"Weh, lamanya tak jumpaaa! " kataku lalu memeluk Sumin.
"Tu la kan. Nak masuk 3 tahun dah kita tak jumpa. Semua dah sibuk sekarang ni. Eh, masuk masuk. "
Sumin membuka luas pintu rumahnya. Aku melangkah masuk sambil menarik beg roda kecilku.
"Berapa lama kau boleh stay? " tanya Sumin.
"3 hari. " balasku.
"Yey! Boleh aku bawa kau pergi jalan jalan! Kau kongsi bilik dengan aku. Tak apa kan? " tanya Sumin.
"Tak apa. Lagi best! "
-
"Kau buat apa sekarang? " tanya Sumin.
Kami berdua sedang duduk di atas sofa di ruang tamu sambil menjamu makanan ringan.
"Aku still study la. Konkuk university. Last semester. Tak lama lagi aku habis la. "
Sumin hanya meng'oh'kan kata kataku.
"Kau pula? " tanyaku.
"Aku kerja part time dekat kafe sana tu. Tunggu result final. " kata Sumin lalu mengunyah super ring di tangannya.
"Oh. " kataku.
Kami berdua diam untuk seketika kerana terlalu fokus pada drama korea yang ditayang di televisyen.
"Weh. " panggil aku.
Sumin memandang aku dengan pandangan apa-kau-nak.
"Kau ingat Yoongi tak? " tanya aku.
Sumin terdiam sebentar. Mukanya berkerut sedikit, cuba untuk mengingati.
"Gila tak ingat! Bestie hidup semati kau kut! Hahaha aku ingat lagi dulu dia suka gila buli kau. Macam mana korang boleh berkawan eh? Cuba cerita kat aku! Dah lama aku nak tanya tapi aku lupa. " kata Sumin dengan teruja.
Aku tersengih apabila cuba mengingatinya.
"Masa tu.. Waktu malam. Aku nak pergi beli barang sikit, eomma aku suruh. " kataku, memulakan cerita.
"Khamsahamnida. "
Aku mengambil beg plastik yang dihulur oleh cashier itu lalu menunduk sedikit kepadanya. Aku kemudian berlalu keluar dari kedai itu.
Aku membuka lolipopku lalu memasukkannya ke dalam mulut.
Strawberry, aku sentiasa suka akan strawberry.
"Ark! " Aku terjerit kecil apabila seorang lelaki tiba tiba melanggarku sehingga terjatuh.
Lelaki itu hanya berlalu pergi tanpa berkata apa apa.
"Cis, tak ada perkataan maaf langsung. " omelku dalam hati.
Aku bangun dan menyapu tanah tanah yang melekat pada bajuku. Aku mengutip barang barang serta beg plastik aku yang terjatuh.
"Eh? "
Aku mencapai benda tersebut lalu membeleknya.
"Ini.. dompet siapa? Lelaki tadi ke? "
Aku lantas berdiri tegak dan melihat lelaki tadi yang sedang berjalan di hadapanku.
"Encik! Encik! "
YOU ARE READING
Finding You •MYG• ×MalayFanfic×
Fiksi Penggemar"Aku janji aku akan jumpa kau balik lepas 5 tahun. " "Kau janji? " "Aku janji. " +Apabila dia mungkir janji. [ "Aku akan cari kau. " ] Highest: 427 in fanfiction Start: 11 Dec 2016 End: 27 Dec 2016