BAB 28

1K 87 2
                                    

"Naik sekolah jumpa lagi ye?"kataku. Leni mengangguk sambil tersenyum. Leni pun menutup pintu.

"Besar jugak rumah dia. Macam CEO! Untungnya Leni.."kataku perlahan lalu menuju ke rumah.

   Semasa aku berjalan, aku terfikir..

"Lyiah dengan Lyana, muka mereka nak dekat sama dan nama pun nak sama. Tapi aku lain sedikit, kenapa ye? Apa yang aku merapu ni, mereka kan adik-beradik aku.."kataku diri sendiri.

Sampai dirumah~

"Laila dah balik"kataku lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Selamat pulang. Adik dan kakak kamu ada kat atas sedang tunggu kamu pulang. Macam ada masalah je"kata nenek kehairanan.

"Biasalah tu, pasal kerja rumah kot"kataku lalu memijak anak tangga dengan berhati-hati.

   Aku membuka pintu bilik...

"Laila! Kau okay ke tak?!"tanya Lyana. Lyiah pun memandang aku dengan serius.

"Aku yang sepatutnye cakap kat korang ni, korang ni okay ke tak? Tetiba je buat muka serius ni dah kenapa? Dah lah, aku nak mandi"kataku lalu meletakkan beg di tepi katil.

"Yelah, kami terkejut yang angah tetiba je kawan dengan si Leni tu. Angah ni dah kena sampuk ke dengan si Leni tu?"kata Lyiah.

"Mulut tu jaga sikit ye. Nanti sampuk tu kena kat kau baru tahu. Biarlah aku nak kawan dengan sesapa pun. I'm fine. Don't worry about me okay?"kataku lalu masuk ke dalam bilik air. Kan dah kena spelling..

Keesokan harinya~8:09 pagi...

"Barang semua dah siap? Kita bertolak sekarang"kata nenek.

"Baik!"kata kami bertiga. Nenek menekan 'Riski' lalu kami berempat tiba di Alexandar.

"Cantik yang tak pernah diubah.."kataku Lyiah yang kagum melihat persekitaran. Kami berjalan menuju ke Istana..

   Semasa aku berjalan, aku ternampak seorang lelaki yang dah lama aku tak berjumpa yang berada di dalam kedai itu.

"Korang pergilah dulu, bawa barang aku sekali. Aku nak pergi kedai sekejap. Bye!"kataku dengan pantas lalu meninggalkan mereka disitu.

"Laju! Aku tak sempat nak bagi soalan kat dia, dia lesap macam tu jer?"kata Lyana.

"Biarlah dia, jom ikut nenek. Nanti sesat pulak kita"kata Lyiah. Mereka pun pergi.

---------------------------------

   Aku masuk ke dalam kedai lalu menyergah lelaki itu.

"Abang Ken!"kataku. Terkejut Ken dibuat aku.

"Laila? Awak dah balik, lama kita tak jumpa"kata Ken. Aku tersenyum lebar.

"Laila buat apa kat sini? Beli barang ke?"tanya Ken.

"Tak de lah, sajeje datang sini sebab nak jumpa Ken je"kataku.

"Wah! Terharu betul aku sebab puteri datang sini cuma nak jumpa aku!"bisik hati Ken.

"Err, panggil Ken je lah sebab rasa pelik pulak bile Laila cakap 'Abang'.."kata Ken.

"Okay!"kataku sambil ketawa kecil.

"Laila tunggu kat luar dulu, nanti saya datang"kata Ken.

"Okay!"kataku lalu keluar dari kedai tersebut.

     4minit 20 saat~~

"Maaf, saya lambat sikit tadi"kata Ken.

Magic Of Three Girls 2Where stories live. Discover now