BAB 15

2.8K 176 5
                                    

Tempat: Dewan Serbaguna

"Kita kena juga selamatkan kampung kita. Saya sudah serik dengan gangguan ni!" kata salah seorang lelaki tua yang berkopiah tinggi.

Pagi itu, penduduk kampung di situ. Awal-awal pagi lagi sudah keluar dari rumah dan hadiri mesyuarat tersebut. Mereka bercadang ingin menangkap makhluk itu. Tetapi, mereka tidak tahu cara ingin mendapatkannya. Pagi itu mereka pulang dengan hampa. Mereka tidak tahu caranya disebabkan makluk itu bukannya manusia tetapi benda yang ghaib. Ketiadaan ketua kampung merunsingkan mereka. 

9.35 AM

'Malasnya nak bangun'

Hari jumaat ialah hari yang indah. Mahu ke pekan boleh juga tetapi bila mengenang dompetnya yang hanya berisi beberapa cokelat bulat yang berbesi. Dia hanya mengeluh. Mungkin lain kali. Ingin bekerja, tetapi ibunya tidak benarkan. Takut dengan anaknya yamg selalu meracau tak mengikut masa.

Dia geliat senang. Apa aku nak buat hari ni? Emmmm...

Dia mencapai Iphone 6s kepunyaannya, rutin hariannya pagi-pagi selepas bangun dari tidur. Tiada apa yang menarik. Huh!

"Lena, bangun!" laung Ibu dari luar bilik. Kuat!

"Ya, dah bangun" balas Lena malas-malas. Ergh

Terus dia mencapai tuala di ampaian mini miliknya dan bergegas ke bilik air.

Selesai mandi, dia dikejutkan dengan satu panggilan. Nombor tak dikenali, dia mengangkat panggilan tersebut tetapi tiada siapa yang bercakap.

"Heeloooooo?" Dahinya berkerut. Eh? tak nak cakap pulak?

Tiba-tiba tangannya bergetar dan dia merasakan kepalanya berpusing 360 darjah. Bilik itu seakan-akan berputar dan membuatnya jatuh pengsan tidak sedarkan diri...

Tempat: Specialist Hospital

"Aunty, macam mana keadaan dia?" tanya Dang. Risau akan temannya itu.

"Dia masih tidak sedarkan diri" balas ibu. Perlahan

Sudah seminggu dia tidak sedarkan diri. Kali ni teman-temannya sangat risau termasuk dengan keluarga si dia. Lagi-lagi, dia hanya tersedar sekejap selepas itu pengsan balik. Itupun menjerit ketakutan...

Pagi ini, mereka dikejutkan dengan kedatangan Nek Salmah dan bonda. Termasuklah Fatin dan Danial. Mereka mendapat maklumat daripada Fatin. Nek Salmah terus memaksa cucunya untuk membawa dia ke hospital tersebut. Kebetulan waktu itu waktu melawat, nasib membela mereka.

Mereka bersalaman dengan ibu Lena. Ibu menceritakan bagaimana Lena boleh pengsan sampaikan tidak sedarkan diri sampai sekarang.

Nek Salmah terpandang sesuatu. Dari dulu lagi dia memerhati budak ni cuma dia tiada peluang untuk bertanya. Dia memegang gelang yang dipakai Lena. Walaupun persis mutiara, tetapi dia dapat rasakan ada tidak kena dengan gelang itu. Dia cuba menangalkan gelang itu daripada Lena. Zassss! seperti kena renjatan elektrik.

Nek Salmah tersentak.

'Aku dah agak budak ni dilindungi benda itu'

Sejak Nek Salmah disihir, dia sering melihat makhluk-makhluk ghaib. Seperti hijabnya terbuka. Dia redha dengan ketentuan Allah yang memberinya keajaiban kepadanya.

"Kenapa nek?" tanya Danial. Pelik dia melihat neneknya yang merenung Lena sejak dari tadi.

Mereka berhenti berbual dan mata tertumpu ke arah Nek Salmah. Menantikan jawapan daripadanya...

