8

1.8K 59 5
                                    


"Ezza! Bangun solat Subuh!" Gerak Fazziq padaku.

"Ye ye" aku hanya akur dengan kata katanya. Usai solat subuh, aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar kerana sakit kepalaku masih lagi sakit. Pening sangat hanya Aah ja faham rasaku.

"Kau kenapa?" Tanya Fazziq mendatar sambil menaip apa entah di laptopnya.

"Huh? Tak ada apelah" balasku penat, letih. Dan sebagainya.

"Kau sakit ke?" Tanya Fazziq matanya masih memandang laptopnya itu. Aku hanya membiarkan soalannya. Malas nak jawab. Mummy pun dah tanya aku banyak kali, 'aku sakit ke'. Malas dah nak membalas pertanyaan yang sama walaupun dari orang yang berbeza. Fazziq memandangku pelik. Terus dia medekati aku. Lalu memegang kepalaku. Tangannya sejuk sekali. Ini ais ka tangan?.

"Ezzalea kau demam ni, kepala kau panas" kata Fazziq mendatar.

"Alahhh, demam sikit je, nanti okay lah tu" balasku. Selimutku peluk. Memandangkan air cond bagiku pada masa itu terlalu kuat walaupun 24c .

"Jom aku bawa kau jumpa doktor" ajaknya .

"Tak nak" lawanku. Sejujurnya aku memang tak suka pergi jumpa doktor. Entah kenapa aku tak suka doktor.

"Jangan degil ezza, jom pergi jumpa doktor" arah Fazziq mendatar. Beku. Kayu. Papan. Kenyataan. Ehh mana ada kenyataan hehe.

"Nanti je lah. Saya nak rehat. Awak pergi lah tempat lain" makin geram pulak aku dengan Fazziq ni. Aku taknak, taknak lah. Paksa pulak.

Fazziq terus keluar dari bilik. Aku hanya meneruskan rancangan aku untuk rehat dan tidur dan ulang. Ehh? Mana boleh aku kena tolong mummy kat bawah jugak. Walaupun mummy ada orang gaji, tapi mummy masih melakukan kerja kerja rumah, contohnya tanam pokok bunga, siram pokok bunga. Rajin kan mummy.

Di ruang tamu:

"Fazziq, mana Ezza?" Tanya mummy mencari cari kelibat Ezzalea.

"Dekat atas" balas Fazziq ringkas.

"Tahulah kenapa dia tak turun?" Tanya mummy lagi.

"Dia kata dia nak rehat" balas Fazziq sambil mencedok nasi goreng yang disediakan.

"Ohh, kalau gitu lepas makan Fazziq hantar makanan ni dekat Ezza ye" suruh mummy pada Fazziq.

"Hmm" balas Fazziq.

"Fazziq lepasni ada nak pergi mana mana ke?" Tanya Mummy.

"Ade" balas Fazziq selamba badak.

"Gimana?" Tanya mummy lagi

"Jumpa kawan" balasnya masih meneruskan makanannya.

"Sofea" kata mummy sambil menyuap nasi goreng kedalam mulutnya. Fazziq memandang muka mummy, lalu meneruskan makananya

"Fazziq, mummy tahu semua ni sangat terburu buru, tapi tolonglah. Jaga Ezzalea elok elok. Cubalah sayang dia. Fazziq ingat fazziq sorang je ke yang terburu buru? Ezzalea pun sama. Tapi ada ke dia tunjuk perasaan macam Fazziq? Please Fazziq I'm begging you" kata mummy panjang 20 kilometer.
Fazziq? Biasalah dengan muka beku kayu dia tu.

✖✖✖

Hampir 1 jam berlalu, Fazziq masuk ke dalam bilik. Aku masih nyenyak tidur, tak adelah diulit mimpi hehe.

"Ezza bangun makan" kata Fazziq.

"Hmm.. ok" balasku.

"Lepas makan nasi tu makan ubat ni" kata Fazziq lalu meletakkan ubat sakit kepala di atas dulang yang diisi dengan nasi goreng dan teh panas dan juga air mineral segelas. Aku hanya mengiyakan sahaja.

'Kena dengar cakap suami. Nak ke jadi isteri derhaka' - kata kata mama terbayang dimindaku.

'Uishh, serammya dengar isteri derhaka.. siapa je lah nak jadi isteri derhaka'- bisik hatiku seorang diri.






P/s; kalau ada idea yang nak ditambah boleh lah comment. Boleh la tolong author sikit. Hehe. Thank you❤️

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now