Prolog

205 7 0
                                    

      Bunyi das tembakan mula memecah keheningan malam. Jeritan manusia kedengaran di serata tempat. Kelibat mayat hidup dapat dilihat sedang bergerak mencari mangsa untuk dimakan. Jauh di atas bumbung salah satu bangunan di situ , terdapat seorang lelaki sedang memimpin tangan dua orang gadis kecil di sampingnya.

      Kelihatan sebuah helikopter sedang menghampiri mereka untuk sesi menyelamat. Gadis yang berambut pendek berwarna perang mula menggenggam erat tangan lelaki tersebut menyebabkan lelaki tadi berpaling ke arahnya.

"Daddy , what's going on here?" , kata gadis comel itu.

      Ternyata gadis tersebut sungguh fasih berbahasa Inggeris. Lengan sebelah kanan lelaki tersebut pula ditarik lembut oleh gadis yang berambut panjang berwarna ungu gelap menyebabkan lelaki tersebut menoleh ke arahnya pula.

"Ayah , kita akan selamat ke daripada semua ni?" , ujar gadis itu pula.

      Jelas terpampang wajah dua gadis tersebut amat ketakutan dengan persekitaran sekeliling. Sudah tentu menjadi satu trauma kepada mereka pada umur 12 tahun. Lelaki tersebut hanya mengeluh sambil mengusap lembut kepala kedua-dua gadis tersebut.

"Aila. Aika. Kembar kesayangan ayah , jangan risau. Ayah akan bawa kita jauh dari sini" , katanya dengan yakin.

      Dr. Alberto mengukirkan satu senyuman yang manis ke arah gadis kembar tersebut menyebabkan mereka tersenyum sekali. Angin yang kuat mula bertiupan kencang. Helikopter yang besar mula mendatar di landasan helikopter yang ada pada bumbung bangunan tersebut. Dengan segera , Dr. Alberto merangkul tubuh kecil gadis kembar itu lalu melangkah masuk ke dalam perut helikopter.

      Helikopter tersebut mula berlepas ke udara. Gadis kembar tadi hanya berpelukan tubuh. Suasana dari atas sungguh menyeramkan. Kelihatan ramai manusia berteriak meminta tolong. Ada juga yang baru sahaja diterkam dari belakang oleh seorang mayat hidup.

      Dua gadis tadi menggigil satu badan melihat situasi tersebut. Aila yang ketakutan segera menepuk bahu ayahnya yang sibuk bercakap dengan co-pilot yang mengendalikan helikopter.

"Daddy , what are those things? Some dead body that are alive?" , kata Aila dalam nada yang ketakutan.

      Dr. Alberto terus memeluk Aila yang tidak habis-habis menggeletar ketakutan. Aila hanya merintih kecil dalam pelukan ayahnya.

"Those are Zombies" , ujarnya dengan ringkas.

"I'm s-scared , D-daddy.." , Aila hanya mampu menangis mengingati wajah seram mayat hidup tadi.

      Kedua-dua tubuh kecil gadis kembar itu dipeluk erat oleh Mr. Alberto. Perjalanan ke destinasi yang bakal mereka tuju mengambil masa hampir 45 minit untuk tiba. Angin malam hanya bertiupan sepoi-sepoi bahasa. Segala jeritan , tangisan dari arah bawah sudah tidak kedengaran lagi.

      Suasana sudah menjadi sunyi sepi. Kawasan yang mereka baru sahaja tiba sungguh gelap , mungkin tempat ini sahaja belum diserang lagi oleh raksasa yang ada di seberang sana. Perlahan-lahan helikopter yang dinaiki oleh mereka mendarat dengan selamat.

"We have arrived , Dr. Alberto" , ujar co-pilot tadi.

      Dr. Alberto hanya mengangguk lalu menuruni helikopter tadi terlebih dahulu. Dua orang gadis tadi segera didukungnya untuk diturunkan dari helikopter. Aila dan Aika saling berpandangan sesama sendiri. Bangunan di hadapan mereka sungguh besar dan tidak pernah dilihat oleh mereka sebelum ini.

