Bab 1

16.4K 194 2
                                    

Kring! Berkecai terus mimpi aku apabila jam loceng berbunyi menyedarkan aku dari terus bermimpi. Tepat pukul enam pagi. Dengan malas aku mematikan deringan jam loceng di kabinet bersebelahan katil. Sebelum bangun, macam biasalah aku akan termenung dahulu. Getah rambut dicapai lalu rambut yang sedikit kusut diikat.

"Cepatnya dah pagi..." Aku mengeluh perlahan. Mata masih lagi tertutup rapat. Ikutkan hati, memang ringan aje badan ni nak landing balik atas katil ni. Itulah, kalau ibu bapa suruh tidur awal, adalah sebabnya tu. Ini tidak, duk layan drama Korea sampai tidur lambat. Terima ajelah akibatnya sendiri.

Aku bangun. Tuala dicapai lalu kaki diatur malas menuju ke bilik air. Setelah mengambil wuduk, barulah terasa mata sedikit segar. Telekung di ampaian dicapai. Aku menunaikan kewajipanku pada pagi itu, iaitu solat Subuh. Usai bersolat, telefon bimbitku yang berada dia atas kebinet berbunyi, menunjukkan terdapat mesej yang masuk. Telefon bimbit dicapai malas. Nama penghantar yang tertera di skrin membuatkan aku sedikit tersenyum.

Sarah Anisah: Weh, pukul sembilan nanti aku ambil kau dekat rumah. Teman aku jemput abang dan kakak ipar aku dekat airport. Lepastu kita tengok wayang? Aku belanja. Jangan lupa tau!

Salam tak ada, tanya khabar pun tak, terus cakap itu dan ini. Nasib baik aku dah lali sangat dengan perangai si Sarah ni. Karang kalau tak ikut permintaan tuan puteri ni, merajuk tak sudah! Jenuh aku nak memujuknya nanti.

Baik aku tidur sekejap. Mata pun dah terasa mengantuk balik. Nanti dekat airport tak pasal-pasal orang cop aku mata panda. Dengan eyebag yang entah dah berapa kilogram ni, sah-sah orang tahu aku tak cukup tidur. Mana taknya, suka sangat tidur lambat! Penggera telefon bimbit disetkan pukul lapan setengah pagi. Lalu, tubuh dihenyakkan semula ke katil.

Dengan pantas aku menuruni tangga. Nasib baik tak terjatuh harini. Ni semua Sarah punya pasallah! Kata nak ambil pukul sembilan, ni sepuluh minit nak pukul sembilan dah terpacak depan rumah aku. Mana tak terkejut weh kalau lepas mandi tiba-tiba dia telefon kata nak dekat sampai. Memang kelam kabut aku siap tadi. Gila apa entah minah sorang ni. Nasib baik sayang.

"Ibu, Kila nak keluar dengan Sarah ye?" Kataku sesampainya di ruang tamu. Ibu yang sedang menyapu kawasan ruang tamu memandangku. Senyuman manis dapat dilihat dari bibir ibu.

"Jaga diri baik-baik ye sayang... kalau balik lambat, jangan lupa solat." Pesanan yang sering kali diucapkan dari ibu, tidak lupa juga, ayah.
"Baiklah, bu." Tangan ibu dicapai lalu diciumku. Setelah itu, dicium pula kedua-dua belah pipinya. Kemudian, aku memeluk tubuh ibu erat. Lama.

"Siap pun anak dara sorang ni. Lama aku tunggu." Kata Sarah. Dia dari dapur. Buang air lahtu. Nampak sangat tangan dia yang basah-basah tu.
"Bukan salah aku. Yang kau tu datang awal sepuluh minit apesal?" Bebel aku pula. Sarah pula mengelap tangannya dengan sapu tangan yang dibawanya didalam beg tangan.
"Berbaloi la tu tunggu aku 'lama'. Sempat juga kau buang air kan." Sambung aku lagi. Sarah pula sudah tersengih-sengih macam kerang wangi.

"Kata tadi nak keluar, karang lambat pula." Ibu yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, bersuara pula. Tersenyum ibu melihat karenah aku bersama teman baik anaknya itu. Betul juga kata ibu, tadi punya excited nak keluar awal, tup-tup lambat sebab orang yang mengajaknya sendiri.

Sarah merapati aku dan ibu. Tangannya dihulur untuk bersalam dengan ibu sebelum kami berdua meminta diri.

"Assalamualaikum..." Ibu menjawab salam sambil melambai-lambai tangannya ke arah kami yang baru memasuki ke dalam kereta Sarah. Ibu menutup pintu rumah apabila kereta Sarah mula meluncur dia atas jalan raya.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now