Bab 5

6.2K 113 0
                                    

Aku mengeliat. Sedap rasanya bila dah longgarkan sikit skru-skru yang mula mengetat dekat badan ni. Mata dibuka. Tercengang. Eh, aku tertidur rupanya. Dengan kedudukan yang sedikit tak selasa ni, aku boleh tertidur?

Mana tak sakit badannya kalau dah tidur sambil kaki bersimpuh di atas lantai, dan kepala diletakkan di atas katil. Dengan lampu lagi yang tak tutup. Haih, nasib ayah aku la bayar bil elektrik yang melebih-lebih ni gara-gara anak daranya yang tak reti tutup lampu dulu sebelum tidur.

Baru aku teringat sesuatu. Telefon bimbit di atas katil segera dicapai. Dah pukul enam dua puluh minit pagi! Aku kena solat Subuh! Dan-dan tu la aku rasa nak terkencing. Tuala segera dicapai dan aku mengorak langkah ke bilik air.

Alhamdulillah, solat Subuh sudah ditunaikan. Rasa nak mandi, tapi malas pula. Turun bawah dululah. Jadi kucing kelaparan cari makanan di dapur.

Wah! Ibu masak nasi lemak kegemaranku! Sedapnya bau... sampai nak meleleh air liur ni. Pinggan segera dicapai lalu aku mengcedok nasi. Selepas itu, ambil sambal secukupnya dan... telur rebus sebiji. Ikan bilis dan kacang? No! Aku tak suka.  Timun pun kadang-kadang je makan.

Selepas aku letakkan sepinggan makanan dan secawan susu coklat sejuk di meja hadapan, haruslah aku cuci tangan dahulu.

Tiba-tiba... aku terdengar ada bunyi seperti pintu peti ais dibuka. Aku pusing belakang.

"Abang! Terkejut Kila. Tak baik tau abang ni. Kalau Kila ni ada sakit jantung, tak tahulah apa nak jadi." Bebelku sorang-sorang.
"Dah habis bebel dah?" Dengan muka tak bersalah dia tu, sumpah aku rasa nak cekik dia sekarang.
"Kot ye pun ucap la selamat pagi dulu." Tak habis lagi aku punya geram dekat abang...
"Takdenya perompak datang rumah orang nak buka peti ais. Abang nak amik air la. Nak breakfast jugak. Tak tahan bau nasi lemak ibu tu." Abang buka bicaranya pula.

Aku hanya menjulingkan mata ke atas lalu beredar meninggalkan abang. Dari aku layan dia, baik aku makan.

Bismillahirrahmanirrahim... sesuap nasi lemak dimasukkan ke dalam mulut. Dua suap. Tiga suap. Sedapnya! Ibu punya nasi lemak memang tak pernah mengecewakan.

Beberapa minit kemudian, datang la si mamat yang terkejutkan aku tadi lalu duduk di hadapanku.

"Apa plan Kila harini?" Soal abang.
"Tak ada plan. Nak duduk rumah aje. Besok dah start sem baru balik."
"Abang pun rasa macam malas nak keluar harini. Alang-alang adik abang ni ada dekat rumah, bolehla abang buli dia." Abang senyum nakal. Tonyeh nasi lemak ni dekat muka dia kang!

Aku hanya menjeling abang. Malas nak layan dia. Dan, baru aku teringat sesuatu.

"Abang, mana yang lain?"
"Ibu dan ayah ke pasar. Beli barang dapur sikit katanya. Kakak pergi rumah kawan dia." Terangguk-angguk kepalaku mendengar penjelasan abang.

Kalau aku tanya soalan maut tiba-tiba dekat abang, boleh tak? Ke nanti dia tercekik nasi lemak tu? Hmm...

"Abang, abang dah 28 tahun, bila abang nak kahwin?"

Macam yang aku agak... dia akan tercekik nasi lemak tu. Tersedak-sedak dia. Cepat-cepat dia teguk susu coklat sejuk.

"Dah kenapa budak ni tiba-tiba tanya soalan macam tu?"
"Takdelah, akak yang muda setahun dari abang tu pun, dah bertunang." Jawabku pula.
"Dah sampai jodoh dia. Abang ni jodoh pun belum datang lagi." Abang bagi alasannya pula.
"Ye ke? Nak Kila carikan? Ke abang tu sibuk sangat kerja?" Aku pula yang bersemangat.

Dan sekali lagi, tercekik nasi lemak manusia didepanku ini. Kesian pula aku tengok. Baik aku stop sebelum abang masuk hospital.

"Okay,okay. Abang tak payah jawab. Kila saja aje tanya-tanya. Hehe." Aku kunyah makanan dengan segan-segan.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now