18.5

1.5K 50 7
                                    

9:00pm

''Mana pula si Fazziq ni, dah pukul 9 kot takkan tak balik lagi? Nak call ke tak eh?" - fikirku seorang diri. Aku membuka contact di handphone milikku. Nama Fazziq aku tekan.

'Tak payah la call dia. Pandai pandai la hidup' - kata aku seorang diri.

Iphone 6 aku letak di atas meja lalu aku duduk di atas katil. Otakku tak penat memikir tentang Fazziq. Entah kenapa perasaan risau menyinggah diri. Iya la ini bukan Malaysia, buatnya di sesat ka apa, aku dekat dalam hotel ni bukannya tahu dia dekat mana.

TINGDONG!!! - bunyi loceng menandakan ada seseorang di luar. Aku terus berlari kearah pintu, lalu mengambil nafas sedalam dalamnya. Pintu aku buka.

"Fazziq" kata aku perlahan. Dia hanya memberikan senyuman manis padaku, lalu mengangkatkan keningnya.

"Jom makan" ajaknya memegang pergelangan tanganku. Aku menarik tanganku dari pegangannya.

"Dah malam la" balasku tegas.

"Kau tak makan lagi kan? Jom la" ajaknya tanpa meninggikan suara.

"Tak apa, saya makan je la biskut. Ada banyak lagi tu" balasku, masih lagi dengan keputusanku.

"Biskut bukan kenyang" balasnya lalu memasukkan kedua dua tangannya ke dalam poket seluar memandang syiling .

"Yelah. Jap nak tukar baju" balasku ingin berlalu menukar pakaian.

"Ezzalea" panggil Fazziq dengan senyuman lekang dibibir. Aku hanya memandangnya sambil keningku dijongketkan keatas.

"Dah elok dah tu. Jom" katanya sambil membuat isyarat kepalanya menandakan dia mengajak aku untuk pergi. Aku mengerutkan dahiku tanda tidak percaya. Dia hanya membalas dengan anggukkan. Aku tersenyum memandangnya.

"Jap ambil jacket" balasku lagi. Dia hanya mengangguk. Cuaca malam di Melbourne bukanlah 25 darjah celcius. Malah 14 celcius.



👑

"Awak nak bawak saya pergi mana pulak ni?" Tanya aku memandangnya aneh.

"Sabar sikit boleh tak" balas Fazziq memandang hadapan. Aku terus menghempas badanku ke belakang tanda protes. Dia hanya memandangku sekilas lalu tersenyum.

"Jom, sampai dah" ajaknya memegang tanganku mengajak aku keluar, aku hanya mengikut rentaknya sahaja.

"Tunggu jap" katanya meninggalkan aku di.. entah la kat mana ni.
Lampu terbuka satu persatu, tidak lepas seperti merry-go-round. aku hanya memandang dengan senyuman. Lampu itu mengelilingi aku, lawa tidak terkata. 

"Ariyana Ezzalea" namaku dipanggil dari belakang. Aku menoleh , Fazziq. Yelah yang ada kat sini pun kami berdua ja. Dia berjalan ke sebelahku, aku memandang keatas memandangkan dia tinggi. Dia hanya memandang depan, menghayati pemandangan yang jarang didapati

"Many tears dropped from your eyes because of the way I hurt you. My heart is trapped in regret and it needs your forgiveness to set it free. Ariyana Ezzalea. Sorry" kata kata itu membuatkan aku lemah.

Perlahan lahan air mataku jatuh. Air mataku aku lap cuba berlagak hati sado. Tapi apakan daya, aku ni perempuan.

Aku memandangnya dengan senyuman. Dia menghulurkan padaku tisu.

"Aku tau mesti kau nangis punya" katanya sambil tersenyum manis memandangku. Aku mengambil peluang untuk menampar lengannya. Dia mengusap lengannya sendiri.

Dia menarik aku kedalam pelukannya. Terasa selamat disisinya.

"Tak payah la nangis. Kau buat aku rasa bersalah la" katanya lagi . Aku menampar belakang badannya. Dia hanya mengaduh.

"Jomlah makan" ajaknya. Aku menganggukkan kepalaku. Dia memegang pergelangan tanganku.
















Vote/comment❤️tqq

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now