Kepalaku berdenyut denyut.
"Kau okay tak ni? " tanya Namjoon mungkin apabila melihat aku berkerut menahan kesakitan.
"Eh, aku okay je la. " kataku lalu memberinya senyuman kecil.
"Hm, okay. " kata Namjoon, separuh percaya.
Pada waktu rehat, aku pergi ke bilik rawatan, minta panadol. Aku pun telan 2 biji panadol. Sakit kepalaku masih ada tapi dah berkurangan sikit.
Balik tu, lepas aku ekori Eunhye seperti kebiasaannya, aku terus pulang ke rumah. Kepalaku makin sakit. Dadaku terasa sempit. Aku mula bernafas berat. Penglihatanku mula kabur.
"Yoongi? Kamu okay tak ni? " tanya eomma.
"Yoongi.. okay.. " kataku termengah mengah. Kemudian aku rasa penglihatanku makin kabur dan kemudian semuanya gelap.
"Yoongi! "
-
"Dukacita saya maklumkan, anak puan menghidapi kanser otak tahap terakhir tahap 3. " kata doktor.
Eomma dan aku terkejut.
"Tapi saya sihat je sebelum ni doktor. " kataku.
"Itu semasa ia masih tak merebak. Sekarang ia dah memenuhi hampir 55% otak encik. Encik harus menjalani beberapa terapi sebelum pembedahan. Jika ingin sembuh. " kata doktor.
"Pembedahan akan berjaya ke doktor? " tanya eomma.
"Pembedahan anak puan ada 45% peluang untuk berjaya jika anak puan melakukan rawatan segera. Jika dibiarkan lebih lama, peratusan pembedahan berjaya akan berkurang. " kata doktor.
"Tapi kosnya agak tinggi. " kata eomma.
"Eomma. " panggilku.
"Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu puan. Tapi buat masa sekarang, saya terpaksa menunggu pembayaran selesai. " kata doktor.
Aku mengeluh melihat eomma yang amat risau. Aku memeluknya.
"Semuanya akan okay, eomma. " bisikku sambil menggosok lengannya.
"Eomma harap. " ucapnya.
-
"Yoongi keluar kejap ye, nak ambil angin. " kataku, mencapai jaket.
"Hati hati ye, malam ni. " nasihat eomma.
"Okay. " kataku lalu menutup pintu.
Aku berjalan tanpa hala tuju.
Kenapa aku yang kena? Tak ada orang lain ke? Aku baru nak gembira.
"Ack! "
Aku terlanggar seseorang tetapi aku rasa terlalu kosong untuk memandangnya dan meminta maaf.
"Encik! Encik! "
Aku hanya mengendahkannya. Mungkin dia panggil orang lain.
"Encik.. "
Aku tersentak apabila seseorang memegang bahuku. Aku berpaling ke belakang.
"Yoongi? "
YOU ARE READING
Finding You •MYG• ×MalayFanfic×
Fiksi Penggemar"Aku janji aku akan jumpa kau balik lepas 5 tahun. " "Kau janji? " "Aku janji. " +Apabila dia mungkir janji. [ "Aku akan cari kau. " ] Highest: 427 in fanfiction Start: 11 Dec 2016 End: 27 Dec 2016