20

1.5K 54 4
                                    


Makan aku tidak tentu. Fazziq mula risau dengan keadaan aku yang semakin hari semakin tidak menentu. Muka aku semakin pucat.

"Ezzalea, jom pergi jumpa doktor" ajak Fazziq selepas menunaikan solat Zohor. Aku hanya menggelengkan kepala. Selimutku tarik.

"Jom la, nanti kau sakit. Dah dua hari dah kau tak makan" kata Fazziq mengusap kepalaku lembut. Cuba memujukku. Aku menepis tangannya kasar.

"Keluar" kataku dingin. Fazziq mengangkat keningnya tanda tidak faham.

"Keluar Fazziq!" Kataku, suara aku ditinggikan sedikit. Sungguh aku tak tipu fikiran aku celaru. Aku tak tahu kenapa tiba tiba sahaja aku meninggikan suaraku pada Fazziq, walaupun Fazziq tak buat salah pun.

Bagaikan anggota badanku dikawal oleh orang lain. Aku semakin buntu, tak tahu apa aku hendak buat. Fazziq keluar dari bilikku. Aku dapat dengar pintu bilik ditutup. Tidak terlalu kuat tidak terlalu perlahan. Tangisan semakin kuat. Dalam kepenatan kesedihan aku tertidur.

Fazziq p.o.v

"Fazziq nak kemana tu?" Tanya mummy

"Jaga Ezzalea. Bawak dia jumpa doktor" balasku sambil membuka pintu kereta milikku.

"Fazziq!" Jerit mummy memanggilku.
Aku pasti seribu pasti mummy tidak faham dengan situasi yang berlaku sebentar tadi. Kelakuan Ezzalea sangat berubah. Lain dari dulu. Mungkin dia perlukan masa berseorangan.

KRING!KRING!! -phoneku berbunyi

"Hello"
"Apa lagi Sofea!" Suaraku sedikit meninggi. Phoneku letak.

Sedang asyik aku memandu, fikiran aku tetiba teringat akan kata katanya.

'Datang cafe kalau you sayangkan isteri you'

Terus aku bergegas ke cafe yang dikatanya.

"So what do you want?" Kataku lalu menghempaskan badanku diatas tempat duduk yang disediakan *jangan risau Fazziq tak jatuh pun sebab tempat duduk itu sofa hehe*

"Chillah, napa nak terburu buru sangat. And anyway.. I tumpang simpati dengan Ezzalea, I dengar cerita parents dia meninggal dunia kan?" Katanya sambil membuat muka separuh meminta simpati dan separuh laki meminta penampo.

"Kau jangan biadap sangat eh" balasku dingin. Api yang memarak dalam diri cuba ku biarkan.

"Biadap apenya, I cakap I simpati pun biadap" balasnya sambil menghirup air yang diordernya.

"Jangan putar belit. Kau nak apa?" Tanya aku sudah naik muak dengan kata kata manis yang sebenarnya pahit tawar dan sebagainya.

"I just nak tanya, you apa khabar?" Tanya Sofea cuba menarik perhatianku.

"Kau nampak kan aku sekarang, kau rasa" balasku mendatar.

"I rasa you tak ok lah.. sebab isteri you tak layan you kan" dia berkata lancar. Aku memandang wajahnya dengan tak puas hati. Api dalam diri cuba ku padam.

"Ye lah, ezzalea tu jual mahal sangat. Ke korang kawin terpaksa? Bahagia ke Airell Fazziq?" Katanya lalu tertawa.

"Ey Sofea! Aku tau tujuan kau suruh aku kesini bukan baik sangat pun kan. Kau jangan berani cakap pasal Ezzalea kalau kau tak pernah jumpa dia!" Balasku lalu berdiri ingin meninggalkan Sofea.

"Siapa cakap I tak pernah jumpa Ezzalea? Haha. Hey Fazziq you jangan ingat I akan diam je. You ingat tu" katanya berbisik padaku. Aku berjalan meninggalkan dia seorang diri di belakang.

Perjalananku ke kampung aku teruskan. Nombor telefon mummy aku dail.

"Hello mummy"
"Mummy, jangan bagi Ezzalea keluar rumah without permission Fazziq"

"Kenapa ni Ziq?"

"Just do it mummy"

"Ye yee"









Hai semua.. sorry sebab lama tak update. Lately ni busy sikit. Sepupu author masuk hospital so jarang lah bukak wattpad. But don't worry, author akan update ASAP☺️

Vote/comment❤️

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now