Bab 8

538 11 0
                                    

Barang-barang yang dibawa semua ku hempaskan ke atas katil. Bagasi baju yang masih belum dibuka, aku letak di tepi. Sekejapnya cuti! Tiga minggu mana cukup, geram!

Aku mula mengemas barang-barangku satu per satu. Segala baju yang dibawa di gantung rapi ke dalam almari. Barang-barang keperluan yang lain turut disusun ke tempat asalnya. Akhir sekali, tilam tanpa alas itu, aku sarungkan dengan cadar yang telah dibawa. Bercorak harimau lagi. Garang kan?

"Eh rindunya dekat kau!"
"Tapi aku tak rindu kau pun." Jawabku bersahaja. Yelah, buat apa nak rindu kalau masa cuti pun hampir setiap hari jumpa dia? Siapa lagi roommate aku ni kalau bukan si Sarah tu. Ya, kami sentiasa bersama. Sahabat sehidup semati katakan.

"Ala kau ni. Nak macam orang lain pun tak boleh. Tak romantik betul. Dasar Ariana Syakila."
"Amboi, amboi... Sedap je dia seru nama penuh kita macam tu." Akhirnya, segala barangku sudah siap dikemas!

"Cepat la kemas barang tu. Jom pergi cafe, aku lapar." Kataku apabila melihat Sarah bersenang-lenang bermain telefon.
"Ye, ye... Sekejap..." Sahut Sarah.

Dua gelas air limau ais diletakkan ke atas meja. Seterusnya, dua pinggan nasi berlaukkan ikan goreng pula diletak. Suasana cafe yang tidak terlalu sesak itu terasa agak damai untuk bersembang. Jarang sekali aku dan Sarah duduk melepak di cafe.

Biasanya, kami berdua lebih gemar untuk bungkus dan makan di rumah. Bukan taknak bergaul, tapi suasana yang terlalu bising itu buatkan kami tidak begitu selesa.

"Panas-panas ni kena limau ais sedap betullah!" Kataku.
"Kan weh. Air nipis-nipis sedap. Hilang dahaga." Jawab Sarah pula.
"Besok class kau pukul berapa?"
"Petang. Pukul 3." Air limau ais diletak ketepi. Nasi dah memanggil-manggil ni!

Sedang kami berdua khusyuk menikmati rezeki, datang satu suara menyapa.

"Boleh aku duduk?" Tanya seorang lelaki. Terus, aku memusingkan kepala ke arahnya.
"Boleh. Silakan." Jawabku bersahaja. Setakat itu sahaja perbualan aku bersama lelaki itu. Tiada langsung perkara lain yang di tanyakan lagi, atau sesi berkenalan. Aku dan Sarah hanya sambung makan dan bersembang. Lalu, terus pulang ke bilik setelah selesai.

"Aku macam pernah nampak la? Tapi dekat mana ye?" Omelku seorang diri. Tangan ketika itu sedang ralit menggosok baju dan tudung, untuk kelas besok. Berhati-hati aku ketika menggosok, bukan sebab apa, taknak tangan tu terkena seterika lagi!

"Nampak apa? Dekat mana?" Sarah yang entah dari mana tiba-tiba muncul di sebelahku. Di lengannya tergantung sehelai baju dan tudung. Mungkin dia pun nak gosok untuk kelasnya besok.

 Aku dan Sarah walaupun besties, tapi kami masing-masing mengambil jurusan yang berbeza. Aku merupakan seorang pelajar jurusan Bachelor of Corporate Communication, manakala Sarah pula mengambil jurusan Bachelor of Business Management.

"Lelaki tadi tu. Yang duduk dekat meja sebelah kita." Jawabku sambil tangan memusingkan seterika, lalu ditegakkan di tepi papan seterika. Tanda dah habis gosok.

"Ala, kan student kampus kita, terserempak dekat mana-mana fakulti la tu. Tak pun pernah jadi classmates kau." Jawab Sarah sambil tangan dia pula ralit untuk menggosok bajunya. Ya tak ya juga kan? Mungkin betul cakap Sarah tu. Apalah nak diherankan sangat? Bukan sorang dua pelajar dekat sini. Ramai dia sampai aku pun malas nak bersosial dekat sini, nak melepak dekat cafe lagi haramlah. Tempat duduk tu jarang sekali nak kosong!

Ya Allah! Aku hampir terlajak tidur pagi ni! Cuti lama punya pasal, jam pun aku tak dengar masa berbunyi tadi. Susah betul jadi orang bukan morning person ni. Si Sarah pun satu, mentang-mentang class dia petang, dia pun tak amik port nak bangun kejut aku. Dasar kawan! Tengok jam dah pukul 8.40 pagi. Kelas start pukul 9.00 pagi! Aku ada beberapa minit je lagi untuk mandi dan bersiap. Nak mekap lagi!

Sikit lagi... sikit lagi... Laju kakiku melangkah menuju ke kelas yang terletak di tingkat satu itu. Dewan Auditorium Al-Ghazali. Tepat jam 9.00 pagi aku masuk ke kelas itu. Pandang sekeliling. Mencari kelibat lecturer di dalam kelas. Fuh, Alhamdulillah! Pensyarah aku tak sampai lagi! Hahaha. Degupan jantung yang laju tadi semakin tenang dan dapat dikawal. Langkah diatur mencari tempat duduk di barisan yang ketiga.

Nasib baik jugalah aku bawa kereta balik sini. Ha kan senang tak payah kalut kalau tiba-tiba ada masalah teknikal macam pagi ni. Hahaha. Suasana kelas ketika itu agak tenang, walaupun para pelajar yang lain sedang seronok berbual sesama sendiri. Melepaskan rindu lama tak jumpa la tu! Ada juga beberapa kawanku yang lain menegur mesra bila aku masuk kelas tadi. Nasib baik orang tak pandang aku macam aku ni baru buat jenayah berat.

Punggung dihempas di tempat duduk itu. Nota dan alat tulis dikeluarkan. Memandangkan pensyarahku belum sampai, aku mengeluarkan telefon bimbit dan scroll-scroll media sosial. Selang beberapa minit, melihatkan kelas tiba-tiba senyap, aku syak pensyarah dah sampai. Betul tekaanku apabila melihatkan Sir Ismail sedang setup monitor dan projector miliknya. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pembelajaran pada pagi ini.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now