10

1.7K 58 5
                                    

Selepas mandi dan makan pagi aku mengajak Fazziq ke tesco untuk membeli barang barang basah. Hampir 1 jam tersekat dengan jem akhirnya sampai juga. Fazziq hanya menolak troli dan bermain phonenya. Entah apa yang syok sangat.

30 minit selepas itu

"Ape lambat sangat kau cari barang?" Rengek Fazziq

"Sabar la haihh" tak reti sabar betul Fazziq ni.

"Eh Fazziq!" Seorang perempuan datang menegur Fazziq. Aku hanya memandang dengan sekali pandang sahaja. Otakku mula berfikir negatif. Aku cuba untuk fikir positif, perempuan tu mesti kawan kerja dia, yaa kawan kerja dia. Aku terus meninggalkan Fazziq dan perempuan itu. Memberikan mereka ruang untuk berbual.

"Sofea?" Kata Fazziq perlahan.

"So, you datang sorang je la ni" kata Sofea dengan tersenyum lebar.

"Tak la, I datang dengan... se sepupu I" kata Fazziq lalu menoleh kebelakang.

"Mane sepupu you tu?" Balas Sofea tercari cari kelibat sepupu Fazziq tapi tiada.

"Ohh, dia pergi tandas. Sakit perut kot" balas Fazziq ligat memikir demi tidak terkantoi bahawa dia sudah berkahwin.
Sofea hanya membuat mulut berbentuk 'O' dan mengangguk sebagai tanda Faham.

"Fea I pergi dulu" cuba untuk lari dari Sofea. Terus sahaja Fazziq meninggalkan Sofea yang pelik dengan sikap Fazziq yang sememangnya tidak seperti selalu.

"Weh kau pergi mane?" Tanya Fazziq marah sekali.

"Awak kan tengah cakap dengan kawan awak buat apa saya nak kacau" balas aku dengan nada selamba. Kawan ke sepupu? Tak pun girlfriend. Mana lah tau kan. Kalau dengan Fazziq ni semuanya 'possible'

"Cepat sikit" arahnya dengan muka menyampah. Alahai suruh tunggu kejap pun dah tak larat. Aku hanya mengangguk kan kepalaku tanda faham.

✖✖✖

Di Rumah:-

Kring-Kring! Phone Fazziq berbunyi.

"Hello"
"Yee nanti Fazziq dengan Ezza pergi"
"Bye"

Fazziq terus berjalan ke dapur. Sedangku asyik memasak..

"Oiitt" sergah Fazziq bersandar di dinding.

"Uish. Iyaa apa?" Balasku meneruskan kerjaku yang masih sedikit lagi nak siap.

"Jom pergi rumah mummy" kata Fazziq

"Huh? Rumah mummy? Buat apa?" Tanya Aku

"Mummy ajak makan malam" balasnya ringkas.

"Pastu makanan saya nak letak mana?" Rungutku.

"Bungkus jelah. Kasi dekat mummy" kata Fazziq lagi lalu pergi menukar pakaiannya.

"Ohh ye ye ok" kataku lalu terus membungkus makanan tersebut kedalam mangkuk tingkat.

Hampir satu jam bersiap dan dua jam tersekat di kesesakkam lalu lintas(?)
Akhirnya sampai juga di rumah mummy.

"Sampai juga menantu mummy ni, rindu betul mummy tau" sambut mummy lalu mencium pipiku lembut.

"Menantu jeke anaknya tak" sergah Fazziq dengan menjongketkan keningnya lalu tersenyum memandang mummynya.

"Buat ape mummy nak rindu Fazziq. Fazziq mummy dah tengok dari kecik lagi. Ezzalea ni baru munmy tengok 3 bulan tau" kata mummy

"Hmm.. takpelah" rajuk Fazziq.

"Hahhaha rindu lah anak mummy nii. Mari masuk kita makan dulu ye" jemput mummy. Aku dan Fazziq hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh mummy.

"Lama betul daddy tak tengok anak daddy ni" kata daddy sambil memeluk anak lelakinya.

"Iyelah.. daddy tu sibuk betul dengan main golf" balas Fazziq sambil tergelak. Diikuti dengan aku dan juga mummy.

"Hahahaha ye lah. Jomlah kita makan dulu" kata daddy. Usai makan malam, kami berdua terus pergi ke ruang tamu, kerana ada sesuatu yang mummy dan daddy nak bagitahu.

"Okay, mummy dan daddy nak kamu berdua pergi honeymoon" kata daddy. Berita itu sememangnya berita yang sangat mengejutkan buat aku dan Fazziq. Mengejutkan tu bukan je masuk berita tv3 malah sampai ke CNN haa.

"Huh??" Kataku dan Fazziq serentak. Punya lah tekejut.

"Yup, daddy dah order ticket so no excuse" kata daddy lagi.

"What?" Serentak byat kali kedua. Terus sahaja aku memandang Fazziq dengan kening dijongketkan keatas.

"Daddy tau kan Fazziq busy sangat, lain kali je lah" bentak Fazziq

"Tak ade.. Daddy nak kamu berdua ke Melbourne lagi 3 hari" kata daddy lagi. Mummy hanya menganggukkan kepalanya. Aku makin pening dengan situasi ini. Haihh.




Sorry sebab dah 3 hari tak update. Hehe.

Vote/comment ❤️ tq

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now