Final

196 16 5
                                    

•Eunhye•

"Hai, Yoongi. "

Aku meletakkan bunga yang aku bawa ke atas pusara di hadapanku. Aku memandangnya lama.

"Aku datang lagi, kali ni aku seorang je. Namjoon tak dapat ikut. Maaf lah tak dapat datang jumpa kau selalu. Aku sibuk dengan kerja. Kau tau tak, aku rasa bos aku tu syok dekat aku la. Tak habis habis bagi aku kerja segunung. Saja lah tu nak suruh aku stay lama lama kat office. " omelku.

"Well, siapa je yang terpikat dengan Lee Eunhye kan? "

Aku tertawa kecil. Aku kemudian mengambil nafas perlahan lalu menghembusnya.

"Aku tak sangka bila kau suruh simpan jaket kau sebagai kenangan, kau memang maksudkannya. " kataku lalu memegang erat jaket yang tersarung kemas pada badanku.

"Kau baik baik je kan kat sana? Aku okay je kat sini. Keluarga kau pun sihat sihat semuanya. " kataku lalu berdiam diri, membiarkan angin menyapa mukaku.

Bzzt

Aku melihat skrin telefonku. Satu senyuman kecil terbit di bibirku.

"Aku pergi dulu ye, Yoongi? Nanti ada orang tu jealous sebab aku jumpa kau lama sangat. Nanti aku lawat kau lagi k? Annyeong ~ " kataku dengan senyuman kecil lalu beredar pulang ke rumah.

"Cepatnya balik. " kataku sebaik sahaja aku melangkah ke ruang tamu.
Dia tersenyum.

"Sekejap je ni. Em, Eunhye. Nanti boleh tak tolong carikan fail warna hitam dalam bilik stor tu? " tanyanya.

"Em? Ada apa dalam tu? "

"Lirik lagu yang saya tulis time sekolah dulu. "

"Oh, okay. " Aku mengangguk.

"Thanks, sayang. Saya kena pergi ni, jumpa time dinner. Bye! " katanya lalu mengucup pipi kananku. Aku tersenyum.

"Bye ~ "

Aku memandang suamiku yang baru melangkah keluar lalu melambainya. Dia membalas lambaian aku.

Ya, siapa lagi suami aku kalau bukan Namjoon. Dia seorang je yang setia dengan aku dari sekolah menengah. Macam macam dia buat untuk ambil hati aku. Mula mula, aku buat tak tahu je. Ye la, mana boleh tunjuk hati aku yang berbunga bunga waktu tu. Mestilah kena jual mahal sikit kan?

Huehue.

"Fail hitam.. Lirik lagu.. " gumamku lalu pergi ke bilik stor.

Aku menekan suis lampu lalu memulakan operasi mencari fail Namjoon.

Setelah 15 minit, akhirnya aku jumpa fail hitam itu di dalam sebuah kotak. Aku buka fail itu dan membaca isi helaian kertas di dalamnya.

"Kill me softly
Close my eyes with your hand
I can't refuse anyways
I can no longer even run away
You're too sweet, too sweet
Because you're too sweet. "

Aku tersenyum lalu meletakkan fail itu di atas ribaku. Aku melihat kotak di sebelahku, kotak yang aku geledah tadi.

"Ni kotak apa? " kataku dalam hati apabila melihat satu kotak putih - bersaiz lebih kurang sebuah buku tulis A5 - diikat dengan reben berwarna merah.

Finding You •MYG• ×MalayFanfic×Where stories live. Discover now