Hi, terima kasih baca sampai habis. Kalau tak baca tapi tolong votes pun tak apa, terima kasih juga.
Aku nak bagi penjelasan dalam cerita ni. Untuk pengetahuan semua, cerita ini hanyalah mitos semata-mata. Berkaitan darah haid perempuan, kenapa kita seharusnya tidak membiarkan begitu sahaja? Apa yang aku kaji, syaitan yang menjilat darah haid hanyalah mainan kata-kata manusia ataupun pengetahuan dari manusia yang suka mengapi-apikan sesebuah perkara yang tidak pernah berlaku. Darah haid tidak perlu dibersihkan sepertimana membersihkan ia sehingga suci bersih. Cukuplah ia sekadar meletakkan ditempat yang tidak nampak dari pandangan manusia. Darah haid ialah darah kotor. Ia tidak seharusnya diperlihatkan oleh manusia kerana bagi menghindari mata-mata yang mempunyai hasad dengki terhadap kita. Erti kata lain, darah haid boleh dijadikan bahan yang boleh terjebak manusia untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti sihir dan sebagainya. Disebabkan itulah, pembersihan tuala wanita cukuplah sekadar digulung kemas dan dibalut dengan surat khabar atau sebagainya. Jangan sesekali biarkan ia begitu sahaja tanpa tidak membuat apa-apa. Ini kerana, pembersihan adalah priority. Kalau sesiapa masih belum memahami, boleh direct message aku personally.
Aku karang cerita ni time aku umur 17 tahun, faham-faham lah aku agak lemah bahasa melayu sebab tu ayat aku macam nak hidup pun tak tahu. Tak sangka pun cerita ni boleh naik sampai ada orang votes and comments. Ini cerita first aku buat pakai laptop mak aku, buat cerita ni sampai berjaga malam walaupun masa tu tengah study hard for exam. Kiranya, cerita ni paid off my efforts lah. Aku buat pesanan ni bukan apa, sebab bila aku baca balik cerita ni. Aku sendiri tak faham apa yang aku karang dan how come you guys read it without hesitating? aku jadi rasa serba salah sebab buat cerita dengan ayat yang putar belit macam ni.
Aku minta maaf sangat-sangat kalau selepas baca cerita ni, kau pengsan ke apa ke? Aku tahu ayat aku teruk. Inshaallah, aku fix lah sikit-sikit. Mungkin lepas ni boleh buat cerita cinta ke, thriller ke, dongeng ke, kot? tak pandai pun tapi kita cuba manalah tahu glow up ke pastu tup tup dah ada sebelah Teme, member author. Mana tahu kan? Kau kalu rasa nak buat cerita tu, buat je. Then, join mana-mana contest kalau menang dapat duit. Boleh shopping dekat Shopee. Aku tak ajar boros, cuma nak bagitahu siapa yang ada talent menulis tu. Jangan salah tafsir pula. Okay, tu je. Terima kasih sekali lagi baca cerita aku, hihi.
YOU ARE READING
Misteri Tuala Wanita
HorrorMasalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit kotor bila terbayang jenis cecair pekat berwarna merah yang harus dibasuh dan dilumatkan sampai bers...