[Lee Eunhye]
"Hm, mana Junhyun ni..? "
Aku berjalan sekitar taman permainan tersebut sambil mataku meliar ke sana sini.
Aduh.. Mana pula dia ni.
Aku berhenti berjalan apabila aku melihat Junhyun sedang duduk di bawah sebatang pokok. Aku berjalan mendekatinya dengan senyuman.
Namun, senyumanku terhenti apabila aku melihat susuk tubuh seseorang yang tidak dikenali di sebelahnnya. Aku mempercepatkan langkahku.
Langkahku terhenti. Mataku meluas. Mulutku terbuka sedikit sesampainya aku berdekatan mereka.
"E-eo?"
Junhyun berpaling ke arahku.
"Eo, omma! " katanya dengan senyuman.
Junhyun berlari ke arahku. Aku merendahkan badanku untuk menyamakan ketinggianku dengan ketinggian Junhyun yang baru sahaja berumur 5 tahun. Aku memeluknya.
"Jun okay? Maaflah omma lambat. " kataku, meleraikan pelukan lalu aku mengusap lembut pipi kanannya.
"Jun tinggal seorang je tadi. Nasib ada hyung tu. Dia yang teman Jun dari tadi. " balasnya.
"Kan omma kata jangan duduk dengan orang yang tak kenal. Kalau dia nak culik Jun macam mana? " tanyaku dengan sedikit tegas.
"Tapi Jun tengok hyung tu baik je. Dia siap bagi coklat dan belanja Jun aiskrim lagi. " kata Junhyun dengan teruja.
"Jun, dalam dengan luar tak semestinya sama. " kataku.
Aku memandang lelaki tadi. Dia sudah berdiri, memandangku. Aku memandang mukanya, tidak berkelip. Mataku masih membulat memandangnya. Rupanya amat mirip dengan seseorang yang amat aku rindui.
"Maaf sebab tiba tiba duduk dengan Junhyun. Kesian saya tengok dia sensorang tadi, tu yang saya teman dia tu. " kata lelaki tersebut.
"E-eo.. N-nae. Ah, kamsahamnida. Sebab jaga Junhyun untuk seketika, Encik.. " Aku menghentikan ayatku.
"Jihoon. Lee Jihoon." balasnya. Dia membetulkan kolar bajunya.
"Tak apa, dah memang tugas aku. " Jihoon tersenyum lalu beredar dari situ sebelum aku sempat berkata apa apa.
Aku terkebil-kebil di situ.
Ayat tu..
"Biarlah aku bawa barang juga. Aku bukannya lembik! " Aku mencebik.
"Tak apa, dah memang tugas aku. Mana boleh bagi perempuan bawa barang banyak banyak. Apa guna lelaki? "
Cara dia cakap, cara dia berpakaian dan rupanya memang sama dengan orang itu.
Yoongi.
Aku rindukan kau.
"Omma? Omma? Jom la kita balik. " kata Junhyun sambil menarik narik hujung bajuku.
"E-eo? Oh, jom jom. " Aku menarik tangan kecil Junhyun menuju ke kereta.
YOU ARE READING
Finding You •MYG• ×MalayFanfic×
Fanfiction"Aku janji aku akan jumpa kau balik lepas 5 tahun. " "Kau janji? " "Aku janji. " +Apabila dia mungkir janji. [ "Aku akan cari kau. " ] Highest: 427 in fanfiction Start: 11 Dec 2016 End: 27 Dec 2016