22

1.5K 55 2
                                    


Entah mengapa dari tadi aku rasa diperhati, aku toleh ke belakang mana lah tahu ada orang kat belakang yang aku kenal. Tapi tiada. Aku membuat muka pelik. Ya aku yakin, ada orang ikut aku. Cuba aku padam perasaan itu tapi tak boleh. Aku terus berjalan masuk ke dalam kereta.

Perjalanan yang hampir satu jam itu tidak kurasa, mungkin kerana otakku yang serabut. Sungguh aku tak bohong, perasaan sedih, pilu, keseorangan itu sedang menjalar.

Setiba sahaja aku di rumah. Kelihatan mummy berada di garden menghampiriku.

"Ezzalea ok ke? Ezzalea kemana tadi?" Tanya mummy mengusap perlahan wajahku. Aku mengerutkan dahiku tanda tak faham.

"Ezza pergi shopping mall kejap jelah mummy. Kenapa?" Tanya aku pelik dengan kegelisahan yang ditunjukkan oleh mummy.

"Ezzalea bagitahu Fazziq dah ke yg Ezza nak keluar?" Tanya mummy lagi

"Tak pulak kenapa mummy" tanyaku pula.

"Lain kali kalau Ezzalea pergi mana mana, inform Fazziq dulu ya. Nanti Fazziq tu risau" kata mummy lembut.
Aku hanya membalasnya dengan senyuman dan anggukan.

"Haa jomlah masuk, mummy dah masakkan lasagna untuk Ezza" ajak mummy , aku hanya menurut sahaja kata katanya.

.
.
.
.

"Mummy"

"Iya kenapa Ezza" tanya mummy memandangku.

"Fazziq ada call mummy tak?" Tanya aku inginkan jawapan.

"Ada" balas mummy sepatah.

"Dia kata apa?" Tanya aku bersungguh-sungguh menunggu jawapan dari mummy.

Hampir 10 saat mummy berdiam diri.

"Mummy?"

"Dia tak cakap apa sangat pun" balas mummy lalu tersenyum memandangku.

"Makan lah Ezzalea" jemput mummy.

"Mummy tahu tak Fazziq pergi mana?" Tanya aku lalu tersengih seperti kerang busuk.

"Kalau mummy tahu bagitahu Ezza pleasee" pujukku ingin tahu.

"Selalunya dia pergi ke rumah nenek dia. Rasanya dia kat sana lah tu" balas mummy.

Aku membuka beg tanganku lalu mengambil kertas kosong dan pen. Aku berikan pen dan kertas itu pada mummy.

"Nak alamat boleh tak mummy" tanya aku sambil membuat muka 10 sen.
Mummy hanya tersenyum lalu menulis alamat rumah nenek Fazziq.

"Thank you mummy" ucapku seusai mummy menulis alamat itu.

"My pleasure. Tapikan Ezzalea, nak buat apa dengan alamat tu?" Tanya mummy.

"Tak de apalah mummy, nak tahu alamat rumah nenek Fazziq tu je" balasku tersenyum. Lalu aku meminta izin untuk naik ke bilik.

Pintu bilik kututup. Aku terus mencapai handphone yang terletaknya dalam begku. Terus aku mendail nombor Fazziq. Tak diangkat.
Aku mencuba lagi . Gagal. Hampir 10 kali aku cuba tapi gagal. Aku mengambil travelling bag aku, baju baju aku letak ke dalam perut bagasi itu.

6:00 petang. Walaupun sudah lewat untukku keluar berseorangan, tapi aku membuang perasaan takut/ gemuruh dalam diriku. Aku letakkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Ezza nak kemana?" Tanya mummy

"Mummy, kalau Fazziq call kata dekat dia, Ezza sihat dan selamat je" kataku lalu tersenyum memandang mummy.

"Fazziq tahu ke Ezza nak kemana ni?" Tanya mummy risau.

"Dia akan tahu mummy. Jangan risau tau.. Assalamualaikum." Kataku lalu mengucup pipi mummy lembut.

















Sorry semua.. lama sangat saya tak update. Sorry🙏🏻🙏🏻🙏🏻  terima kasih pada yang setia menunggu update cerita ni. Tq again and again.


Vote/comment❤️

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now