinya aku jugak"kata Alys. Aku dengan Ken tersengih.

Magic Of Three Girls 2Where stories live. Discover now