Bab 10

40 4 0
                                    

      Kaiden dan Joel bersiap sedia dengan senapang di tangan. Aika yang masih belum berjaya untuk berjalan memeluk erat leher Kaiden. Dia juga bersedia dengan pistol kecil di tangan. Masing-masing perlahan-lahan mengambil langkah berjaga-jaga. Dengan itu , pertempuran pun bermula. Aika memulakan tembakan pertama ke arah zombie yang berkeliaran di situ. Joel pula cuba menghubungi adiknya , Crystal.

"Crystal , jawab Crystal." Ujar Joel yang tekun melihat sekeliling kawasan mereka.

      Sesekali dia menembak beberapa zombie yang menghala ke arahnya sementara menunggu adiknya , Crystal membalas panggilannya.

"Abang! Abang kat mana tu?" Jerit Crystal penuh bimbang.

"Abang on the way ke tempat persembunyian adiklah ni tapi banyak zombie dekat sini.. tadi sikit je." Kata Joel yang sibuk menembak zombie yang ada.

"Abang! Kita kena lari ke portal seterusnya. Dr.Alberto dah ubah masa lagi. Kalau abang tak lari , kita semua kena baham nanti." Ujar Crystal penuh serius.

      Joel menelan air liurnya. Kebimbangan mula berleluasa. Segera dia menembak beberapa lagi zombie untuk menuju ke arah Kaiden dan Aika.

"Weh! Kita kena lari ke portal seterusnya. Doktor gila tu dah ubah masa lagi!" Teriak Joel penuh marah.

      Dengan pantas , mereka berlari melepasi zombie-zombie di sekeliling mereka. Berpuluh-puluh tembakan dilepaskan. Berpuluh-puluh peluru dihabiskan. Joel cuba mencari tempat persembunyian Crystal dan Miss Sophie. Cis! Ada zombie juga , marahnya dalam hati. Dilepaskan beberapa das tembakan ke arah zombie-zombie yang menghalang laluan keluar tempat persembunyian adiknya. Selesai sahaja dia terus sahaja menghubungi adiknya , Crystal.

"Crystal! Get out from there now!" Teriaknya.

      Dalam sekelip mata , kelibat Crystal serta Miss Sophie dapat dilihat sedang bergegas berlari ke arah mereka. Dengan pantas , Crystal menunjukkan arah di mana portal yang seterusnya. Kehadiran zombie semakin berleluasa. Mereka melarikan diri dengan pantas dengan menembak setiap zombie yang menghalang laluan mereka.

"Tinggal beberapa blok lagi! Cepat!" Jerit Joel dengan kuat.

      Kaki mereka tidak henti berlari. Setiap kali bersemuka dengan zombie , berdas-das tembakan dilepaskan. Secara tiba-tiba , Aika yang sudah cedera teruk itu mula memuntahkan darah dengan banyak.

      Kaiden yang menyedarinya segera berlari dengan lebih pantas selepas melihat keadaan Aika yang semakin teruk. Bajunya habis dilumuri darah milik Aika. Melihat dari sisi bahunya , Aika mula tidak menyedarkan diri. Seakan-akan nyawa-nyawa ikan.

"Stay with me , Aika.. Don't close your eyes.. Don't die on me!" Seru Kaiden dengan nada sedih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Underground Rebel (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now