9

1.9K 64 4
                                    


Sudah 3 bulan aku berkahwin. Hubungan aku dan Fazziq masih lagi seperti dulu. Tapi sekarang dia makin pelik. Mungkin perasaan aku je kot. Keinginan untuk mengambil hati dia? Mama kalau tahu mesti dia sokong punya lah, tapi plan aku nak buat dia suka kat aku bukanaku suka kat dia. Hishh hati oh hati bersabarlah akanku dapatkan hati satu lagi untukmu. Ehh? Mende nii alahai. Kau yang makin pelik ni Ezza. Bukan ke dia pernah warning aku agar jangan sesekali suka pada dia.
Hanya kerana '3 Rules' yang ditetapkan itu saja membuatkan aku takut untuk mencuba.

Cuba apa? Cuba buat dia jatuh cinta. Dania pun pernah suruh aku ambil hati si Fazziq tu. Tapi mungkin sikap aku yang ego ni dah memisahkan perkataan 'cuba buat dia jatuh cinta'. Jap! Bukan aku yang ego, aku rasa Airell Fazziq tu yang ego! Dia sepatutnya jaga aku, tapi lain pulak jadinya, malah dia tak pernah ambil kesah tentang aku.

Tambah tambah selepas kami berpindah kerumah milik Fazziq. Pergi kerja awal awal pagi, balik kerja malam malam buta. Tak lah malam buta gitu cuma lewat la. Bukankah selalunya orang kerja office balik selewatnya pukul 8? Tapi kenapa dia balik pukul 9:30+ . Dia kan CEO syarikat tu bukan kah boleh je balik awal. Bila tanya je cakaplah Syafiq ajak makan. Takkanlah setiap hari Syafiq ja yang ajak makan?. Haaa! Aku ada rancangan!

9:45 malam
Tok tok tok! -pintu diketuk

Aku terus membuka pintu. Fazziq.

"Assalamualaikum" aku kata dahulu.
"Waalaikumussalam, napa tak tidur lagi?" Tanya Fazziq lalu masuk ke dalam rumah.

"Memang selalu kan saya tidur pukul 10" kataku lalu membuka tie yang dipakai oleh Fazziq.

"Ish ape kau buat ni" marahnya padaku. Aku hanya membiarkan dia marah.

"Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?" Tanyaku padanya.

"Apa?" Katanya laku duduk diatas sofa di ruang tamu.

"Jom main game nak tak?" Tanyaku padanya.

"Game ape pulak malam malam ni" tanya Fazziq pelik dan dingin.

"Wrestling" kataku sambil menjongketkan keningku.

"Wrestling? Hahahaha you really have no idea what you're saying right Ariyana Ezzalea ?" Katanya sambil gelak

"Takut lah tu" kataku sambil membuat muka menyampah

"Ok! Bila nak WRESTLING? Set masa & tempat" kata Fazziq perkataan wrestling itu dia tekankan. gelaknya masih berbaki. Apa lah yang lawak sangat Airell Fazziq hoi hehe

"Esok, 9:00 pagi" kataku yakin

"Jangan nangis ye" katanya sambil mengusap kepalaku lalu naik keatas.

'Abah kau! Seram pulak dia ni, jangan nangis bagai.'

✖✖✖

"Good Morning minnie mouse" kata Fazziq lalu tersenyum sinis padaku.

"Minnie mouse?" Kataku perlahan. Amboi cik suami kejam oi sukahati ja panggil kita minnie mouse.

"Ni yang pakai baju macam nak bertumbuk ni kenapa?" Tanyaku padanya

"Lupa ke buat buat lupa? Wrestling lah" katanya lalu keluar dari bilik.

"Ohh betullah wrestling ha haa betull" kataku seorang diri perlahan.

"Cepat" jerit Fazziq hingga dengar ke dalam bilik. Excitednya dia.

Aku mengambil t-shirt biru laut dan dikenakan dengan seluar fit (tidak terlalu fit) dan tudungku yang biasa kupakai untuk berjoging. Aku terus turun ke laman rumah. Nampaknya Fazziq begitu bersemangat. Dia hanya memakai singlet berwarna kelabu. Menampakkan bicepsnya. (Can you imagine that?)

"Kau nak wrestling ke nak tengok badan aku" katanya lalu memberikan senyuman sengetnya itu.

"Eee sape je tengok biceps dia. Orang tengok paip air tu lah" kataku sambil menunjuk paip air yang tidak jauh dari tempat kami berada. Dia hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Jap sebelum tu, ada peraturan" kataku
Dia hanya menjongketkan keningnya keatas.

"First, siapa menang dia boleh buat apa apa saja permintaan. Second, kalau jatuh dia kalah. And finally, tak aci main kaki aaa" kataku memberikan syarat syarat yang aku telah fikir malam tadi.

"Tu je?" Tanya Fazziq. Aku hanya mengangguk

"Deal" balasnya.

"Ok 1,2,3!" Aku menjerit.

Aku berlari padanya, lalu aku tolak . Tapi tak jadi apa apa pun. Dia hanya tersenyum memandangku. Lalu dia menggeletek aku.

"HAHAHAHAHAHA! Fazziq stop it! HAHAHA" aku terjatuh.

"Mana aci geletek orang!" Rengekku.

"Ok macam peraturan kau tadi, siapa menang dia boleh buat apa apa saja permintaan kan. Kau basuh kereta aku" katanya lalu memegang bahuku, lalu dia menolakku ke keretanya.

"Basuh kereta jangan wrestling dengan kereta pulak" katanya lagi.

"Tak habis habis buli saya dari sekolah menengah lagi" kataku menyampah, aku terus ke paip air. Terkeluar pulak idea nak kenakan si Fazziq ni. Hehehe.
Aku terus buka air paip tersebut dan tujukan ke arah Fazziq.

"Ezzalea!" Jerit Fazziq marah sekali. Dia liganku. Aku mengambil keputusan untuk lari masuk kerumah. Aku kunci pintu. Hehe padan muka tak boleh masuk.

"Hello Ezzalea" suara macam Fazziq, aku pusing kebelakang.. Airell Fazziq.
Ohh rumah ni ada 3 pintu macam mana aku boleh lupa!

Aku terus memijak kakinya lalu ku lari naik keatas.

"Ouch!!!" Jerit Fazziq
"Sorry!" Kataku. Hehe seronok pulak kacau Fazziq ni.






Double update!!! Hehe I bet you guys don't want to know macam mana author dapat idea ni😂😂😂
Vote/comment if you guys like it❤️

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now