Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Harvard, Kelas 5 Salasah
"Wei! Dah nak exam sial!" jerit Qilah dalam kelas. Semua pelajar pandang Qilah dengan muka tak puas hati. Yelah, orang duk study boleh pula dia jerit terlolong. Suara dia kalau keluar sikit, sumpah orang cepat sakit takpun terus mati. Buat orang terkejut je, tapi dialah penghibur dalam kelas. Ada sahaja lawak yang hambar disiarkan.
"Kalau dah nak exam tu gi lah study bodoh!" balas Lena.
"Hehehehe, malas"
"Kalau malas, senyap! aku nak study ni!" marah Lisa. Budak acah-acah study, dalam banyak kawan-kawannya dialah yang paling suka acah-mengacah ni.
"Cis! study lah sangat! tapi baca fixi. Kelakar lah bodoh!" balas Ain.
"Wei, Ain! teman aku gi koperasi. Serius aku lapar gila!" jerit Dang. Waktu rehat memang pelajar tingkatan lima digalakkan study dalam kelas. Kebetulan peperiksaan dah tinggal lima hari lagi. Memanglah kena struggle, nak berjaya kan! Kalau tak, susah cari kerja. Kebetulan sekarang duit memang segalanya. Emmmm...
"Gi koperasi? Jomlah!" ajak Ain. Terus dia kemas atas mejanya yang penuh dengan buku. Kerja sekolah sebenarnya yang banyak tu. Berselerak sangat sampai sekejap je alat tulis dia menghilang sebab dia ni dia jenis cuai yang melampau.
"Tolong belikan aku roti ikan bilis!" Lena hulur duit ke Dang. "kalau beli tu hati-hati, pastikan beware sebab aku tak nak roti aku kena lenyek! okay?" sambungnya. Waktu rehat, memang ramai pelajar lebih berminat beli dekat koperasi sebab makanan dekat kantin terlalu mahal. Mahal sangat sampaikan kantin tu untuk dicopkan untuk anak-anak orang berada sahaja. Mahal baq ang!
"Okay! upah ada tak?" tanya Dang sekadar mengusik.
"Upah takda, tapi pahala kau dapat. Terima kasih dang!"
Dang dan Ain menuju ke koperasi. Lena tersenyum sendiri. Dia kembali balik ke tempat duduknya bersebelahan dengan Qilah. Nampaknya si Qilah dah nyenyak tidur. Kesian dia... balik sekolah je terus ke tempat memanah. Balik pula nak dekat maghrib, mana tak letihnya. Lena kembali buat latihan Matematik. Dia kena study hard, sebab dah terlalu kerap dia gagal dalam ujian Matematik.
Tiba-tiba, Lisa datang duduk depan Lena. Tersentak Lena. Dah kenapa minah ni? Cari gaduh nampak? Terkejut aku dibuatnya.
"Wei! asal?" marah Lena.
"Kau tahu pasal Bukit Ambarning kan? yang hujung kampung tu!" tanya Lisa, memulakan cerita.
"Ya, aku tahu! kenapa? Tempat tu keras lah saitan!"
"Jom gi tempat tu selepas habis periksa, aku dari dulu lagi nak siasat"
"Ada orang kata, atas bukit tu pemandangannya cantik gila. Ramai buat photoshot kat situ dulu tapi mereka tak lama hidup" kata Qilah. Walaupun tidur, telinga dia memang sedia terbuka untuk cerita yang horror - mengorror ni.
"Eh kau! Bodoh lah terkejut aku. Serius mereka tak lama hidup? tapi kenapa?" tanya Lisa. Naik bulu romanya, dia obses sangat dengan cerita hantu tapi kali ni dia tiba-tiba dia rasa menarik. Tu yang dia bersemangat nak siasat tu.
"Aku dengar kawan aku yang lain cakap kalu pengantin bergambar atas bukit sana atau orang ganggu tempat dia. Dia marah lalu bunuh mereka dengan kejam. Macam menghantui minda mereka yang pergi dekat situ. Mereka tak lama hidup. Cepat je mati" kata Qilah bersungguh.
"Wei, aku tak faham!" keliru Lena apa yang baru dijelaskan Qilah sumpah dia bingung!
