Bab 9

553 15 1
                                    


Selepas 3 jam berada di dalam Dewan Auditorium Al-Ghazali ini, barulah aku boleh berasa lega. Kebas punggung aku duduk tiga jam atas kerusi empuk ni. Macam tak biasalah pula, padahal kelas aku kadang-kadang ada juga yang mencecah sehingga ke 4 jam! Nasib baik tak tertidur, sudahlah kerusinya empuk... aircond kuat pula tu...

Beg sandang yang dibawa terus aku bimbit di kedua-dua bahuku. Nak makan apa ya tengah hari ini?  Agak-agak Si Sarah tu dah makan ke belum? Entah-entah dia bangun pun belum! Bukan aku tak kenal perangai Sarah itu. Sambil berjalan keluar dari dalam dewan, aku meraba-raba poket seluar mencari telefon bimbit. Eh mana pula ni?

Oh... mungkin aku letak dalam beg sandang tadi. Betul sangkaanku. Telefon 'ter'letak dalam beg sandang pulak... Sambil aku ralit mencapai telefon di dalam beg, tubuhku tiba-tiba berlanggar dengan sesuatu di hadapan mata. Tidak lembut, dan tidak juga terlalu keras. Nasib baik kakiku sempat menstabilkan seluruh tubuhku, kalau tidak memang aku dah jatuh terduduk dekat tengah-tengah fakulti ni!

Auch... Nasib baik tak patah hidung aku yang separa mancung ni. Heh! Dahi pula digosok-gosok menghilangkan rasa pedih. Seketika, aku teringat kembali apa yang terjadi sebentar tadi. Terus aku tunduk sedikit dan meminta maaf sebab aku baru je lepas langgar manusia weh!

Itulah, cuai lagi! Padan muka diri sendiri. Dahla perut tengah lapar. Belum sempat aku memberi alasan bahawa aku tidak sengaja, susuk tubuh itu terus beredar meninggalkan aku di tengah-tengah fakulti ini. Seorang diri. Aku terus berpaling melihat susuk itu. Hanya belakang badannya yang sedang berjalan sahaja yang aku pandang. Tak sempat nak tengok muka.

Lelaki. Ya... dia seorang lelaki. Aku rasa... macam deja vu lah pula? Biarlah, aku lapar ni. Kesian perut aku dah menyanyi-nyanyi minta di isi. Telefon bimbit yang dipegang tadi terus aku dial nombor Sarah.

"Weh, kau dah makan ke belum?" Kaki terus laju melangkah ke tempat letak kereta.

Sampai sahaja di cafe, aku lihat sudah ramai pelajar yang mengisi ruang itu. Semua baru habis kelas, ataupun baru nak makan tengah hari. Gerai no 1 yang terletak di hujung cafe sentiasa menjadi pilihan aku. Dari mula-mula aku jejakkan kaki ke Universiti ini, sampailah sekarang dah nak habis belajar, tetap menjadi kegemaranku.

Gerai ini menjual juadah-juadah masakan melayu yang sangat sedap dekat tekak aku. Hari-hari lauk makcik ni kena aje dengan selera aku. Tanpa berlengah, aku terus mengambil nasi yang terletak di bahagian hujung gerai. Cedok sendiri nak banyak mana. Lepastu, ambil ayam goreng. Bahagian thigh. Ni wajib! Kalau tak ada, memang aku sanggup tak makan langsung. Lepastu ambil beberapa jenis kuah yang aku suka. Last sekali, ambil sedikit sambal belacan. Perfect!

Mood harini taknak makan sayur. Biasanya sayur kangkung aje aku ambil. Sayur yang lain aku tak suka. Selesai makanan aku, aku ulang balik dari part cedok nasi... sehinggalah ke bahagian-bahagian lauk. Siapa punya lagi, Sarah lah. Dia kirim aje dekat aku tadi. Malas nak ke cafe katanya. Sarah suka lauk-pauk yang lebih kurang macam aku aje. Cuma ayam goreng dia suka bahagian kepak. Dan sambal belacan kena lebih! Selesai, terus aku pergi bayar.

"Makanan kau aku letak atas meja." Beg sandang tadi aku letak di atas katil. Segala pin yang mencucuk di tudung semua aku cabut dan letak atas meja. Aku ke dapur untuk mengambil pinggan. Makanan yang dibungkus tadi, aku susun elok-elok atas meja.

"Thank you weh. Duit aku dah letak atas meja. Ramai tak orang dekat cafe tadi?" Sarah yang baru keluar dari bilik terus mencuci tangan dan duduk sekali dengan aku dekat meja makan.

"Bila aje tak ramai cafe tu?" Bismillah... Sedapnya makcik ni masak!

"Aku nervous pulak nak pergi class kejap lagi. Entah siapa lah classmates aku." Biasalah, lepas cuti semester, gemuruh Si Sarah ni datang balik. 

"Kau tahu, tadi aku terlanggar seorang mamat ni dekat fakulti. Sombong gila." Aku buka cerita tadi untuk dijaja pada Sarah. Haha.

"Dah kau yang langgar dia. Memang patut pun dia marah."

"Hello, aku tak sengaja. Tengah cari fon nak call kau jugak. Heh." Tersengih-sengih Sarah jadinya. Tahu pun dia, kalau bukan sebab aku nak telefon dia, mesti kebulur dah perempuan ini.

Aku sambung lagi. "Tapi kan weh, aku rasa macam deja vu pula. Sebabkan... aku pernah langgar seorang mamat ni dekat Popular kita pergi dulu."

"Kau ni part-time langgar orang ke, Kila?" Terus aku cubit lengan Sarah ni. "Auch!" Haa mengerang dia kesakitan. Padan Muka. Suka sangat kan usik aku?

"Hahaha. Kelakar lah kau ni. Tapi kan, hensem tak mamat kau langgar tu? Kalau herlok, onz jela Kila. Langgar dia banyak kali lagi."

Sebelum ketam aku naik lagi ke lengan Sarah ni, cepat-cepat dia menarik lengannya. Lepastu boleh bantai gelak. Eh, geramnya aku dapat kawan spesies macam dia ini. Aku jeling Sarah sedikit sebelum sambung makan.

MY EGO HUSBANDWhere stories live. Discover now