11

1.7K 54 2
                                    

✖✖✖

"Ezza cepat lah sikit jalan tu lepas flight nanti" marah Fazziq, yee kali ni aku faham kenapa dia marah sangat ye lah, kaum kaum wanita faham lah berapa strugglenya bila nak pakai tudung tapi tudung tak jadi.

"Iye iye" kalutku. Selepas check-in kami terus menaiki kapal terbang. Nasiblah passport tak expired lagi. Aku dakat duduk di tepi tingkap yeayyyy! Dapat juga tengok pemandangan yang jarang dapat kulihat daripada tengok muka orang tu yang selalu sangat kita tengok tapi bagi sakit hati ja.

Hampir 8 jam berada di dalam kapal terbang, entah berapa kali aku tertidur. Akhirnya sampai juga!

"Yeayy dah sampai! Awak jom lah pergi Melbourne Star! Saya teringin jugak nak pergi situ. Jom lah jom lah jom lah" pujukku sambil membuat muka comelku. Ramai kata Melbourne Star ni cantik view dia. Alang alang dah sampai sini, rasa rugi pulak kalau tak pergi situ.

"Kau ni tak reti penat ke? Dah malam kan. Hotel pun tak check in lagi" bebel Fazziq, tetiba je dia ni bebel. Kalau korang nak tahu Fazziq ni payah betul nak buka mulut, entah ade emas dalam mulut dia tu. So, bila dia bebel ni rasa lawak pulak.

"Alaaaa.. kejap je" pujukku.

"Esok ada kan haihh"kata Fazziq sambil menguap tanda mengantuk. Yelah dia tidur sekali je tu pun sekejap. Jangan aku ni berapa kali entah. Aku hanya membuat muka sahaja. Malas melawan kata dengannya. Tambah dosa je.

Hampir 2 jam berada di dalam teksi dan akhirnya sampai juga di hotel Crown Metropol. Hotel ni cantik sangat, hampur ternganga aku melihat hotel ini, sangat solid. No words could describe.

"Masyaallah ni hotel ke istana Fazziq" tanyaku sambil melihat pemandangan yang boleh dikatakan magnificent scenery haa.

"Tak lah ni airport" balas Fazziq selambanya sambil bermain phonenya.

"Hishh.. tak boleh bawak bertenang betul awak ni" kataku menyampah. Bukan nak cover orang.

"Main jauh jauh, jangan kacau aku tidur" katanya penat. Terkeluar idea untuk mengusiknya. Aku masuk ke tandas, kemudian aku menadah sedikit air, lalu aku lari kearah Fazziq dan melepaskan air dari tanganku kemukanya.

"Oii apa ni?!" Marah Fazziq. Bukan marah saja terkejut + marah = lawak gila aaa.

"HAHAHAHA!! Tu lah marah je kerja, cepat tua tau" kataku. Tanpa aku sangka dia lari kearah aku, aku apa lagi. Menggelupur cari tempat nak bersembunyi. Ha! Tandas. Terus aku lari ketandas dan aku kunci. Gelakku masih berbaki.

"Ezzalea!!" marah benor pakcik tu hahahha. Ok aku dah rasa bersalah kacau dia tidur. Tapi tulah tak best la kalau tak kacau dia.

✖✖✖

Usai solat subuh aku terus mandi begitu juga Fazziq. 1 jam kalut bersiap akhirnya kami keluar dari hotel untuk bersiar siar. Fazziq memberikan kertas kepada driver teksi itu, aku rasa isinya alamat kot. Fazziq tak sewa kereta memandangkan ini adalah percutian dia ingin berehat tanpa perlu memandu.

"Awak kita gi mana ni?" Tanya aku padanya

"Alahh ikut jelah" jawabnya lalu melihat permandangan diluar. Aku hanya mendiamkan diri sahaja taknak lah gaduh di luar tambah tambah di negara orang.

Beberapa minit kami berada di dalam kereta atau lebih dikenali sebagai teksi akhirnya kami sampai ke destinasi yang aku sendiri tak tahu aku dimana sebenarnya.

'Rumah sapa pulak ni? Boleh tahan besar gak la, lawanya design rumah ni'- bertalu-tali pujian aku beri dalam hati, tak mahu lah Fazziq dengar nanti kena cop burung gagak pulak.

"Jom masuk" ajaknya

"Hah? Ini bukan rumah kita, pastu nak masuk.. buatnya nanti orang tuduh pecah masuk runah orang ke apa.. ehh awak ingat kita ni bukan dekat Malaysia tau" bebel aku padanya, dia hanya berdiri tegak dengan kedua dua belah tangannya di dalam poket memandangku pelik, lalu tersengih. Eyy suami aku ni sabar je lah.

"Habis dah bebel? Masuk je lah" arahnya. Aku hanya meninggalkan semua perasaan pelik aku kebelakang dan melangkah kedepan dengan perasaan yang tenang. Tenang lah sangat.

Knock knock!

"Ohhh adik akak! Amboi dah besar" jerit wanita itu kegembiraan. Aku? Tak payah cakap, biasa lah dengan muka pelik yang tadinya aku tinggal aku ambil balik, lalu memakai kembali kemuka aku.

"Ahahaha.. tahu rindu Fazziq. Haa ni isteri Fazziq, Ariyana Ezzalea, panggil Ezza je" kata Fazziq memperkenalkan wanita itu padaku.

"Ohh iye, wah lawa jugak, oandai kamu pilih menantu dekat mummy dengan daddy ye.. akak ni kakak Fazziq, nama kak Airin Darina boleh je panggil Kak takpun Kak Rin" perkenalkan dirinya padaku dengan gembira.

"Tak bagi masuk ke akak?" Tanya Fazziq selamba

"Ishh Fazziq tu duk je lah kat luar haa.. Ezza ikut kak" kata Kak Airin lalu memegang lenganku lembut.

"Ape ni kak" rungut Fazziq mengada. Manja jugak dia ni dengan kakak dia.

"Yelah masuk" ajak kakak Airin.

"Kamu berdua sampai sini bila?" Tanya kak Fazziq lalu duduk di ruang tamu

"Malam tadi kak" balasku. Okay first, aku ni bukanlah seorang yang outgoing person, so bila dah jumpa kak ipar sendiri, aku kena cuba untuk jadi sedikit peramah. Second, aku ni shy-shy cat sikit tapi bila dah kenal haa boleh la kita bercakap sampai mulut kebas. Last, aku ni jenis kalau kau tanya sepatah aku balas sepatah juga tu pun kalah tak kenal la, kalau dah kenal, aku balas macam jawab soalan KBAT/TIMMS ape semua tuh haa.

"Ohh tidur hotel eh?" Tanya Kak Airin lagi

"Haah" balasku. Kan aku cakap 'balas sepatah'

"Kenapa tak tidur sini je? Fazziq? Buang duit duduk hotel mewah mewah meh je duduk rumah kak boleh lah buat ice-breaking dengan Ezzalea ni" bebel kak Airin lagi

"Ape salahnya kak duduk dekat hotel" balas Fazziq pula

"Salah la membazir! Amalan Syaiton tuu" kata kak Airin lagi. Lawak pulak aku rasa mereka berdua ni.

" kak mana abang Izhan?" Tanya Fazziq

"Ohh dia pergi beli lauk untuk makan tengahari, kak tak larat pulak nak masak" kata kak Airin sambil tersenyum.

"Ohh" balas Fazziq, siapa pulak abang Izhan tuu. Haih nak tanya tapi malu. Nanti jelah

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now