Bab 3

82 4 0
                                    

Sebaik sahaja Aika dibawa pergi , kolar baju Dr. David terus ditarik kasar oleh Dr. Alberto. Dr. Alberto sungguh marah dengan kecuaian Dr. David. Lantas tubuhnya ditolak kasar hingga ke dinding.

"K-kau...! Kau cuai! Kalau dia terlepas tadi macam mana?! Lain kali , keep an eye on her. Sekali lagi dia terlepas , you're dead for sure" , kata Dr. Alberto denagn tegas sebelum melepaskan kolar baju kepunyaan Dr. David.

"Oh? One more thing. Saya nak pulang ke pangkuan anak kesayangan saya , Cik Aila.. so jaga tempat ni , faham?" , kata Dr. Alberto sebelum melangkah pergi meninggalkan Dr. David.

Dr. David mendengus lalu mengorakkan langkah ke arah bilik khas Aika. Dua bodyguardnya yang menjaga bilik Aika terus ditanya soalan.

"Subject Y. Kamu ada rampas segala barang dia tadi?" , ujarnya dengan tegas.

Kedua-dua bodyguardnya hanya mengangguk lalu Dr. David mengarahkan mereka untuk beransur pergi. Dr. David hanya menjenguk Aika melalui pintu bilik khas Aika. Kelihatan Aika sedang terperuk sahaja di katilnya. Dr. David hanya tersenyum sinis lalu berlalu pergi meninggalkan bilik Aika.

*

Aika yang baru sahaja dicampak masuk ke dalam biliknya yang asal hanya mendengus. Segala senjata serta pakaiannya dirampas semula.

Kini , kembalilah dia dengan gaun putih yang dipakainya tadi. Apa yang mampu Aika lakukan hanya terperuk di dalam biliknya. Tiada apa yang boleh dibuat. Larikan diri? Tak berhasil. Pecah keluar dari bilik? Dah cuba. Segala dinding , pintu , semuanya dah disepak oleh Aika.

Namun semuanya seperti tiada apa-apa yang berlaku seperti tiada effect. Secara tiba-tiba , satu pengumuman mula bergema di dalam biliknya menyebabkan dia sedikit terkejut.

"Security system will be shut down in 10 seconds" , sebaik sahaja Aika mendengar pengumuman tersebut , satu persatu barang mula muncul dari dinding biliknya.

Setiap kiraan daripada pengumuman tersebut , satu persatu barang terus keluar daripada dinding biliknya.

"10..." , satu pakaian ala-ala spy tiba-tiba keluar dari almari yang entah macam mana boleh muncul dari dindingnya.

"9..." , satu susunan pistol kecil , sebilah pisau dan bom tangan serta peluru tambahan tersusun kemas satu baris.

"8..." , dua bilah pedang samurai yang disusun dalam bentuk X mula muncul keluar dari dinding biliknya juga.

"7..." , dua pucuk senapang turut ada sekali menyebabkan Aika berasa sedikit teruja.

"6..." , sepasang cermin mata dan beg tangan yang kecil yang mempunyai pelbagai gadjet di dalamnya turut ditatapnya.

That's new , monolognya.

"5..." , satu persatu barang tersebut diambilnya.

Aika hanya tersenyum sinis.

It's showtime , bisiknya dalam hati.

"4..." , pakaian spynya terus diambil lalu digantinya denagn gaun putih yang langsung tidak menawan.

"3..." , sepucuk pucuk pistol kecil , sebilah pisau disoroknya di pergelangan kaki.

Underground Rebel (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now