Bab 4

7.5K 129 12
                                    

Mundar-mandir aku didepan kedai buku ini. Apa yang lama sangat si Sarah pergi bayar ni? Sambil menggigit jari telunjuk, aku teruskan bermundar-mandir. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri kedai. Apa kena dengan aku ni? Takkan gabra kot?

"Beb, sorry la lama kau tunggu. Queue panjang." Kata Sarah setelah dia menghampiriku. Aku memandangnya dengan pandangan kosong.
"Kau tak payah buat muka blur macamtu. Menyampah aku tengok." Sambung Sarah lagi. Tangannya menyimpan dompet ke dalam beg.
"Okay, fine! Jomlah , wayang dah nak start ni."

Sarah melirik sekilas jam di tangan kanannya. Lagi lima minit nak mula! Dengan segera aku dan Sarah mengatur langkah ke panggung wayang.

Aku menghempaskan tubuh ke atas katil empukku. Aduh... terasa letih badan ni setelah seharian keluar berjalan. Masuk aje dalam pintu rumah, ibu dah tanya macam-macam.

"Kenapa balik naik teksi? Bukan pagi tadi keluar dengan Sarah ke?"
"Abang dengan kakak dia guna kereta. Ada urusan pula tadi. Itu yang Kila balik naik teksi." Dengan takut-takut aku menjawab.
"Sorang-sorang? Kila tu perempuan, bahaya tahu tak?" Ibu membebel lagi.
"Sarah ada sekali tadi. Tapi, driver teksi tu hantar Sarah dulu."

Beg silang yang masih ditubuhku, diletakkan dia atas kabinet bersebelahan katil. Telefon bimbit dikeluarkan lalu dicas. Setelah badanku dalam keadaan tanpa seutas benang, aku mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Usai mandi, aku menunaikan solat Maghrib. Habis saja membaca doa, pintu bilikku diketuk.

"Masuklah. Pintu tak kunci." Sahutku. Lalu, pintu itu terbuka dari luar.
"Turun makan. Ibu dah masak." Kata ibu sambil berdiri di pintu bilikku. Aku mengangguk.
"Baik bu. Sekejap lagi Kila turun."
"Yang lain tunggu Kila dibawah ya?" Ibu menutup pintu dan beredar ke tingkat bawah.

Telekung dan sejadah diampai semula di ampaian. Aku bergerak menghampiri meja solek. Rambut yang sedikit kusut itu disikat lalu diikat. Setelah itu, aku mengatur langkah ke tingkat bawah rumah untuk makan malam bersama keluarga.

Selepas makan, akulah yang membasuh semua pinggan kotor. Tak tahulah kenapa malamni tiba-tiba rajin.

Kakak pula, mengemas meja makan. Pinggan kotor yang masih berada di meja, dibawa kakak ke sinki. Ayah dan abang pula duduk menonton televisyen di ruang tamu manakala ibu, sudah naik ke biliknya untuk mandi.

Aku membuat bunyi dengan mulutku. Nak menyanyi, teringat pula pepatah orang tua yang mengatakan kalau anak gadis menyanyi di dapur akan dapat suami tua. Taknak aku!

Kakak yang meletakkan pinggan-pinggan kotor disebelah sinki itu memandang aku. Dia pelik kut tengok aku seronok semacam.

"Dah kenapa, dik?" Kakak menyoal aku sambil tangannya mengelap pinggan-pinggan yang siap dicuciku tadi dengan menggunakan kain buruk dapur.
"Kenapa, apa?" Tanyaku buat-buat polos.
"Lain macam aje akak tengok. Ada apa-apa ke? Ceritalah sikit."
"Mana ada apa-apa. Kila kan memang macam ni. Always happy. Adik sendiri pun, tak kenal." Aku buat-buat perli kakak. Tangan masih lagi ralit mencuci baki-baki pinggan kotor.
"Yelah, akak tak kenal adik sendiri." Kakak buat-buat merajuk pula.

Aku tergelak melihat gelagat kakak yang sepeti budak-budak itu. Dah besar panjang pun nak merajuk. Kata orang, habis aku ni? Manja tak sudah!

"Alololo... akak tak kenal Kila pun, Kila tetap sayang akak."

Aku mengelap tangan menggunakan kain buruk setelah mencuci pinggan yang terakhir. Badan dikalihkan menghadap kakak.

"Macam mana harini? Anak-anak murid akak tu banyak ragam tak?"

Aku sudah sedia maklum dengan pekerjaan kakak sebagai guru sekolah rendah itu. Kakak memang minat bidang ni. Kadang-kadang, dia bawa balik buku tulis anak muridnya yang belum sempat dia tanda.

"Macam tulah, Kila. Budak-budak, main aje banyaknya." Kakak mengeluh perlahan. Nak mengeluh konon, dia juga yang nak sangat dulu!
"Biasalah tu, akak. Kila nak naik atas dulu. Kakak lap la pinggan-pinggan ni sorang, ye?" Aku mengangkat keningku. Saja nak kacau kakak.

Terus aku mengatur langkah menaiki tingkat atas. Aku memang kurang dalam menonton televisyen. Kalau drama-drama atau cerita yang aku biasa tengok tu semuanya aku tengok dalam laptop. Bersendirian didalam bilik.

Sampai sahaja dibilik, terus aku pasang penghawa dingin. Novel yang terletak di kabinet bersebelahan katil itu dicapai. Lalu, punggung dilabuhkan di atas lantai. Baca sambil duduk bersila ditepi katil. Nak baring, baru lepas makan. Nanti gemuk!

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now