10.2°

156 14 2
                                    

Aku merenung siling bilikku dengan pandangan kosong.

"Kami tak boleh jamin. Awak dah masuk ke tahap awal tahap 4."

Aku mengeluh berat. Semua berita sedih yang disampaikan oleh doktor ketika aku melakukan terapi tadi aku buang jauh jauh.

Aku merenung frame gambar di atas meja kecil di sebelah katilku.

Eunhye.. Betapa gembiranya kau dalam gambar ni.

Frame gambar itu aku capai dan aku peluk erat erat.

Maafkan aku, Eunhye.. Maafkan aku.

Aku merenung lama gambar itu. Tiba tiba aku teringat sesuatu. Aku mengeluarkan telefonku dari dalam poket seluar.

Eunhye ❤

Eunhye, kalau kau ada hal malam ni, tolong batalkan.

Eh kenapa pula?

Nanti kau tahu la, pukul 10 tepat aku ambil kau.

Cepatnya! ‾●︿●

Pukul 10!

Aish, ye lah! Suka bagitahu last minute! <'~'>

Aku tersenyum. Aku merenung lagi gambar itu dan serta merta satu keluhan keluar dari mulutku.

-

"Kau ni kenapa? Dari tadi kau tak nak bercakap dengan aku. "

Eunhye menyilangkan tangannya lalu memandang tempat lain. Dia hanya menjeling.

"Eunhye? Kau okay tak? " tanyaku.

"Okay. " jawabnya, acuh tak acuh.

"Okay, jom lah. Ikut aku. " kata aku.

Aku dapat melihat Eunhye membuat muka. Aku cuba menyembunyikan senyumanku. Agak sukar tapi aku berjaya. Eunhye mengikut aku dengan muka yang masam.

Aku membawanya ke satu tempat. Tempat biasa aku dan Eunhye. Ya, taman tasik itu. Tapi kali ni bukan di bangku yang biasa kami duduk. Aku bawanya ke sebatang pokok di hujung taman, berdekatan tasik.

"Aik? Kenapa kita kat sini? " tanya Eunhye.

Aku berpaling ke belakang, tersenyum memandangnya.

"Eunhye. " panggil aku.

Eunhye memandang aku dengan mimik muka hairan.

"Aku sebenarnya nak bagitahu kau sesuatu.. " kataku.

"Apa dia? " tanyanya.

Aku tersenyum kecil. Aku memetik jariku lalu tempat yang tadinya gelap menjadi cerah dengan serta merta kerana lampu kelip yang dipasang di sekeliling dahan pokok itu tiba tiba bercahaya.

"SURPRISE! "

Eunhye menutup mulutnya, tidak percaya. Matanya membulat.

Finding You •MYG• ×MalayFanfic×Where stories live. Discover now