"Anak kamu dilindungi oleh makhluk itu" Akhirnya terpancul ayat yang dikeluarkan.

Mereka terkejut apa yang dikatakan oleh nenek itu.

"Anak kamu jatuh pengsan disebabkan makhluk itu lemah. Sekiranya makhluk itu kembali kuat. Anakmu akan sedar balik" sambungnya lagi.

Ibu meraut wajah. Ya Allah.... apa dah terjadi?

"Betu ke nek? Kalau camtu boleh tolong rawatkan anak saya nek?" soal ibu serta-merta.

Nek Salmah mengganguk.

"Cuma makhluk ni, susah. Sebab benda ini bersembunyi di bukit itu" katanya.

"Bukit Ambarning nek?!"

"Ya"

Fatin pelik dengan pengetahuan neneknya. Setahu dia, neneknya tidak dapat merawat mana-mana manusia yang dirasuk. Kali ini dia sungguh hairan!

Terus dia menarik bondanya untuk bertanya. Kata bonda, Nek Salmah dapat pengetahuan ini daripada Allah. Tiba-tiba sahaja Nek Salmah dapat tahu perkara-perkara itu daripada mimpinya. Cuma dia hanya berdiam diri kerana takut perkara itu tidak benar. Bonda tahu, Nak Salmah bukan jenis seorang pengamal mahupun membela. Sebab itu, bila dulu Nek Salmah terkena sihir. Dia tidak dapat tidur beberapa bulan kerana berjauhan dengan orang yang dia sayang dan Nek Salmah sendiri bagitahu sendiri pasal ini kepadanya. 

Keesokannya....

8.45 AM

Dang, Lisa dan Qilah sudah awal-awal lagi datang ke rumah Nek Salmah. Nasib baik masa itu Nek Salmah berkebun di belakang rumah bersama Danial. Kalau datang menggangu orang yang sedang beradu. Menaikkan darah orang sahaja. Mereka dijemput makan ubi keledek di belakang rumah. Tujuan mereka ke mari ada hajat. Itu kerana ingin menyembuhkan Lena daripada tidak sedarkan diri selamanya. Menurut Nek Salmah, jika ingin menyembuhkan budak itu. Mereka hendaklah berdepan dengan Waknong, iaitu penjaga di bukit itu. Waknong memang sangat marah orang menggangu tempatnya. Malah, misteri kematian orang yang pergi di situ masih tidak terjawab. 

Mereka membatalkan niat mereka untuk ke Bukit Ambarning setelah dengar apa yang dikatakan oleh Nek Salmah. Cukuplah untuk kali terakhir mereka menjejakkan kaki ke situ. 

Tiba-tiba mereka terdengar orang yang memberi salam. Danial memanggil perempuan itu ke belakang. Mereka bersalaman sesama sendiri. Adab orang islam dan cara untuk menyapa...

"Nek, saya isterinya ketua kampung" kata Maknis seraya senyum ke arah mereka.

Nek Salmah mengganguk.

"Kenapa ya datang?" soal Nek Salmah. Berterus terang.

"Saya rasa suami saya ada affair dengan makhluk itu"

"Jangan menuduh"

"Masalahnya nek, saya kehilangan suami dan anak saya sekali....." Maknis tidak sanggup lagi merahsiakan perkara yang berlaku. Akhirnya diluahkan juga kepada orang tua itu. 

"Patutlah aku mimpi pasal darah haid"

'Ya nek...' Maknis mengganguk.

"Sekarang ni, kami nak Nek Salmah yang menghampuskan makhluk itu. Saya dah berbincang dengan orang kampung. Mereka bersetuju dan sayalah yang kena memujuk Nek Salmah untuk selesaikan perkara ini. Maafkan saya, kerana angkara suami saya. Semua orang terkena bala" Maknis mengeluh. Berat yang kena ditanggungnya. Lagi-lagi anaknya hilang entah ke mana serta suaminya.

"Nanti aku fikirkan semula" balas Nek Salmah. Termenung akan sesuatu...

Misteri Tuala WanitaWhere stories live. Discover now