"Kau ni bodoh ke apa? Maksud Qilah tadi... sesiapa pergi tempat tu. Macam selepas mereka dah bergambar, buat apa aktiviti haram ke.. mereka dihantui oleh benda tu dan selang dua atau empat hari mereka mati dengan kejam" jelas Lisa.
"Serius? Kau jangan main-main!" Lena terkejut apa yang dijelaskan oleh Qilah dan Lisa pasal di Bukit Ambarning.
"Kenapa? Betul lah!" balas Qilah. Pelik! Pehal sial ni yang terkejut beruk sangat!
"Jiran aku, Azman pergi tempat tu dengan kawan dia semalam. Dia ajak aku tapi aku tak pergi sebab aku tahu tempat tu keras. Aku dah larang, tapi mereka macam nak pergi juga!" jelas Lena. Sumpah kali ni dia terkejut!
Mereka terlopong! Serius kali ni bulu roma mereka naik tinggi. Pucat lesi muka Lena, dia termenung akan nasib si Azman dan kawannya. Apa lah yang akan berlaku? harap tiada apa-apa..
Loceng berdering, maksudnya waktu rehat dah habis. Cikgu Winarti yang mengajar subjek sains kelas mereka memberi salam. Mereka duduk setelah membalas salam dan membaca doa tapi mereka tak dapat tumpu perhatian kerana terasa pelik dengan suasana kelas ketika itu. Lisa terpandang susuk tubuh di hujung penjuru yang bertenggek seolah-olah memandangnya seperti mahu menelannya. Tubuh Lisa menjadi sejuk...
Ain pandang pelik dengan Lisa yang tidak berkelip memandang hujung penjuru kelas tu. Dia pandang apa? Ain pandang sama ke tempat hujung penjuru tu. Takda apa pun... dia termenung kah? Terus dia pegang lengan Lisa. Eh sejuk!
"Lisa! kau okay?" Ain cuba kejutkan Lisa dan dia tersentak. Dia mula bingung, dia pandang balik hujung penjuru tu. Benda tu dah hilang! Dia jadi seram sejuk. Sumpah dia takut! Dia mahu menangis...
Seorang pelajar perempuan dalam kelas mereka tiba-tiba menjerit kuat. Syifa yang terlalu lemah, meronta-ronta macam ternampak sesuatu di hujung penjuru yang Lisa tengok sebelum ni. Cuma dia tidak menjerit sebab kaku...
Syifa menjerit ibarat benda tu dah memasuki tubuhnya. Habis barang di atas meja dia baling sampaikan berselerak lantai!
"Kau orang semua jangan kacau dia ni! termasuk engkau!" jerit Syifa sambil tunding jari ke arah Lena. Itu bukan suara Syifa tapi suara yang berlandaskan suara makhluk halus seperti jin! Pelajar perempuan mula menjerit, ketakutan sambil peluk sesama sendiri termasuk pelajar lelaki. Jarang berlaku histeria dalam kelas. Kebetulan waktu tu siang dan bukannya malam!
Selepas berkata begitu, Syifa mula lemah dan pengsan... Cikgu Winarti telefon ustaz untuk merawat Syifa yang lemah disisinya.
Selepas beberapa minit, Ustaz Yusof sampai dan ramai pelajar berkerumung di luar kelas untuk mengetahuai apa yang berlaku. Ustaz Yusof membaca doa untuk merawat Syifa, tidak lama kemudiannya Syifa sedar dalam keadaan bingung kerana ramai yang mengelilingi dia.
Ustaz Yusof pesan kepada pelajar yang berada situ... "Dia dah datang untuk menghantui kampung kita, bersedialah kamu semua dengan perbanyakkan amal beribadat supaya kita dapat lawan makhluk halus ni. Dia berusaha untuk menyesatkan kita. Jadi, jangan pandang remeh" jelas Ustaz Yusof lalu beredar.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Pelik!
YOU ARE READING
Misteri Tuala Wanita
HorrorMasalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit kotor bila terbayang jenis cecair pekat berwarna merah yang harus dibasuh dan dilumatkan sampai bers...