BAB 47

849 66 3
                                    


Malam~

    Aku terjaga dari tidur lalu melihat jam disebelah katilku..

"..9:01 malam?..aku nak pergi tukar baju dulu. Lepastu sambung tidur.."bisik hatiku lalu bergegas menuju ke almari.

Uuueeeeewwwww~

      Perutku berbunyi..

"Aku lupa.. aku tak makan petang tadi.."bisik hatiku lalu melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur.

     Sampai sahaja didapur..

"LAILA!!"jerit Lyiah dan Lyana kepadaku lalu terus memeluk aku.

"Ko-korang dah kenapa?"tanyaku dengan rasa yang hairan terhadap mereka berdua.

"Kami dah ingat semuanya!"kata Lyiah. Lyana mengangguk benar.

"Nenek cerita kat kami tadi masa kau tengah tidur"kata Lyana. Aku hanya ber'ooh' sahaja.

"Baguslah kalau macam tu..sekarang ni, aku ni pergi makan.."kataku lalu berjalan menuju ke peti sejuk.

"Rai dah ingat kat kau semula ke?"tanya Lyana yang sudah mula menanyakan soalan yang aku pun sukar nak dijawab. Aku tersentap seketika..

"T-tak..aku tak nak dia tahu.."kataku sambil membawa biskut aiskrim ke ruang tamu. Itu pun dah boleh buat aku kenyang tau.

"Kenapa kau tak bagitahu dia lagi?!"tanya Lyiah. Aku sebenarnya penat nak ulang jawapan yang sama. Boleh buat aku stress pasal hidup ni!

"Tolong jangan tanya aku soalan tu boleh tak! Ini urusan aku! Jangan sibuk nak masuk campur hal orang!"akhirnya terlepas juga kata-kata aku ni..

"Maaf.."kataku perlahan lalu berjalan menuju ke bilik untuk mengambil 'Riski'. Mesti mereka terkejut dengan tengkingan aku..

      Apabila aku sudah mendapat 'Riski', aku terus menekan button untuk pergi ke dunia sana semula. Aku sempat jugak mengambil topeng mulut tu. Mana tahu Rai tiba-tiba je muncul..

     Aku mengambil keputusan untuk tidur kat Istana Alys. Tenang sikit disana..

-----------------------------

     Sampai sahaja dihutan ini, aku terus berubah menjadi bayang-bayang dan tanpa membuang masa aku terus menuju ke Istana Dark Alexandar..

    Tiba-tiba pula aku ternampak rusa. Kakinya tersangkut di akar-akar yang serabut tu. Mesti susah bagi rusa tu nak lepaskan diri. Apa salahnya tolong haiwan dalam kesusahankan?..

      Aku berubah kepada bentuk asal dan cuba menggunakan kuasa ais aku untuk membekukan akar tersebut. Aku buat dengan berhati-hati supaya tidak terkena ais pada kaki rusa itu. Aku memecahkan akar itu lalu rusa itu terus menjauhkan diri dari aku dan hilang dari pandanganku. Aku tersenyum kecil.

"Seronok jugak buat kerja macam ni"kataku sendirian.

"Seronok jugak jumpa kau kat sini.."

   Aku terus menolehkan kepala aku kearah suara tersebut.

"Sh*t! Macam mana dia ada kat sini!"bisik hatiku lalu berjalan ke tempat lain. Aku tak nak bercakap dengan dia, aku tak nak bercakap dengan dia, aku tak nak bercakap dengan dia..

Magic Of Three Girls 2Where stories live. Discover now