Bab 7
Rania mengeluh kasar seusai membaca sesuatu di kotak mesej Facebooknya.
I tahu you masih marahkan I lagi. I tahu betapa tak percayanya you pada I. But I really need to talk to you. Ada banyak hal yang I nak bagi tahu you. Hal yang I pasti you pun mahu tahu.
Kalau you mahu tahu hal sebenar, I akan berada di tempat yang sama kita sepatutnya jumpa, pada 14 Mei at 2pm. I akan tunggu you sampailah you datang walaupun sehingga malam.
Rania geleng kepala membaca mesej Zafrill. Entah apa lagi yang lelaki itu mahukan. Sesuka hati je nak paksa dia. Macamlah dia akan datang, munculkan diri. Tak sedarkah Zafrill, segala yang lelaki itu lakukan ini adalah sia-sia sahaja. Dia tak akan mahu bazirkan masanya untuk menghadap Zafrill Rayyan ini. Now or forever!
"You punya." Minuman iced caramel latte diletakkan di hadapan Rania secara tiba-tiba.
"Thanks." Rania senyum sambil pandang Iskandar yang baru saja mengambil tempat berhadapannya.
"Your welcome," balas Iskandar dengan senyuman. Dia kemudian menghirup black coffee nya.
Rania hanya memerhatikan saja gerak-geri Iskandar yang kini sedang membelek telefon pintarnya. Dia sebenarnya sedang fikirkan sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan Zafrill. Tertanya-tanya jikalau lelaki itu benar-benar akan lakukan seperti apa yang dikatakannya.
"Kenapa? Lain macam je."
"Hah?" Rania tersedar.
"Kopi you tak sedap ke? Tapi you tak minum pun lagi." Iskandar pandang minuman Rania yang belum terusik.
"Erm, taklah. I cuma terfikirkan sesuatu je." Rania menghirup minuman di hadapannya secara paksa.
Iskandar angkat kening tanda bertanya.
Rania diam pandang minumannya sebelum pandang Iskandar semula. "I terfikir, setiap kali kita jumpa, apa yang kita buat hanyalah minum kopi, tengok wayang ..." Dia berbohong.
"And having conversation over a cup of coffee," celah Iskandar dengan senyuman.
Rania ketawa kecil. Kepala diangguk setuju. "Is, you tak ada aktiviti lain ke nak dilakukan on weekend selain ni, melepak dengan I?"
Giliran Iskandar pula ketawa kecil. "Ada. Banyak. Tapi I lagi suka luang masa I dengan you. Kita boleh bercakap banyak topik."
Rania angguk. Dia dan Iskandar seolah-olah sudah kenal hampir 10 tahun sedangkan usia persahabatan mereka baru saja menginjak tiga tahun. Dan ya, mereka boleh berbual banyak perkara, dari topik politik sehinggalah kepada topik lelaki atau perempuan yang mereka suka dalam diam.
"You pulak, buat apa on weekend kalau tak jumpa I?"
"Baca novel." Rania senyum.
"Novel? Maksud you novel-novel Melayu?"
"Both. Malay and English novels."
Iskandar angguk tanda faham. "Nasib baik you cakap you baca juga novel Inggeris. Kalau tak..." sengaja Iskandar biarkan ayatnya tergantung.
"Kenapa you cakap macam tu? Kalau tak, apa?"
Iskandar jongket bahu sambil senyum. "I perasan novel Melayu lately banyak yang merepek."
"Bukan semua, okey. Bukan semua," nada tegas digunakan oleh Rania. Jujur dia separuh setuju dengan Iskandar.
"You mesti bercakap based on drama adaptasi tu, kan?"
YOU ARE READING
Setia
RomanceMohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!' DUA potong ayat itu membunuh rasa.Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian.Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepa...