Bab 10

329 11 0
                                    

Semester aku kali ini berjalan dengan lancar seperti semester sebelum-sebelumnya. Minggu ini merupakan minggu ke tiga untuk semester panjangku, yang berjumlah empat belas minggu keseluruhannya. Tidak termasuk minggu peperiksaan yang selalu buat aku tidur malam tak lena.

Sedar tak sedar, ini merupakan tahun terakhir aku untuk menamatkan zaman pembelajaran setelah empat tahun bertungkus lumus demi mendapatkan segulung ijazah. Mula-mula dulu memang rasa penat, susah, dan kadang-kadang rasa nak give-up. Tapi aku rasa semua susah payah itu berbaloi. Asalkan aku dapat banggakan kedua orang tuaku.

Kampus aku juga tidak terlalu jauh dari rumah. Hanya mengambil masa sekitar satu jam setengah, kalau aku yang bawak kereta. Itupun aku jarang balik rumah. Lebih selesa menghabiskan masa disini, mencipta banyak lagi kenangan sebelum aku tinggalkan tempat ni tak lama lagi.

Tapi yang aku hairanlah kan... orang cakap kalau kita sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi nanti senang jumpa jodoh. Mungkin ramai pelajar-pelajar jurusan lain yang akan cuba berkenalan dengan kita. Ataupun ada manusia yang akan langgar kita dekat perpustakaan. Tapi, lain pulak yang jadi dekat nasib aku. Dah nak habis belajar pun tak ada boyfriend lagi. Kalau aku pergi library, bukan makhluk Tuhan yang aku langgar, tapi kerusi meja! Aku juga yang dapat sakit.

Nak kata aku ni introvert? Dalam lima puluh peratus lah... Aku memang tak suka duduk melepak dekat tengah-tengah cafe tu. Dalam kelas pun, aku bergaul bila perlu sahaja. Aku jenis tak tegur orang dahulu, melainkan mereka yang datang menyapa. Aku bukan sombong... tapi aku ni seorang yang pemalu. Nama aje student communication, tapi tahap anxiety aku ni boleh tahan juga!

Kelas hari ini bermula lewat sejam dari biasa. Aku hanya mengenakan seluar jeans straight-cut berwarna biru cair dengan blouse berwarna hitam, serta selendang hitam. Kelas hari ini terletak dekat hujung fakulti. Bahagian makmal komputer. Nasib aku baik sebab aku bawa kereta, jadi tak perlulah menapak bawah matahari terik ni.

"Assalamualaikum class. Sorry lambat sikit ye harini. Kita nak rombak class sekejap." Kata pensyarahku yang baru menapak ke dalam kelas. Rombak kelas apa pulak ni?

Tiba-tiba, pintu makmal diketuk dari luar. Aku menoleh. Seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an masuk dan terus menuju ke arah pensyarahku. Aku anggap dia juga seorang pensyarah dari gayanya. Kemudian, beberapa orang pelajar dari jurusan lain yang aku tidak kenal, atau tidak pernah jumpa masuk ke dalam makmal.

Mereka semua duduk di meja komputer bertentangan dariku. Tidak ramai, dalam lapan orang sahaja. Dan daripada mereka, terdapat dua orang perempuan.

"Okay class. Starting from this week, mereka akan share lab kita. Just for a few weeks, since lab mereka ada sedikit masalah teknikal. They are from Computing Department by the way." Terang pensyarahku.

Oh... student IT rupanya. Patutlah, sebab department aku dan mereka memang terletak dalam satu fakulti. Sebabnya classmates aku pun tak ramai, dalam sepuluh orang sahaja. Mungkin dorang join lab kita orang sebab kebetulan masa class yang sama, ataupun semua lab-lab yang lain sudah di booking.

Tanpa membuang masa aku terus switch on komputer milik kerajaan ini. Bersedia untuk kuliah hari ini.

"For this subject, kamu semua tiada final written examination. Just final project yang perlu kamu buat."

Alhamdulillah, bila dengar tiada peperiksaan masuk dewan... lega betul! Tapi project yang perlu kami siapkan kali ini pula adalah 'Be A Blogger'. Kami diarahkan untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia, buat video ala-ala Youtubers, dan create a blog untuk memperkenalkan tempat-tempat tersebut. Markah diberi atas kreativiti kami dalam merakam video, mengambil gambar, dan editing.

Aduh... aku nak pergi mana pula ni? Tema memang boleh bebas, tapi aku taknaklah sama macam orang lain. Rata-rata aku dengar classmates aku nak buat pasal makanan, fashion, ataupun pasal adat-adat sesebuah tempat tu. Ah, nantilah aku fikir.

"If you guys perlukan bantuan or tak faham, you guys boleh tanya saya ya." Sambung pensyarahku, sebelum masing-masing mula menaip sesuatu, mencari di dalam komputer.

Ligat otakku memikirkan tentang content apa yang patut aku buat. Aku tanya orang sebelah kiri, katanya nak buat pasal fashion. Tapi sesuailah dengan dia, sebab orangnya memang pandai dress-up. Aku ni? Pergi kelas pakai kemeja atau blouse biasa aje.

Tanya orang sebelah kanan, nak buat pasal beauty. Okay... sesuai juga sebab orangnya cantik.

Tanya orang depan pula, nak buat pasal food hunting. Manakala orang belakang? Dia pun sama belum sampai lagi idea dalam kepala otak nak buat pasal apa. Tapi rata-rata aku tengok buat pasal tajuk yang sama.

Aku menulis sesuatu dalam buku nota yang sudah tersedia dibuka sejak tadi. Kononnya nak buat rangka untuk assignment ni. Tapi akhirnya hanya beberapa patah perkataan yang muncul atas kertas tersebut. Aku rasa eloklah aku fikirkan nanti sebelum sakit otak serang kepala aku.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now