Bab 10
Zafira pandang aneh abang kesayangannya. Sekejap lelaki itu senyum. Sekejap lelaki itu muram. Tertanya-tanya adakah itu berkaitan dengan buku yang sedang dibaca oleh lelaki itu?
"Abang..." Zafira bersuara. Tapi kelihatannya Zafrill tidak mendengar suaranya. Seolah-olah lelaki itu sedang berada di dunia lain yang damai dan mengasyikkan.
"Abang!" Zafira cuba untuk kali kedua. Kali ini nada suaranya ditinggikan sedikit.
Zafrill tersedar. Dia pandang Zafira yang berada di hadapannya. Entah bila Zafira mengambil tempat di balkoni, dia tidak sedar itu. Dia asyik teringatkan kejadian tadi.
"What's wrong with you?"
"Tak ada apalah. Abang okey je ni."
"Abang bukannya sedang membaca ni," Zafira pandang buku di tangan Zafrill dan lelaki itu berselang seli. Dari tadi dia perasan kelakuan abangnya ini. Mata lelaki itu pada buku di tangan tapi bukan minda Zafrill. Minda Zafrill bukan berada dalam dunia buku yang sedang dibacanya saat ini.
Zafrill senyum. "Of course I am reading, adik." Novel Inggeris bertajuk Nightshade diangkat, ditunjukkan pada Zafira.
"Oh, really?" Zafira peluk tubuh. Zafrill dipandang tanpa kelip. "Buku tu bukan cerita romantik pun."
Zafrill kemudian tutup buku di tangannya. "Ya, ya...abang kalah dengan adik. Ya, abang tak membaca pun." Sekali lagi Zafrill ukirkan senyuman.
"Abang fikir apa? Tak nak share dengan adik ke cerita gembira tu," Zafira tongkat dagu. Beberapa hari yang lalu, lelaki itu tersangat lah muram. Dan hari ini kelihatan gembira. Ada sesuatu yang Zafrill rahsiakan daripadanya.
Zafrill senyum sambil geleng kepala. "Abang..." Dia tarik nafas. Perlukah diceritakan perihal petang tadi pada Zafira? Lagipun, jikalau dia mahu ceritakan tentang hal petang tadi, dia harus ceritakan dari awal. Ah, letih pula mahu bercerita panjang dengan adiknya ini.
"Tak ada apalah, adik. Abang cuma gembira hari ni. Happy sangat."
"Adik tak percaya."
Zafrill jongket bahu. Dia belum punya keinginan untuk bercerita pada Zafira. Biarlah ini menjadi rahsianya dengan Tuhan. Dan juga rahsianya dengan Nia Sara.
Mindanya mengimbau perihal yang berlaku petang tadi. Tidak disangka gadis yang tertukar telefon dengannya hari itu adalah gadis yang sama dicarinya selama ini. Gadis itu adalah Nia Sara atau nama sebenarnya Rania Qaisara. Terasa seolah-olah dunia ini terlalu kecil. Terasa segala tuah mula berpihak kepadanya.
Walaupun dia sedikit kecewa dengan respons Rania tadi, sekurangnya dia telah menjumpai gadis itu. Sekurangnya dia telah mengenali wajah pemilik Facebook Nia Sara. Tuhan telah memakbulkan doanya yang ini.
"Abang..." Sekali lagi Zafira bersuara.
Zafrill pandang adiknya dengan senyuman. "Satu hari nanti adik akan tahu. Abang belum bersedia untuk cerita pada adik."
"Sejak bila abang menjadi perahsia ni?"
"Sejak abang sedar yang sometimes the truth is painful." Minda Zafrill tiba-tiba teringatkan Rania. Mindanya tiba-tiba saja teringatkan segala entri sedih yang pernah gadis itu tulis di blognya. Dan jujur, dia tersangat menyesal lontarkan ayat itu pada Rania. Kalaulah masa boleh diundur semula.
"Adik tak faham."
Zafrill tarik nafas. Senyuman kelat dilemparkan pada Zafira.
"Are you in love?" Tiba-tiba saja Zafira keluarkan ayat sebegitu. Dan jawapan Zafira itu hanya dibalas senyuman oleh Zafrill. Sedikit pun Zafira tidak setuju dengan respons yang diterima dari abang kesayangannya.
YOU ARE READING
Setia
RomanceMohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!' DUA potong ayat itu membunuh rasa.Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian.Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepa...