12

1.6K 45 0
                                    


"Ehh ada tetamu lah"kedengaran bunyi pintu ditutup dan suara lelaki. Ketiga-tiga kami memandang ke arah pintu.

"Yelah abang, tetamu special" jawab Kak Airin

"Hehe abang Iz apa khabar?" Tanya Fazziq berdiri dan bersalaman dengan lelaki itu.

"Baik je, Fazziq macam mana? Sihat?" Tanya lelaki itu pula

"Sihat la, haa ni isteri Fazziq, Ariyana Ezzalea panggil Ezza" perkenal Fazziq buat kali kedua.

"Ohh hai Ezzalea! Nama abang, Izhan tapi Fazziq ni panggil Abang Izhan dari dulu lagi." Ohh abang Izhan yang ni lah.

"Hai abang Izhan! Abang ni suami Kak Airin eh?" Tanyaku sambil tersengih.

"Yup" balas Abang Izhan ringkas.

Di Malaysia

"Ye cik nak jumpa siapa?" Tanya pekerja Fazziq atau lebih dekat lagi dengan setiausaha Fazziq.

"Fazziq mana?" Tanya Sofea kasar, matanya tidak lepas dari memandang bilik Fazziq yang kosong tanpa orang.

"Encik Fazziq outstation" balas pekerja itu atau lebih dikenali sebagai Aifa.

"What??! Dia pergi mana!" Tengking Sofea

"Maaf cik, Encik Fazziq tak bagi saya bagitahu siapa siapa yang dia pergi ke mana" balas Aifa lembut, marahnya masih boleh dikawal. Kalau ikutkan memang dah lama dah campak dia dari bangunan ni tapi sebagai pelerja kenalah sikap professional.

"You baik bagitahu I kalau tidak you tahulah nasib you" ugut Sofea masih lagi dalam keadaan marah. Entahlah apa yang Sofea ni nampak dekat Fazziq tu. Ini baru tak bagitahu Fazziq pergi mana, cuba bayangkan kalau dia dapat tau yang Fazziq ni dah kawin. Boleh gila minah ni dibuatnya.

"Sekali lagi saya nak minta maaf , memang tak boleh. Saya rasa cik boleh keluar dari sini kot kalau tidak saya panggil security" ugut Aifa pula. Walaupun marahnya sudah menggunung terapi masih dia cuba kawal.

"Kau jangan biadap eh Aifa! Boss kau tu boyfriend aku! Kalau kau biadap dengan aku, tak pasal-pasal kau kena pecat!" Marah Sofea. Aifa terus mencapai telefon yang disediakan di pejabat itu.

"Tak payah call security, aku ada kaki boleh jalan" kata Sofea cuba menghalang Aifa untuk menelefon security.

"Baguslah, kalau cik Sofea dah lupa pintu keluar mana saya boleh tunjukkan" sempat lagi Aifa memerlinya. Jelingan maut yang boleh dibawa terus ke kain kafan dan terus ke dalam keranda siap ditanam diberi oleh Sofea. Aifa hanya membiarkan Sofea pergi lalu meneruskan kerjanya yang tadi dia tinggal hanya kerana melayan sikap perempuan tiga suku tu.
.
.
.

"Hello, aku nak jumpa dengan kau sekarang" sofea menamatkan phone call itu. Terus memandu kearah yang hendak dia tuju, iaitu ke cafe yang tidak jauh dari situ.

Lelaki berbaju hitam: Ada apa kau nak jumpa aku?

Sofea: aku ada job kat kau.

Lelaki berbaju hitam: job apa?

Sofea: kau cari mana Fazziq pergi, ni duit muka. Lepas kau siap kerja aku bagi lagi.

Lelaki berbaju hitam: Fea, tak cukup

Sofea: buat kerja kau dulu. Lagi cepat kau siasat lagi cepat kau dapat duit. Faham!

Di Melbourne

"Korang dua ni nak balik dah ke? Alaa bosan la akak. Fazziq, Ezza duk lama sikit la kat sini" pujuk Kak Airin

"Takpe la kak nanti kitorang datang la jenguk akak kat sini" balasku, takut juga kak Airin ni nangis. Hehe. Mana lah tahu kan, wanita ni lemah daripada lelaki bukan?

"Eh awak ni, diorang kan datang sini nak ber-honeymoon kacau je awak ni" kata Abang Izhan pula. Nasiblah Abang Izhan backup kitorang.

"Ha betul tu kak.. kacau je" bela Fazziq. Aku apa lagi tampar je lengan Fazziq. Tak ke malu aku? Malu laa.

"Haa yelah.. tapi kena janji eh datang jenguk akak lagi" kata kak Airin sambil membuat simbol 'promise'. Aku hanya menyambut dengan membuat cara yang sama. Abang Izhan hanya menggelengkan kepalanya. Aku sempat memeluk dan bersalaman dengan Kak Airin.

"Awak kita nak gi mana pulak ni?" Tanya aku penuh excited.

"Cuba kau diam kejap" balas Fazziq lalu tidur disebelahku. Jawapan yang langsung tak membantu bagiku. Kalau ye pun jawablah nak kemana bagitau nama tempat boleh la aku imagine sekejap. Ini tidak suruh orang diam pulak tu.

"Suka sangat tidur. Asyik asyik tidur. Tidur tidur tidur" bebelku mana tak geram dah banyak kali dah dia buat. Bukan sekali. Dua kali dah tau. Banyak la tu.

"Sufah sudah la membebel" Kata Fazziq sambil menutup matanya. Tapi kalau pikir balik, cepat betul dia berubah, dari manja dengan kakak sampailah dingin dengan aku. Aku tak tahu lah apa salah aku kat dia yang aku tahu aku memang jalankan tugas aku sebagai isteri. Dia je ke laut, sungai, pantai, paya haa apa lagi.

"Awak ni bagitahu jelah, ingat sweet ke nak berahsia semua ni" rengekku perlahan tak mahu driver teksi itu dengar. Kata kataku hanya dibiarkan begitu saja, boleh pulak dia tidur, nyenyak pulak tu. Takkan la Jetlag kot?.

Selepas beberapa minit di dalam teksi akhirnya sampai juga ke destinasi yang Fazziq rahsiakan sangat tu. Satu perkataan ja aku boleh cakap 'AMAYYYZINGGG!!' Boleh melompat dibuat aku. Pemandangannya sungguh cantik. Tidak boleh dicari dimana mana, made in Melbourne haa.

"Lawanyaaaaa Fazziq!!" Jerit aku terhibur

"Aku memang lawa" balas Fazziq selamba.

"Jangan annoying sangat please Fazziq, saya cakap ni haa pemandangan ni lawa bukan awak tu yang lawa" balasku , tidak lupa juga jeliran aku hadiahkan. Fazziq hanya membuat rolled eyes.

"Awak apa nama tempat ni?" Tanya aku lagi

"Yarra River" balasnya ringkas, tangannya masih di dalam poketnya.






Bersambung.. hehe maaflah lambat pulak update harini. Author penat sikit sorry ye.

Vote/ comment
TQ❤️✨

Hati Si BekuWhere stories live. Discover now