239 20 4
                                    

"Lamanya aku tak pergi pantai! " jerit aku.

"Kau ni. Macam dah 1000 tahun tak keluar rumah gayanya. " perli Sumin.

"Alah, aku excited la kau ni pun. " Aku mencebik.

Sumin duduk di atas pasir. Aku berlari ke arah pantai. Aku membuka telefon bimbitku lalu menangkap gambar pemandangan matahari terbenam di pantai. Aku berpaling ke belakang, melihat Sumin membeli makanan dan beberapa minuman. Aku kemudian sambung menangkap gambar dan juga berselfie di situ.

Sedang aku merakam suasana di pantai, aku terlanggar seseorang yang sedang berdiri membelakangiku.

"Sorry sorry. " Aku menunduk berkali kali.

"Eh takpe takpe. " katanya.

Aku mengangkat muka. Aku memerhatikan lelaki di hadapanku ini.

Aku macam kenal la dia ni.

"Wait, Eunhye kan? " tanyanya tiba tiba.

Aku mengangguk perlahan.

"Kau ingat aku tak? " tanyanya lagi.

Aku berkerut, cuba mengingati siapa lelaki di hadapanku ini.

"Namjoon? " tanya aku.

"Aah! Aku la tu! " katanya ceria.

"Walaweh! Lama gila tak jumpa kau, hensem dah sekarang. " Aku memukul kuat lengannya.

"Eh mana ada. Aku biasa biasa je la. " Namjoon menggosok lengannya sambil tersengih.

Lel, malu ah tu aku puji.

-

"Lor.. Kau pun duduk sini ke? " tanya Sumin kepada Namjoon.

"Eh, tak lah. Aku bercuti, lawat member. Macam Eunhye ni la. Aku still duduk tempat sama lah, Seoul. Mana pindah lagi. " kata Namjoon sambil mengunyah tteokbeokki yang dibeli oleh Sumin sebentar tadi.

"Jadi lepas ni aku boleh jumpa kau kat Seoul ah? " tanyaku.

"Yep. " balas Namjoon.

"Alah, air dah habis ah. Aku pergi beli jap. " kata Sumin.

"Okay. " balas aku dan Namjoon serentak.

Sumin berlalu pergi untuk beli air. Aku dan Namjoon hanya mendiamkan diri. Tadi pun, Sumin je yang banyak bertanya. Sebab tu la bising.

"So.. Kau buat apa sekarang? " tanyaku.

"Aku? Hm, aku baru je masuk satu company ni. Jadi trainee. Buat muzik je la aku gayanya. " kata Namjoon.

"Wah, tercapai betul impian kau nak jadi penulis lagu. Tak lama lagi nak jadi penyanyi pula ye? " kataku, tergelak kecil.

Namjoon tersenyum kecil.

"Kan. Dari dulu aku kata nak jadi penyanyi. Tapi suara macam katak melalak nak buat macam mana en. Rapper je la yang mampu. " kata Namjoon.

"Kalau kau suara katak, aku suara apa hah. " Aku ketawa.

Namjoon tertawa kecil.

"Aku ingat lagi dulu aku selalu gaduh dengan Yoongi yang lagu aku lagi best daripada lagu yang dia cipta. Tapi lagu dia memang best pun. Aku saja je, best kut usik dia. " kata Namjoon sambil tergelak.

"Yoongi.. " gumamku.

"Kau tahu tak Yoongi dekat mana sekarang? " tanyaku.

"Hm.. " Namjoon menggeleng.

"Last aku contact dengan dia, dia kata dia kena pergi US. Tapi dia tak bagitahu aku sebab apa. Itu pun 3 tahun lepas. Aku ada lah try call dia lepas tu tapi dia tak angkat. " kata Namjoon.

"Sama ah. Aku dah 5 tahun kut tak dapat contact dia. " Aku tersenyum kecil.

"Rumah dia? Kau tak pergi rumah dia ke? " tanya Namjoon.

"Aku ada alamat dia. Tapi alamat 5 tahun lepas la. Aku ada tanya Sumin, dia kata dia ada alamat yang sama. Sumin cakap dia ada pergi sana, katanya nak buat assignment masa universiti. Alang alang dia nak lah lawat Yoongi. Tapi bila dia sampai sana, jiran dia kata dia dah pindah. " terangku.

Namjoon hanya mengangguk mendengar kata kataku.

"Alamat kat Daegu tu ke? " tanya Namjoon.

"Aah. "

"Aku pun ada alamat yang sama. Aku baru niat nak pergi jumpa dia. Tapi dah kau kata macam tu. " kata Namjoon.

"Hm, kau ta--"

"Nah. " kata Sumin lalu menghulur beberapa beg plastik berisi makanan dan minuman.

"Eo, thanks. Lamanya kau beli makanan." ucapku lalu mengambil semua plastik dari genggamannya.

"Ramai orang lah. " adu Sumin.

"Eh, dah lambat ni aku pergi dulu ah. Bebel pula kawan aku seorang tu nanti. " kata Namjoon lalu berdiri.

"Bye! " kata Sumin.

"Bye, Namjoon. " kataku pula.

Sempat kami bertiga bertukar nombor telefon.

"Wah, tak sangka jumpa seorang lagi kawan sekolah kita ye. " kata Sumin lalu membuka setin air berkarbonat.

"Aah kan. Kan aku kata dulu aku ni bertuah orangnya. " kataku.

Kami berdua ketawa.

Namjoon, dia kawan kedua terbaik aku lepas Yoongi. Waktu Yoongi tiada untuk aku, dia mesti ada. Dia lah bahu aku dan juga bahu Yoongi. Kawan kami berdua. Aku dengan Namjoon bertambah rapat apabila Yoongi pindah. Ye la, Yoongi tak ada, tinggal Namjoon je la kawan aku. Sumin? Aku rapat dengan dia pun waktu tahun terakhir sekolah padahal dia sekelas dengan aku dari tahun pertama. Tapi Sumin je la yang aku dapat contact sampai sekarang. Dulu, Namjoon pun aku tak dapat contact. Dia kata dia tukar nombor sebab sim kad dia rosak untuk kali yang entah ke berapa. Ada ada je la dia ni. Asal benda rosak je dia, asal dia je benda rosak.


Tapi sekarang ni..

Kalau Namjoon pun tak dapat contact Yoongi..

Siapa lagi yang boleh?

Hm..

Dan kenapa dia pergi US? Dia bukan ada sedara mara pun kat situ.

Aish, susahnya nak cari kau ni.

Finding You •MYG• ×MalayFanfic×Where stories live. Discover now