      Dr. Alberto atau lebih dikenali sebagai ayah mereka hanya menguntumkan senyuman ke arah mereka berdua membuatkan mereka lebih keliru. Lantas ayah mereka menggengam erat tangan kecil kedua-dua gadis kembar tadi. Aila dan Aika mula meraung kesakitan akibat cengkaman ayah mereka yang sungguh kuat.

"D-daddy! What is this place?!" , ujar Aila sedikit marah.

"A-ayah...le-lepaskan Aika! Lepaskan A-aila juga!" , Aika menjerit ke arah ayahnya yang langsung tidak mengendahkan apa yang Aika perkatakan.

      Aika dan Aila mencuba sedaya upaya untuk meloloskan diri daripada genggamannya namun kelebihan berada pada Dr. Alberto. Disebabkan Aika mempunyai seni mempertahankan diri , dia segera menggigit tangan ayahnya lalu berjaya melepaskan diri.

"Aika! Datang sini balik!" , jerit ayahnya.

      Dengan pantas , Aika melarikan diri daripada ayahnya. Dia mula berkeliaran di sekitar bangunan tersebut.

Ke mana patut saya pergi , gumam hati kecilnya.

      Sedang dia berlari melepasi beberapa selekoh yang ada di bangunan tersebut , tiba-tiba kepalanya terlanggar sesuatu yang keras. Aika jatuh terduduk. Kepala yang sakit hanya diusapnya.

Auch! Sakitnya , bisik hati Aika.

      Perlahan-lahan Aika mengangkat muka untuk melihat 'benda' yang dilanggarnya tadi. Matanya membulat melihat 'benda' di hadapannya itu.

A werewolf , katanya pada diri sendiri.

      Berkat membaca katanya. Secara tiba-tiba , badannya ditolak kasar oleh raksasa berbulu itu. Kedua-dua tangan Aika dicengkam kuat. Perlahan-lahan raksasa berbulu itu menghampiri muka Aika. Dia mula menghidu seluruh tubuh Aika. Aika hanya terkaku.

"T-tolong....." , Aika berkata dengan nada yang sayu.

      Baru sahaja werewolf tersebut mahu memakan Aika hidup-hidup , satu das tembakan dilepaskan menyebabkan werewolf tadi jatuh ke atas tubuh Aika. Aika menjerit ketakutan. Darah hijau mula mengalir membasahi baju Aika. Dari situ , dia dapat lihat kelibat ayahnya menghampirinya.

      Perlahan-lahan Aika ditarik keluar dengan bantuan ayahnya. Terus Aika memeluk tubuh ayahnya. Pipinya dibasahi tangisan ketakutan.

"A-ayah...A-aika takut..." , Aika memeluk tubuh ayahnya dengan lebih erat.

      Tetapi disebalik pelukan tersebut , Dr. Alberto tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia menolak Aika keluar dari dakapannya menyebabkan Aika keliru dengan kelakuan ayahnya tadi. Mata terhenti pada seorang lelaki yang sedang memeluk tubuh kecil Aila.

      Kelihatan mulut Aila diikat dengan sehelai kain serta Aila sedang mencuba untuk meloloskan diri daripada tangan kotor lelaki tersebut. Matanya terus mengerling ke arah Dr. Alberto. Aura gelap mula memenuhi ruang yang ada di bangunan tersebut. Lidahnya terkedu melihat perubahan ayahnya.

      Tiba-tiba , mulutnya ditekup dengan sehelai kain oleh ayahnya. Aika mula meloloskan diri namun apakan daya kekuatan tidak berpihak padanya. Perlahan-lahan penglihatannya menjadi kabur. Gambaran Aila di hadapannya mula menghilang sedikit demi sedikit.

"Selamat malam , Aika sayang" , Dr. Alberto hanya tersenyum sinis.

      Tanpa Aika sedari , dia jatuh mencium bumi. Akhirnya , semua menjadi gelap.

Underground Rebel (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now