Beberapa minggu selepas kejadian...
"Lena, siapa nama makhluk yang penjaga engkau wujudkan tu?"
"Waknong..." balas Lena. Perlahan
Sebenarnya, Nek Salmah seorang yang sangat baik amalan budinya. Walaupun begitu, ibunda yang melahirkannya seorang yang berpaling tadah dengan agama islam. Dia tahu ibundannya selalu, berzikir dalam bahasa pelik dan menyembah kubur seperti meminta pertolongan daripada makhluk itu. Akhirnya, di saat kematian ibunda Nek Salmah. Ibunda sempat mengajar anaknya itu untuk mengamalkan ilmu-ilmu tapi ditolak Nek Salmah. Ibundanya marah, dan meninggal dalam keadaan kaku, mata terbuntang keluar. Itulah azab yang disakiti kerana tidak menyembah Allah.
Disebabkan ibundanya mengamalkan ilmu hitam. Rohnya tersekat di tengah langit, dan itulah yang menyebabkan makhluk itu mencari tuan barunya pada malam Perasit Hano. Disebabkan penjaganya itu selalu menjaganya dengan baik, dia memberi banyak kesenangan kepada tuannya. Dia menjadi berdendam dengan orang kampung itu, kerana membunuh tuannya.
... dan sampailah anaknya sendiri yang menghapuskannya.
Tarikh: 1 Mac 2018
Berdebar-debar jantung mereka. Hari inilah bakal penentuan kehidupannya. Result akan keluar tidak lama lagi. Ada yang menggelempar kerana ketakutan, ada yang menangis ketakutan, dan ada yang bergurau senda untuk menghilangkan debaran. Lena, Qilah, Dang dan Lisa memerhati karenah pelajar lain dan berdiam diri sambil menghadap telefon masing-masing. Hati gemuruh tidak terkata, akhirnya tibalah masanya. Keputusan mereka amat memuaskan. Alhamdulillah semuanya lulus belaka dan mendapat sijil peperiksaan. Mereka gembira dan menitiskan air mata. Air mata gembira!
Sedih perkenangkan arwah Ain, pasti juga dia merasakan gembira seperti mereka. Kehilangan sahabat sangat mengecewakan tapi kenalah redha dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik itu. Mereka mengambil gambar bersama dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah. Hari itu, tiada wajah mengecewakan kerana pelajar tingkatan lima pada tahun itu. Sebahagiannya lulus untuk mendapat sijil peperiksaan malaysia.
Setelah pulang dari sekolah, mereka menuju ke pondok untuk melepak bersama. Mungkin selepas ini, mereka akan berpisah tetapi bukanlah tidak berkawan terus. Uih, ni lagi sedih ni!
"Aku lapar. Jom gi makan!" jerit Lena kuat-kuat. Okay.. betul-betul lapar minah ni!
Mereka ingin ke kedai untuk menjamu mee hoon sup, tapi bonda Fatin mengajak mereka ke rumah Nek Salmah. Malam itu mereka adakan parti sempena menamatkan zaman persekolahan mereka!
8.00 PM
"Bonda memang cenggini ah!" kata Lena dan menunjukkan thumbs up! Ceria lah dapat makan banyak.
Bonda senyum menampakkan lesung pipitnya. Hehe!
Kelas 5 Salasah dijemput hadir ke parti itu. Walaupun hanya separuh yang datang tapi sangat meriah. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan ibu bapa yang sporting sekali!
Kampung itu akhirnya selamat dan tiada lagi gangguan daripada makhluk-makhluk itu. Ketua kampung kembali semula pulang ke kampungnya dan dipenjara selama tiga tahun akibat melanggar undang-undang. Dia jujur dengan semua orang, dan dia terima apa sahaja yang dilakukan oleh orang kampung kepadanya. Dia juga rasa bersalah dengan isterinya dan anaknya. Syifa? setelah kejadian itu berlaku. Mereka menjumpai mayat Syifa yang telah busuk di Bukit Ambarning dan dikebumikan.
Berakhirlah sudah kisah yang menceritakan makhluk yang menghisap darah haid dan dendam seorang makhluk. Walaupun, perakhirannya bukanlah berdasarkan tajuk tapi moral yang diterbitkan harap membuka minda seseorang untuk tidak terjebak dengan melakukan gejala penyekutuan dengan-Nya. Sesungguhnya benda yang berlaku, hanya rekaan semata-mata.
Lena sibuk sekali mengunyah coco crunch yang menjadi menu kesukaan ramai pada malam parti itu.
Macam biasa, Danial memunculkan diri di depan Lena sambil menghulurkan lagi coco crunch untuk si gadis itu.
Lena menyuruh letakkan ia di tepinya. Comel sungguh gadis ni duduk, makan sambil menggoyangkan kakinya. Ceria sekali dia menjamu selera tanpa menghiraukan orang. Walaupun sudah berginjak ke 18, tapi perangai kanak-kanaknya langsung tidak berubah.
"Eh, aku ada peluang tak?" soal Danial. Mencuba nasib katakan!
"Tak ada. Sorry!" balas Lena. Selamba!
"Siapa pujaan kau?" soalnya lagi.
"Vijay"
"Orang tamil?"
"Dia hero tamil, hensem okay!"
Danial ketawa sekuat hati. Gadis ni sungguh lucu!
"Marry me?" bisik Danial perlahan.
Lena berhenti mengunyah dan memandang tepat ke arah mamat itu. Walaupun mamat ni berkata perlahan tapi cukup jelas didengarinya. Dia lantas bangun dan kemudian memandang balik ke arah mamat itu...
"Next year" balas Lena sambil mengenyitkan matanya. Wek!
Danial tersenyum senang.
YOU ARE READING
Misteri Tuala Wanita
HorrorMasalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit kotor bila terbayang jenis cecair pekat berwarna merah yang harus dibasuh dan dilumatkan sampai bers...