Setia: #8

79 5 0
                                    


Bab 8

Dengan mata yang tertutup, tangannya menggagau telefon yang berada di sebelahnya. Dijawab panggilan tanpa melihat siapa pemanggil terlebih dahulu.

"Helo..." matanya masih tertutup ketika bersuara pada si pemanggil.

"Nia..." Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

Rania tarik nafas. Sah-sah ini Iskandar yang bertanyakan sama ada dia sudah selamat sampai ke rumah atau belum. "Hai Iskandar."

"Iskandar? Siapa Iskandar?"

Rania buka mata. Dia baru sedar. Suara lelaki di hujung talian bukanlah suara Iskandar. Dia pandang telefon di tangannya. Air liur ditelan apabila menyedari telefon yang berada di tangannya adalah Samsung Galaxy S6, bukan iPhone 6 kesayangannya. Dan yang lebih mengejutkannya, nama yang tertera di skrin adalah nama Zafrill, bukan nama Iskandar. Terus saja Rania tekan butang tamat panggilan.

Sekali lagi telefonnya berbunyi, dari pemanggil yang sama, tapi Rania abaikan. Dia berdebar. Kenapalah dia tidak tengok dulu siapa pemanggilnya sebelum tekan butang jawab. Haih! Telefon Samsung itu kemudian dimatikan.

Rania tarik nafas, menghilangkan rasa cuak yang dialaminya sebentar tadi. Habis dia kali ini! Selama ini mana pernah dia jawab panggilan daripada Zafrill. Dan tadi, hanya kerana satu kesilapan kecil, dia telah rosakkan rancangan 'boikotnya' terhadap Zafrill.

Beberapa seketika, kedengaran ketukan di pintu. Wajah Laila muncul di balik pintu dengan senyuman lebar. Tanpa segan silu, Laila melangkah masuk sebelum mengambil tempat di hujung katil Rania.

"Bila kau sampai?" Laila memulakan perbualan.

"Mana kau tahu aku dah ada kat rumah?"

"Kasut Converse merah kau tu la..."

"Rindu aku la tu," usik Rania.

"Of course la aku rindu kau." Seraya itu, tubuh Rania dipeluk kemas oleh Laila. "Kesian aku. Tak ada teman berbual tahu." Laila buat muka sedih.

Rania mendecit. Pelukan Laila ditolak. "Don't touch me, babe."

Laila ketawa kecil. Rania dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Paling anti orang sentuhnya. Walaupun terlanggar tangan tanpa sengaja, sudah membuatkan Rania panik. Rania bukanlah punya fobia, cuma sahabatnya itu tidak gemar disentuh.

"Kau tak pernah berubah. Aku tertanya-tanya macam manalah kau nak kahwin nanti."

"Merepek apa ni?"

"Yalah, bila dah kahwin, sah-sah akan ada banyak sentuhan berlaku." Laila senyum nakal.

Rania geleng kepala. "Babe, kalau kau tak nak aku tendang kau sampai luar bilik, jangan nak merapu meraban ya."

Laila ketawa lagi. Lama betul dia tidak usik Rania. Itulah, masing-masing sibuk dengan kerja. Rania dengan kerjayanya sebagai juruaudit yang selalu pulang lewat malam. Dia pula dengan kerjaya sebagai seorang pereka hiasan dalaman yang kadangkala memerlukan dia berada di luar Kuala Lumpur. Nasib baik bosnya, Puan Zara Amani seorang yang bertimbang rasa. Tidak pernah suruh dia pulang lewat untuk siapakan draf rekaannya.

"So, how's your vacation? Ada beli souvenir untuk aku tak? Aku tak mintak barang mahal pun, 10 utas rantai mutiara dah okey," sekali lagi Laila usik Rania.

"Aku pergi Sabah untuk kerja, bukan bercuti, Laila."

"Tahu. Tapi manalah tahu kau terserempak dengan lelaki handsome ke. Orang cakap lelaki Sabah banyak yang handsome."

SetiaWhere stories live. Discover now