BAB 11

2.9K 192 5
                                    

"So, ma? Qilah sihat?" soal Lena di talian. Pagi ni, dia dapat panggilan dari mama temannya mengatakan yang temannya tu terdampar lemah di hospital.

"Em, memang taklah. Dia demam panas, tapi tak tahu kenapa tiba-tiba je dia demam, semalam ceria bukan main" balas mama perlahan.

Selepas tamat perbualan, mama meletakkan gagang telefon di atas meja. Dia menilik muka anaknya. Sembuhkanlah anak ku Ya Allah... katanya dalam hati.

Bunyi ketukan pintu memecah lamunan mama. Doktor masuk dan senyum kepada si penjaga. Manis!

"Aqilah Syafarina binti Dato' Hussin?" soal Doktor itu sambil tangannya cekap menulis sesuatu di atas write board dan dihulurkan benda itu kepada jururawat disebelahnya. Doktor muda, orangnya pun hensem. Adakah single?

"Yes doctor. What happened?" balas mama, sambil mengusap lengan anaknya.

"She just had a fever and there is nothing else. She will be fine soon"

Mama diam, tidak terkata. Fine kau cakap?! Anak aku seperti mayat hidup still cakap fine?Swasta tapi hampeh! marahnya tapi kata-kata itu dia simpan di dalam hati dan hanya mampu menghembuskan nafas berat...

"Okay thanks!"

Terus doktor itu keluar, dan bunyi pintu menyebabkan Qilah tersedar daripada tidurnya. Dia membuka mata sedikit dan melihat mama senyum melihatnya. Dia membalas, tiba-tiba dia merasakan satu titik darah menitik ke mukaya. Dia meraba mukanya, ternyata darah pekat. Dia cuba dekatkan tangannya yang berlumuran darah ke hidungnya. Upsss! bau darah haid. Dia memandang ke atas, melihat makhluk itu senyum memandangnya dan mukanya berubah kepada buruk. Sekali lagi, Qilah pengsan tidak sedarkan diri.

"Eh kau!"

Lena terkejut melihat temannya yang selama ni sakit seperti sudah tenat dan sekarang badannya kembali berlemak sedikit, dan bertenaga. Dia rindu akan temannya itu terus dia berlari dan berpelukan. Sejak ramai temannya yang sakit, dia seorang sahaja yang menghiasi pondok mereka. Tempat yang selalu mereka lepak dari kecil hingga besar. Alangkah terkejutnya dia, melihat Lisa berjalan ke arah pondok sambil melambaikan tangan. Alhamdulillah!

"Kau sihat wei?"

"Aku sihat. Sa! aku rindu kau!"

"Ya, aku lagi rindu dan semua tapi mana mereka?"

Lena sudah mula berair mata. Dia menarik lengan temannya dan jemput naik ke pondok. Dia ingin menceritakan kepada kawannya ini yang sudah lama terdampar atas katil. Dari A hingga Z dia ceritakan, matanya sudah mulai banjir dan bajunya sudah basah. Sedih dengan apa yang berlaku!

Keadaan kembali hening. Sunyi tanpa gelak tawa, wajah-wajah yang mereka rindu.

"Kenapa kau sakit teruk?" soal Lena memecah kesunyian antara mereka.

"Aku nampak makhluk tu, salah aku juga sebab buang pad merata tempat. Sebenarnya benda tu suka cecair tu, bila dia hirup darah kita. Badan kita akan lemah dan tubuh kita akan kehilangan darah. Tapi, nasib baik ada ustaz yang dapat merawat aku. Semakin lama, aku semakin sihat. Tiada lagi makhluk itu menjelma... dan alhamdulillah! now im here!"

Selepas beberapa minit berbual, mereka dikejutkan dengan kemunculan Dang. Katanya hendak ke bandar bersama ayahnya, tapi awal pula muncul kali ni. Dang berlari menuju ke arah mereka sambil menjunjung beg plastik berisi pisang goreng.

"Mari makan!"

Petang itu mereka menenangkan fikiran sambil menjamah selera. Makan free terik ni! Sudah lama mereka tak berbual bersama. Cuma kali ni, Qilah tak dapat join mereka. Masih lagi terdampar di atas katil... kesian. Ketiadaan Ain sungguh melemah semangat mereka, sekiranya ada Ain. Dialah yang selalu menceriakan suasana dengan watak gediknya. Tapi nak buat macam mana, semua orang akan rasai mati termasuklah mereka.

"Wei, Sa! Engko tengok rupa makhluk tu macam mana eh?"

"Aku kalau boleh tak nak ingat! tapi rupa dia berbulu, taring then mata merah. Sekali tengok spesies macam beruk. Hirup darah euw!" jelas Lisa satu-persatu. Sudah lama dia alami benda itu, disebakan makhluk itu. Dia menjadi lemah. Kata ustaz, makhluk ni cepat bau darah haid kalau ditinggalkan lama. Sebab itu, pihak perempuan yang datang bulan kena cuci bersih tanpa langsung tinggalkan kesan darah pada pad atau mana-mana.

"Qilah bagitahu kita orang yang dia nampak makhluk sama macam kau, time kita orang melawat dia semalam. Dia nampak makhluk tu jilat seluar dalamnya yang penuh darah haid. Pukul dua pagi weh!" jelas Dang. Eh, macam ada kena mengena?

"Takkan lah nasib Qilah sama dengan Lisa?! Kalau betul, mesti cepat berubat! Kalau tak....."

Misteri Tuala WanitaWhere stories live. Discover now