BAB 5

3.6K 216 47
                                    

Tempat: Rumah Ketua Kampung

Sejak beberapa minggu ni, Syifa kerap pening kepala, muntah-muntah sebiji macam orang tengah sarat mengandung cuma perutnya sahaja kempis. Maknis membawa anak emasnya untuk mengubat penyakit yang ditanggung. Semua ustaz atau bomoh, tidak tahu masalah akan penyakit anaknya. Dia mengeluh perlahan, kalau penyakit ini berterusan macam mana masa hadapan anaknya dan ketika menjawab periksa. Syifa terpaksa menjawab di hospital. Alhamdulillah, dia menjawab dengan tenang. Dengan itu, doktor memberi kebenaran untuk keluar hospital. Tapi, bila tiba di rumah. Dia mula lemah, kerap pengsan seperti menampakkan sesuatu makhluk yang ghaib.

"Bang, awak buat apa dengan anak kita?" tuduh Maknis kepada suaminya melulu. Maknis pelik, sejak anaknya sakit. Suaminya tidak langsung ambil kisah tentang penyakit anak daranya. Naik angin lah Maknis!

"Awak dah kenapa? Tuduh saya melulu? Apa bukti?" tanya Tok Ketua selamba. Tangannya sibuk mengasah parang yang disayanginya. Parang yang tajam, sekali terkena. Koyak rabak kulit!

Maknis hanya menggeleng kepala. Lali dengan perangai suaminya yang selalu memperlekehkan pertanyaannya. Maknis tinggalkan suaminya, lalu memberi makan kepada anaknya. Orang sakit, kalau makan memang kurang selera tapi tidak dengan anaknya. Seleranya semakin bertambah cuma kerap memuntahkan balik apa yang dimakan. Maknis perhatikan anaknya makan. Ya Allah! sembuhkanlah penyakit anakku...

"Saya nak ke kerbun, kalau nak apa-apa mesej saya. Nanti saya beli!" laung Tok Ketua. Kuat!

Maknis hanya menghantar jelingan kepada Tok Ketua yang sudah meluncur laju dengan menunggang motor untuk ke kerbun. Orang tua ni memang tak serik!

***

Macam biasa, kawasan ni memang tiada orang lalu-lalang. Line clear!

'Petang ni, aku nak masuk juga dalam hutan ni!'

Eh? ada kereta? siapa pula yang berani berkelah di sini? nombor plat macam orang kampung kat sini, bukannya orang luar. Ish! kacau kerja aku je semua menatang ni!

Dia memulakan baca mentera yang dapat dia memasuki ke hutan itu sambil duduk dalam persis orang bertapa dalam gua.

Faresanto Merena Digawe

'benarkan aku masuk'

Kiretung Serene Mewek

'aku membawa tuah untukmu'

Jisereng Ni Ro Santiwe

'memberi kekuatan untukmu'

Faresanto Merena Digawe

'benarkan aku masuk'

Sesudahnya baca, dia menghembus ke depan. Lalu bangun, sekali dia melangkah ke dalam hutan. Nasibnya baik! tiada lagi berlaku seperti biasa. Dia mengambil barang-barang yang dia sediakan untuk membuat pemujaan itu. Demi kampung, dia sanggup menjadi hamba kepada makhluk itu. Dia tahu kisah ini daripada kawan-kawannya yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka kaya, banyak duit dan senang. Hasutan syaitan berjaya menambat hatinya kali ini. Walaupun dia terpaksa korbankan anak daranya, demi keselamatan kampung. Dia sanggup! tidak sia-sia dia berjumpa dengan bomoh itu. Hanya mengorbankan darah haid anaknya sahaja cukup untuk membuat habuan, tidak perlu keluarkan duit. Dia pasti, dengan cara ini. Orang kampung pasti sanjung akannya!

Hari semakin lama semakin gelap, malam itu bulan penuh. Malam yang bagus untuk buat pemujaan! Orang dulu memanggilnya malam Perasit Hano bermakna malam makhluk halus mencari tuan baru untuk menumpang kesenangan. Pemujaan itu akan berlaku juga walaubagaimanapun! Sampai disana, dia meletakkan barang-barang yang diperlukan termasuklah darah haid anaknya yang bau hampak. Dia tahu, anaknya sangat malas membasuh pad. Jadi beruntung lah dia kali ni dan sebab itulah anaknya semakin lama semakin kurus disebabkan telah dibomoh oleh bomoh yang dia jumpa. Bagus! Cukup lengkap!

Mula-mula dia membaca mantera yang tidak ketahuai bahasanya sambil dia meletakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk yang besar. Satu-persatu dia letakkannya dan bahan terakhir ialah darah haid. Tiba-tiba, bahan yang telah dicampur berpusing seperti ada orang yang mengacau dan melalui itulah munculnya penjaga Bukit Ambarning atau lebih dikenali ketika dulu dengan panggilan Waknong!

Misteri Tuala WanitaWhere stories live. Discover now