Bab 4

73 5 0
                                    

Tingkat teratas sekali sudahpun tiba. Lif tersebut mula terbuka sebaik sahaja tiba di tingkat teratas bangunan tersebut. Ternyata tinggi juga hospital milik Dr. Alberto.

Suasana di tingkat teratas sungguh sunyi menyebabkan Aika dan Kaiden mula berasa tidak sedap hati dengan persekitaran tersebut. Aika mengerling ke arah Kaiden yang hanya tenang berdiri di sebelahnya.

"Kai. Saya rasa ada sesuatu yang tak kenalah" , ujar Aika sedikit gementar.

Kaiden yang hanya terdiam seketika terus berpaling ke arah Aika. Tangan Aika terus digenggamnya membuatkan Aika sedikit terkejut.

"Jangan risau. Aku ada. Tugas aku adalah pastikan kau selamat" , ujarnya sambil memandang Aika tepat pada mata.

Aika hanya mengangguk kecil lalu menghulurkan salah satu senapangnya kepada Kaiden. Kaiden hanya mengangkat sebelah kening sebagai tanda tidak faham dengan tindakan Aika.

"Awak perlukan senapang ni. Kita tak tau ada apa kat luar sana dan saya tak nak tengok awak mati depan saya" , kata Aika sebelum melangkah keluar daripada lif.

Perlahan-lahan Aika mengorakkan langkah keluar daripada lif diikuti juga dengan Kaiden. Mereka mencuba sedaya upaya untuk berjalan dengan perlahan dari satu tapak ke satu tapak.

Tiba-tiba , sesuatu cecair putih menitis di hadapan Aika membuatkan Aika terkaku seketika. Bunyi dengusan kasar dapat didengari jelas dari arah lif yang mereka naiki tadi. Perlahan-lahan mereka berdua menoleh ke arah bunyi dengusan kasar tadi.

Alangkah terkejutnya seekor raksasa besar sedang memakan daging manusia di atas lif tersebut. Memandangkan Aika dan Kaiden berada di tingkat teratas sekali iaitu bumbung bangunan tersebut , mereka perlahan-lahan menjarakkan diri daripada raksasa tersebut.

Namun , sebaik sahaja mereka berjengket untuk menjauhi raksasa yang sebesar 11 kaki itu , raksasa terus berpaling ke arah mereka berdua.

"Itu raksasa apa..? Aku tak pernah jumpa raksasa sebesar ni" , bisik Kaiden ke arah Aika.

Cermin mata Aika mula dibetulkan. Butang berwarna biru pada cermin mata tersebut terus ditekan lalu keluar beberapa info yang terdapat pada cermin matanya. Mata Aika hanya memandang sepintas lalu sahaja pada raksasa tersebut lalu keluar beberapa maklumat tentang raksasa itu.

"It's a Spilader" , ujar Aika dengan ringkas.

"Spilader?"

Lebih banyak maklumat mula muncul pada kanta cermin mata tersebut. Satu persatu maklumat diperhatikan dengan teliti olehnya.

"Spilader , raksasa yang menggabungkan dua DNA darah haiwan yang dijangkiti virus hitam. Saiz raksasa tersebut adalah empat kali ganda lebih besar daripada seekor gorila dan Spilader juga boleh memanjat dinding seperti seekor labah-labah" , maklumat tersebut terus membuatkan Aika sedikit ketakutan.

Spilader tersebut terus turun daripada atas lif tersebut lalu mendekati mereka perlahan-lahan. Kaiden mula mengundur ke belakang sedikit demi sedikit menyebabkan Spilader tersebut menghampiri mereka semakin dekat dengan kelajuan yang tinggi.

"Kai! Don't move!" , nasihat Aika tidak diendahnya lalu pantas dia berlari meninggalkan Aika sendirian.

Raksasa Spilader sudah makin hampir dengan Aika menyebabkan Aika turut melarikan diri ke arah Kaiden. Segera dipukulnya Kaiden pada bahu kerana meninggalkannya seorang diri sebentar tadi.

Tanpa mereka sedari , raksasa Spilader itu telah memancut sesuatu dari mulutnya namun mujur Aika dan Kaiden sempat mengelak daripada serangannya.

Underground Rebel (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now