Gadis berpakaian ala-ala ninja itu hanya tersenyum sinis. Dia menapakkan satu kakinya ke hadapan membuatkan Aika turut berbuat demikian juga. Aika menjeling ke arah Kaiden dan yang lain-lain. Nampaknya semua sudah bersedia dengan senjata masing-masing. Terus Aika meluru ke hadapan dahulu untuk menyerang gadis ninja itu.
Sesekali dia merenung wajah gadis ninja itu , ia membuatkannya teringat sesuatu memori semula. Namun , dia hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu fikirannya terganggu lagi. Beberapa ninja yang lain mula menyerang Aika namun Aika lebih pantas.
Satu persatu ninja yang datang dibunuhnya dengan sekelip mata. Kini , di hadapannya terpacak seorang gadis rupawan. Gadis itu kelihatan seperti rupa orang Jepun. Gadis itu hanya ditatapnya seketika sehinggalah gadis itu bersuara.
"Akhirnya , dapat pun aku jumpa Subject Y. Kuat juga kau ni. Tapi jangan ingat senang-senang kau nak lepasi aku , Subject Y" , ujar gadis ninja itu.
Aika hanya mengetapkan bawah bibirnya. Pedang samurainya hanya digenggam erat.
"So , kau ni siapa? Dan kenapa kau halang aku?" , tanya Aika langsung tidak mengalihkan pandangan daripada gadis ninja itu.
"Let me introduce myself..." , ujarnya sebelum menundukkan tubuhnya sedikit.
Saat gadis itu bersuara membuatkan Aika teringatkan sesuatu. Dari segi rupa dan suaranya mengingatkan Aika tentang seseorang yang sangat dia kenali. Pada waktu itu , matanya terus bercahaya hijau membuatkan dirinya jatuh terduduk. Kaiden yang tersedar dengan keadaan Aika terus menghampirinya.
"Aika , kau okay?" , tanya Kaiden penuh risau.
Aika hanya terdiam sebaik satu memori menyelusup masuk ke dalam fikirannya.
'Hi! Saya Aika , ni adik saya , Aila!' , sapa gadis berambut panjang itu kepada seorang gadis dengan rupanya ala-ala orang Jepun.
'Konichiwa , saya Yi Ling! Mari kita berkawan!' , balas gadis berambut hitam itu.
Aika menjerit kesakitan sebaik teringatkan memori itu. Kaiden menggoncang tubuh badannya untuk mengembalikan Aika ke realiti. Lantas Aika tersedar lalu bingkas bangun perlahan-lahan. Terdapat beberapa butir airmata jatuh mengena tanah.
"Yi Ling...nama kau Yi Ling kan?" , ujar Aika sambil menundukkan kepala ke bawah.
Yi Ling hanya tersenyum sinis sebelum sempat dia ketawa terbahak-bahak. Mendengar Yi Ling ketawa sebegitu membuatkan Aika marah. Marah kerana ayahnya telah mempergunakan kawan baiknya sebagai bahan ujikaji ayahnya. Perasaan marah menyelebungi dirinya menyebabkan Aika mengenggam erat tangannya.
"Macam mana kau tau nama aku ha? Heh apa-apa je lah. Kau dah sedia?" , mendengar kata-kata Yi Ling terus membuatkan Aika mengangkat muka.
Yi Ling tersenyum sinis lalu menghabiskan percakapannya.
"Sedia untuk mati.." , ujar Yi Ling lalu pantas meluru ke arah Aika.
Disebabkan kepekaan Aika , Aika berlari ke arahnya juga lalu mengangkat pedang samurainya. Pedang samurai milik mereka berdua mula berlanggaran. Terpampang senyuman sinis pada wajah Yi Ling. Yi Ling segera menarik pedangnya lalu melibasnya ke arah Aika.
Aika lambat bertindak lalu pedang samurai milik Yi Ling mencium pipinya. Satu garis panjang tercalit pada pipinya. Darah mula mengalir lalu membasahi pipinya. Aika mendengus lalu meluru semula ke arah Yi Ling.
Ternyata Yi Ling sungguh pantas sekali. Saat dia menghayunkan pedangnya ke arah Yi Ling , kelibat Yi Ling hilang dari mata. Tiba-tiba sahaja , dia ditendang dari belakang lalu jatuh mencium bumi. Pantas Aika berpaling lalu mengangkat pedangnya untuk menghalang pedang milik Yi Ling menyentuhnya lagi.
YOU ARE READING
Underground Rebel (DISCONTINUED)
FantasyDunia bakal tiba ke penghujungnya. Segala raksasa mula menghantui malam. Disangka selamat daripada semua ancaman tersebut. Namun , semuanya salah. Kisah tentang sepasang gadis kembar yang menyangka ayah mereka membawa mereka jauh dari dunia yang sud...