Bab 6

7.8K 131 11
                                    

Okay. Harini aku rasa macam nak kemas rumah sikit. Sekadar kemas apa yang patut terutamanya bilik tidur aku. Dah macam kapal karam.

First, aku capai dahulu remote pendingin hawa. Kemas sambil tak buka aircond mahu bertambah peluh aku, wei! Dahla aku belum mandi lagi. Bertambah busuk la jawabnya.

Selepas itu, cadar katil bersaiz queen yang sedikit berselerak itu aku betul-betulkan supaya kemas. Cadar aku bercorak campuran warna oren. Memang aku suka warna yang nampak ceria ni.

Bantal-bantal dan anak patung Despicable Me milikku disusun betul-betul di hujung katil. Biar nampak kemas sedikit. Kemudian, kabinet di sebelah katil juga dilap menggunakan kain basah untuk dibuang segala habuknya. Barang-barang yang elok bersepah di atasnya juga aku betul-betulkan.

Selesai bahagian tempat tidur. Sekarang, bahagian rak buku dan meja solek. Nama aje meja solek, tapi kadang-kadang aku jadikannya meja belajar juga. Haha.

Banyak buku-buku yang aku rasa dah tak diperlukan. Boleh aku bagi dekat sepupu-sepupuku yang masih bersekolah nanti. Tak adalah membazir. Ye dak?

Paling leceh bahagian nak membersihkan meja solek a.k.a meja belajar aku tu la. Kena alihkan dulu semua barang, lepastu lap habuknya. Lepas dah lap, susun balik barang-barang tu. Tabahlah ye.

Fuh! Selesai pun aku kemas bilik harini. Bilik air bersih lagi jadi aku malas nak cuci. So masa yang ada sekarang ni, aku nak gunakan untuk mandi.

Rambut yang basah aku keringkan menggunakan tuala mandi. Lepastu aku pilih t-shirt biasa dan seluar yang kainnya tidak terlalu tebal. Panas beb. Malaysia so hot!

Sedang aku menyikat rambut, tiba-tiba pintu bilikku diketuk dari luar.

"Siapa tu?" Soalku. Tanpa menjawab, terus daun pintuku dikuak dari luar.
"Kila, nanti bagitahu yang lain abang nak keluar ni." Tanpa disoal, abang dah terangkan niatnya.
"Eh, abang nak pergi mana ni?" Sibuk pula aku nak tahu.
"Nak keluar jumpa kawan. Ada hal sikit." Terangguk-angguk kepalaku mendengar.
"Okey. Nanti apa-apa Kila mesej."

Abang mengangguk. Kemudian dia beredar setelah aku mencium tangannya. Semua orang dalam rumah ni dah lesap. Tinggal aku sorang. Bolehla aku conquer. Hehe.

Jam di dinding aku kerling. Dah pukul tiga lima minit petang. Selepas solat Zohor tadi, aku kemas dapur. Kemudian sapu sikit sekitar kawasan rumah. Barang-barang yang perlu dibawa besok pun dah siap kemas.

Sekarang aku keletihan! Aku nak duduk dan rehat. Bolehla layan cerita apa yang ditayangkan petang-petang ni...

Dan-dan tu, telefon bimbitku berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.

Sarah Anisah : Rindu kau la, beb.

Di hujung ayatnya, diletakkan satu emoji sedih. Menyampah aku. Haha. Besok nak jumpa kan. Ish!

Ariana Syakila : Rindu kau jugak! Tapi sekarang ni aku penat. Aku nak rehat. Malam nantilah kalau aku rajin kita chit-chat.

Emoji ketawa diletakkan sebanyak tiga kali di hujung ayatku. Sungguh, aku rasa letih. Telefon bimbitku di letakkan di atas meja dihadapanku.

Mata tertumpu pada cerita yang ditayangkan di televisyen. Layan ajelah dari tak ada...

Makin lama aku melayan televisyen, terasa mata semakin kuyu. Makin lama makin kecil. Tutup dua saat, buka balik. Aku mengubah posisiku dari duduk bersila ke baring di atas sofa yang empuk ni. Dan akhirnya, aku terlena di ruang tamu itu.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now