Bab 2

8.7K 122 2
                                    

Masuk saja dalam kereta, aku mengeluarkan cermin dan gincu yang elok disimpan didalam beg silang. Dicalitnya rata gincu dibibir. Maklumlah, kelam kabut punya pasal tadi tak sempat nak calit gincu.

"Kau dah sarapan?" Gincu dan cermin disimpan semula didalam beg silang. Soalan pula ditanya kepada Sarah.
"Belum. Kau?" Soal Sarah kembali.
"Mestilah belum. Nak sarapan kat mana? Aku lapar dah ni."
"Makan kat airport ajelah." Aku hanya mengangguk kepala mendengar jawapan daripada Sarah.

Fokus betul Sarah memandu, tak pandang aku kat sebelah ni. Fokus dia macam boyfriend tengah curang depan dia aje sekarang. Eh, apa aku merepek ni? Kila, tak baik cakap macam tu.

"Hmm... abang dan kakak kau tahu tak yang kita jemput dia orang ni?" Aku bersuara setelah sekian lamanya diam. Mencari topik untuk berbual dengan Sarah. Bosan! Aku memandang Sarah di sebelah. Menanti jawapan.

"Aku rasa nak buat surprise untuk dia oranglah, macam dalam cerita Korea. Okey tak?" Aku buat muka bosan. Jawapan selamba Sarah buat aku rasa nak hempuk dia sekarang juga.
"Kau ni, mestilah dia orang tahu. Tak kuasa aku nak buat surprise bagai tu. Lagi-lagi dekat dia orang berdua. Kalau dekat boyfriend aku tak apalah juga." Kata Sarah bersahaja. Aku mencebik. Geram betullah dengan minah ni! Tahulah dia tu dah ada boyfriend, tak macam aku. Heh!

Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Daripada aku layan perangai Sarah yang tak berapa betul ni, baik aku pandang 'permandangan' dekat luar. Lagi bagus! Mana tahu ada cik abang hensem ke kat kereta sebelah masa traffic light ni.

"Sebut pasal boyfriend, kau belum ada lagi ke?" Sarah bersuara kembali. Kalau bab-bab ni memang laju aje dia. Nak buat macam mana? Layan ajelah. Hmm... memang belum ada yang berkenan di hati.
"Belum lagilah beb, tak ada yang berkenan di hati." Aku mengeluh.
"Aku tengok ramai aje yang syok kat kau. Kau tu aje yang jual mahal. Lagi-lagi abang Roy tu, bukan main suka lagi dia dekat kau. Berkenan sungguh. Apa salahnya dari kawan baik, jadi kakak ipar aku pula suatu hari nanti. Best apa." Sarah senyum mengusik.

Best apanya? Taknak aku jadi kakak ipar dia. Dua puluh empat jam kerja dia nak mengusik aku aje. Dah jadi hobi agaknya. Apabila tengok Sarah yang seronok ketawa di sebelah, laju tanganku naik mencubit lengan kiri Sarah.

"Aduh! Sakitlah!" Rintih Sarah.
"Padan muka! Itulah, cari pasal dengan aku lagi. Kau jangan bagi idea gila boleh tak?"
"Ala kau ni, mana tahu abang Roy tu jod..." Belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya, aku menyumbatkan earphone ke dalam telinga. Lagu kegemaranku dimainkan. Tak rela nak dengar ayat Sarah sampai habis.

Mata melilau mencari kelibat abang Saiful dan Kak Farah. Tapi, batang hidung pun tak nampak. Ramai betul orang dekat airport. Macam musim orang balik haji pun ada. Aku pergi merayau ke kedai-kedai yang terdapat didalam lapangan terbang ini.

Aku memasuki kedai buku Mynews.com. Pelbagai jenis majalah ada. Majalah epop kegemaranku dicapai. Niat di hati nak membeli sebuah buku, tapi epop yang ni pula bertarikh bulan lepas. Bulan lepas punya dah beli bersama ayah.

Epop diletakkan kembali. Sewaktu kaki melangkah keluar dari kedai, aku ternampak dua susuk tubuh berada bersama Sarah. Mungkin itulah abang Saiful dan kak Farah. Mereka nampak bergelak ketawa. Entah apa yang diborakkan mereka.

"Assalamualaikum..." Sapaku dari belakang dua susuk tubuh itu. Dua susuk tubuh itu berpaling memandangku.
"Waalaikumsalam. Eh, Kila rupanya. Pergi mana tadi?" Tanya abang Saiful. Tangan kak Farah disalamku.
"Maaf, Kila pergi kedai tadi. Jalan-jalan." Aku tersenyum manis.
"Kakak dan abang sihat?" Tanyaku sambil tersengih-sengih.
"Alhamdulillah, sihat aje macam sekarang." Hampir serentak perkataan Alhamdulillah itu disebut oleh abang Saiful dan kak Farah.

Sarah mendekatiku. Lalu sebelah tangannya diletakkan diatas bahuku. Tiba-tiba aje minah ni, apesal?

"Abang, kita orang belum breakfast lagi ni. Abang dengan kakak dah makan ke?" Sarah bertanya kemudian.
"Belum lagi, nak makan dekat mana?"
"Makat kat airport aje boleh tak? Sarah lapar sangat dah ni." Sarah menggosok perutnya yang kempis itu. Menyampah pula aku tengok. Kemudian, pantas abang Saiful menganggukkan kepalanya.

Di dalam kereta, masing-masing lebih selesa mendiamkan diri. Selepas makan di Starbucks Coffee tadi, masing-masing sudah tidak mempunyai topik untuk dibualkan. Telefon bimbitku dikeluarkan. Aplikasi WhatsApp dibuka. Banyak juga mesej yang diterima.

Dengan malas aku scroll mesej-mesej dari group keluarga. Malas nak baca. Bukan ada kena mengena dengan aku pun. Lalu, mesej daripada Abang Roy dibuka.

Abang Roy: Assalamualaikum, Syakila! Syakila sihat?

Apa punya soalan? Klishe betullah. Cuba la tanya benda lain. Bosan betul!

Ariana Syakila: Waalaikumsalam, abang. Alhamdulillah, Kila macam ni ajelah sihatnya.

Ariana Syakila: Kenapa abang mesej Kila? Ada benda penting ke?

Abang Roy: Ada.

Ariana Syakila: Apa dia? Macam serius aje bunyinya.

Abang Roy: Abang rindu Kila sangat-sangat.

Aku biarkan mesej abang Roy itu tidak berbalas. Malas nak layan. Meluat pula rasa. Hilang mood jadinya. Tak faham-faham lagi ke dia tu?

Aku mendengus perlahan. Telefon bimbit disimpan semula ke dalam beg silang. Kemudian, pandangan dilemparkan ke luar tingkap kereta.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now