Bab 5
Satu senyuman dilemparkan tatkala dia mengambil tempat berhadapan dengan gadis berambut panjang ini.
"I ingatkan you dah tak nak jumpa I."
Laila senyum kelat. Kalaulah Zafrill tahu hal sebenar, entah apalah tindakan lelaki itu agaknya. Mungkin lelaki itu tak akan mahu jumpa dia lagi.
"I agak sibuk kebelakangan ni."
"I faham. Auditor selalunya sibuk."
"Auditor?" Dia pandang Zafrill, meminta penjelasan.
"Dulu, you cakap you nak jadi auditor. You were an accounting student before this, right?"
Laila senyum kelat. Lupa pula dia perihal Rania.
Zafrill senyum lagi sebelum menghirup black coffee di hadapannya.
Laila balas senyuman lelaki itu dengan tidak ikhlas. Jus epal dihirupnya bagi menghilangkan rasa janggal yang muncul secara tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sudi untuk bertemu lagi Zafrill Rayyan ini. Mungkinkah salah satu sebabnya kerana Zafrill kacak?
Rania sedikit pun tidak membantah apabila dia beritahu tentang perjumpaan ini. Sahabatnya itu hanya bersikap acuh tak acuh tatkala diberitahu tentang Zafrill yang mahu bertemunya.
"I tak tahu pula yang cita rasa you dah berubah." Zafrill bersuara lagi.
"Berubah? I tak faham."
"I tahu you suka epal. Tapi I tak tahu pula you suka jus buah."
"Minuman jus adalah minuman kegemaran I." Sedikit pun Laila tidak punya rasa curiga akan ayat Zafrill itu.
Zafrill angguk. "Boleh I tanya sesuatu?" Zafrill pandang Laila.
"Sure." Laila senyum palsu walaupun dia agak berdebar. Harapnya Zafrill akan bertanya soalan yang dia tahu jawapannya.
"You masih ingat buku yang I pernah suruh you baca?"
Laila telan air liur. Manalah dia tahu itu. Rania tidak pula beritahunya perihal buku dalam kisahnya ini. Dia pandang Zafrill sebelum angguk kepala.
"Of course I remember," satu senyuman palsu dilontarkan. Haih! Kenapalah mulutnya laju saja mengeyakan soalan Zafrill ini.
"Apa tajuk buku tu?"
"The truth is..." Laila tarik nafas. Rasanya dia patut berterus-terang. "I'm sorry. I tak ingat tajuk buku tu. Hal lama." Dia gunakan cadangan Rania jikalau Zafrill mula bercakap tentang sesuatu yang dia tidak tahu. Sah-sah Zafrill sekarang ini sedang berfikir yang bukan-bukan tentangnya.
"Ya, hal lama. I pasti you pun tak nak ingat hal itu."
Laila angguk kepala saja. Berdebar betul dengan situasi sekarang. Nasib baik Zafrill tidak mengesyaki apa-apa.
"You belum approve friend request I lagi." Zafrill kembali bersuara. Matanya pada gadis berambut panjang di hadapannya.
"I kan dah bagi tahu you yang I agak sibuk lately. Tak ada masalah untuk semua tu sementara waktu ni."
"Okey. Acceptable answer." Zafrill mengukirkan senyuman dan itu melegakan Laila. "The truth is..." Sengaja Zafrill biarkan ayatnya tergantung. Matanya memerhatikan gadis berambut panjang di hadapannya.
Laila pandang Zafrill, menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut lelaki itu. "Apa yang you nak cakap?"
"The truth is, you are not her, right?" Zafrill paksakan dirinya untuk senyum walaupun hatinya separuh mahu untuk lakukan itu.
YOU ARE READING
Setia
RomanceMohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!' DUA potong ayat itu membunuh rasa.Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian.Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepa...