"Pemujaan ni akan aku buat bukan untuk kita sekeluarga je, tapi untuk orang kampung juga" herdik Tok Ketua kepada isterinya. Apa masalah angin Tok Ketua ni sampaikan isteri tersayang pun dia nak marah... kesian Mak Saleha atau orang panggil dia dengan panggilan Maknis sebab dia seorang yang sangat manis ketika senyum walaupun sudah umur berpuluhan.
"Saya bukan apa bang, benda tu menduakan Allah. Saya tak nak lah berlaku bukan-bukan, apetah lagi sekarang kampung kita riuh dengan pontianak. Awak jangan menaikkan lagi kekecohan tu bang"
"Maknya, saya nak kampung kita selamat dari pontianak tu. Tak kuasa saya nak layan awak, baik saya go to kerbun ops ter-mat saleh" seloroh Tok Ketua.
"Awak, saya serius ni. Jangan main-main bang"
"Saya pergi dulu, nanti masakkan saya ikan singgang ya. Mengidam lama dah ni yang oi"
Beginilah seharian Maknis dengan Tok Ketua hari-hari di rumah. Walaupun tua berkedut tapi kalau dah sweet tak kemananya. Lagi mengeratkan kasih sayang, lagi kukuh rumah tangga. Dalam perjalanan Tok Ketua ke kebun, Maknis harap tiada apa yang berlaku. Bukan boleh harap sangat si tua tu, aura kegatalan masih lagi terbuku di hati walaupun dah berbini. Kalau melencong ke lain, siap lah si tua tu dibebelnya oleh Maknis. Hahahaha...
Dalam perjalanan, Tok Ketua berhenti singgah Warung Pak John yang sudah lama kukuh dan makanannya pun masih sedap. Murah pun murah, kebiasaannya remaja yang belasan tahun berkumpul di situ untuk melepak, main dam dan merokok. Kebetulan warung tu berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Harvard dan di situlah anaknya menuntut ilmu.
"John, aku nak air suam engkau bagi panas sikit" jerit Tok Ketua.
"Janganlah menjerit, saya dekat sini je tok! nak air panas ke suam tok? saya pening ni"
"kau bagi jelah yang boleh aku habiskan dengan cepat"
"Baik tok!" Pak John menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Pening aku orang tua ni! kalau bukan ketua kampung dah lama aku sepak, katanya dalam hati.
Siapa yang tak takut dengan Tok Ketua, dengan misainya bergulung macam ala-ala orang Perancis, hidungnya mancung, matanya kecil, bulu mata je melentik. Pakai maskara agaknya, kena paksa dengan mak tirinya dulu. Tapi yang pelik, ramai yang takut dengannya disebabkan badan yang sasa, suara yang lantang dan tegas. Sebab tu rasanya orang takut. Walaupun garang macam harimau, kalau dah dengan kesayangan. Muka yang bengis tiba-tiba boleh bertukar menjadi comel. Betul tak?
"Ini tok airnya" hati-hati Pak John letak air suam atas meja. Takut kena marah lahtu...
"ya, terima kasih"
"Tok nak ke mana selepas ni? Petang macam ni orang duduk bersantai di rumah" tanya Pak John sekadar bermesra.
"Aku nak gi kebun, pastu ke bukit hujung kampung tu. Why?" balas Tok Ketua tanpa langsung melihat ke arah muka Pak John yang berdiri ditepinya.
"Bukit tok? Bukan ke....."
"Aku tahu tapi aku tak percaya. Sibuk lah kau! berapa harga air suam ni"
"50 sen tok...."
"Bagus, murah... nah!"
Pak John menadah tangan untuk ambil duit syiling dari Tok ketua. Enjin motor menderum laju, Pak John melihat saja motor Tok Ketua dan sampailah hilang dari pandangan. Orang tua ni tak takut mati ke apa? Kalau dah tahu benda yang berlaku pergi juga buat apa? Berani betul! bawa sial orang tua ni... desis hati Pak John.
Hari berginjak senja, maknanya langit semakin gelap. Tok Ketua sudah sampai di Bukit Ambarning, lalu dia meletakkan motornya disebelah pokok nan tinggi sampai tidak menampakkan langit. Dia masuk ke hutan tidak bertangan kosong tapi membawa sebilah parang yang baru di asah dan penanda merah untuk menanda. Takutnya sesat kan susah pula, siapa hendak menolong. Dia keseorangan. Suasana di hujung kampung ni agak sunyi, hanya dua buah rumah saja dibina disitu. Itu pun tiada orang di rumah, tapi itu tidak menghalang Tok Ketua masuk ke dalam hutan yang berbukit itu. Sekali langkahnya melangkah ke hutan, dia berundur ke belakang seolah-olah ada 'benda' yang menolaknya keras...
YOU ARE READING
Misteri Tuala Wanita
HorrorMasalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit kotor bila terbayang jenis cecair pekat berwarna merah yang harus dibasuh dan dilumatkan sampai bers...