Ramalan 30 Tahun

532 17 0
                                    

Selepas waktu sekolah, Dong-ban dikelilingi oleh rakan-rakan sekelasnya.

Oleh sebab ibu Dong-ban ialah seorang ahli nujum yang terkenal, semua murid turut menganggap Dong-ban juga mempunyai kuasa untuk meramal masa depan.

"Kim Dong-ban, cepat ramal masa depan kami untuk 30 tahun akan datang,"

Gertak Sung-shik.

Dong-ban sangat takut kerana Sung-shik selalu membulinya.

Dia hanya menundukkan kepalanya.

"Adakah saya akan menjadi seorang presiden?"

Semua rakan gelak terbahak-bahak.

Sung-shik terus mengusik Dong-ban yang hanya mendiamkan diri,

"Kononnya, awak dapat meramal masa depan dengan tepat tapi nampaknya khabar itu tidak benar."

"Tidak!!!!"

Dong-ban menjerit demi melawan cakap Sung-shik kerana tidak suka ditertawakan.

"Saya ternampak banyak roti di sisi awak."

Dong-ban bercakap dengan Soo-dong.

Soo-dong suka makan roti. Dia terus melihat ke arah Mi-hee dengan penuh gembira selepas mendengar ramalan Dong-ban.

"Mi-hee sedang menggunting rambut untuk orang lain. Ada seorang kakak yang berambut panjang dan seorang mak cik yang berambut kerinting di sisinya,"

Kata Dong-ban lagi.

Dong-ban mula meramal masa depan rakanrakannya seorang demi seorang.

"Bagaimanakah masa depan saya untuk 30 tahun akan datang? Cepat beritahu saya!"

Sungshik sudah hilang kesabaran lalu bertanya dengan tegas.

Tiba-tiba muka Dong-ban bertukar pucat selepas memandang Sung-shik.

Awak...di sisi awak....ada banyak bunga..."

"Saya tidak menyukai bunga! Aqak jangan mempermainkan saya!"

Semua rakan mereka mentertawakan Dong-ban sekali lagi selepas mendengar ramalan itu.

Sung-shik pulang ke kampung halamannya untuk bertemu dengan rakan-rakan sekelas yang dikenalinya sejak bangku sekolah lagi.

Hatinya terujs dan sangat menanti- nantikan saat itu.

Walaupun sudah sekian lama tidak berjumpa, merwka masih dapat mengecam wajah masing-masing.

Tiba-tiba Sung-shik teringat akan salah seorang kawannya.

"Peliknya, mengapa Dong-ban belum datang lagi?"
"Dong-ban telah mati dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu,"

Kata Soo-dong.

Semua orang berasa sedih atad kematian Dong-ban.

"Adakah kalian masih ingat akan ramalan Dong-ban?"

"Betulkah ramalannya menjadi kenyataan?"

Tanya Sung-shik.

"Tentulah! Saya telah menjadi seorang pemilik kedai roti,"

Kata Soo-dong dengan penuh bangga.

Selain itu, Mi-hee juga telah menjadi seorang penggaya rambut.

Sung-shik terkejut kerana semua ramalan Dong-ban telah menjadi kenyataan.

"Sung-shik, bagaimana dengan kamu pula?"

"Adakah awak membuka kedai bunga?"

Semua orang menanti-nantikan jawapan Sung-shik.

"Sebenarnya, saya sedang bekerja di sebuah syarikat perdagangan."

Pekerjaan saya langsung tiada kaitan dengan bunga."

"Dong-ban hanya mengarut,"

Kata Sung-shik.

Pada waktu tengah malam, majlis perjumpaan itu berakhir dan Sung-shik ingin meminta diri.

Soo-dong mengajak Sung-shik menumpang di rumahnya kerana memandu seorang diri pada waktu lewat malam adalah amat merbahaya.

Walau bagaimanapun, Sung-shik menolak cadangannya lalu meninggalkan tempat itu.

Disebabkan keletihan, Sung-shik mudah hilang tumpuan semasa dalam perjalanan.

Dia tetap mengantuk walaupun suara raduo telah dikuatkan.

Kereta Sung-shik semakin melencong dari laluan asal tanpa disedari.

Bip! Bip! Bip!

Tiba-tiba, Sung-shik dikejutkan oleh bunyi hon yang kuat.

Sebuah trak besar sedang menuju ke arah Sung-shik dengan kelajuan tinggi.

"Sung-shik, saya patut bertegas supaya tidak membenarkan awak pergi!"

Soo-dong amat menyesal dan menyalahkan dirinya.

Semua rakan merenung gambar Sung-shik.

Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat tentang pemergiannya.

"Memang tepat ramalan Dong-ban. Ada banyak bunga di sisi Sung-shik selepas 30 tahun."

Semua orang terkejut selepas mendengar kata Mi-hee.

"Awak... Di sisi awak... ada banyak bunga..."

Ramalan Dong-ban bergema di kepala semua orang.






CERITA HANTU KOREAWhere stories live. Discover now