Bab 1

101 6 0
                                    

Hospital Besar Underground..

Satu-satunya bangunan yang masih belum dikunjungi raksasa-raksasa yang liar dan ganas. Jauh di dalam satu sudut bilik berwarna putih terdapat seorang gadis terlantar di atas sebuah katil. Wajah gadis itu sungguh cantik bak bidadari.

Perlahan-lahan kelopak mata gadis tersebut mula terbuka. Perkara pertama yang dilihatnya ialah seorang lelaki berpakai coat putih bersama dua lelaki berkaca mata hitam di sampingnya. Gadis tersebut terkejut lalu terbangun daripada baring tadi.

"A-awak ni si-siapa..?" , Aika berkata dalam keadaan yang tergagap-gagap.

Soalan Aika tadi langsung tidak diendahkan oleh lelaki tadi. Sebaliknya dia menanyakan soalan lain kepada Aika.

"Boleh jalan?" , katanya dengan tegas.

Belum sempat Aika menjawab soalannya , dua orang lelaki di sampingnya tadi terus menurunkan Aika dari katilnya lalu menolongnya untuk berdiri dengan kedua-dua belah kakinya.

Perlahan-lahan Aika mula menggerakkan kakinya untuk berjalan setapak demi setapak. Nampaknya setakat ini masih berjalan dengan lancar.

"Ada rasa pening kepala atau..." , lelaki tersebut terhenti bercakap seketika apabila Aika mula menanya lelaki tadi dengan pelbagai soalan.

"A-awak ni siapa..? Saya dekat mana ni?" , ujar Aika satu persatu.

Lelaki tadi terus tersenyum kecil mendengar pertanyaan Aika. Namun , senyumannya membuatkan Aika memandangnya penuh kehairanan.

"Akhirnya tanya juga soalan tu" , keluh lelaki tadi.

Aika hanya menunjukkan riak muka yang kosong. Langsung tidak dapat mentafsir apa yang dimaksudkan oleh lelaki tersebut.

"Saya , Dr. David. Just call me , David. Ini ialah bilik khas awak. Kita berada di Hospital Besar Underground. Satu-satunya kawasan yang belum diserang oleh raksasa yang dahsyat" , ujarnya panjang lebar.

Aika hanya mengangguk kecil sebagai tanda faham. Dr. David mula mengarahkan dua orang lelaki berkaca mata hitam tadi untuk membawa Aika ke bilik persalinan.

Aika hanya mengekori dua orang lelaki tadi ke suatu bilik yang lain. Bilik yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan pakaian ala-ala spy. Aika hanya mengangkat sebelah keningnya , langsung tidak memahami situasi yang sedang berlaku sekarang.

Dengan tiba-tiba , kelibat Dr. David sudahpun tiba di bilik tersebut terlebih dahulu daripada Aika dan dua lelaki tadi.

"Seperti yang awak lihat , kita sudah tiba di bilik persalinan , bilik di mana awak boleh pilih segala apa senjata yang awak mahu" , Dr. David berkata dengan satu senyuman sinis di bibir.

Aika mula mengorakkan langkah ke dalam bilik tersebut. Segala senjata dan pakaian di situ ditatapnya.

"Saya boleh ambil dan pakai apa-apa yang ada dalam bilik ni..?" , kata Aika tanpa menoleh ke arah Dr. David.

"Sudah tentulah" , kata-katanya membuatkan Aika teruja.

Salah satu pakaian spy yang ada di situ terus diambilnya lalu disarungnya di bilik persalinan. Pakaian tersebut berwarna hitam yang sungguh menawan hati. Aika mencerminkan dirinya dalam pakaian tadi.

Cantik! , satu sahaja perkataan yang boleh dijelaskan oleh Aika.

Aika mula membelek-belek senjata-senjata yang ada di dalam bilik tersebut. Dua bilah pedang samurai diletaknya di belakang badannya. Satu pistol kecil tersergam kemas di tali pinggangnya diturut sertakan juga dua biji bom dan beberapa peluru tambahan. Satu bilah pisau kecil diikuti dengan satu pistol kecil di kedua-dua pergelangan kakinya. Akhir sekali , dua senapang tersergam kemas di sisinya.

Kalau dilihat dengan sendiri , Aika seperti ejen rahsia yang hot. Seluruh bilik persalinan tadi terus berubah menjadi bilik kosong yang mempunyai lima buah pintu yang besar. Aika terkejut dengan perubahan tersebut segera memegang dua senapang tadi di tangannya.

"Subject Y. Dengar sini. Ini adalah sesi untuk uji kekuatan dan ketahanan awak. Jadi , bersedia" , suara tersebut bergema seluruh bilik tadi.

Aika yang sudah memegang erat kedua-dua senapang hanya mengerling ke arah semua pintu-pintu besar di situ.

"Listen up! Setiap 5 minit , akan ada 5 mayat hidup berjalan masuk melalui lima pintu besar di sekeliling awak , Subject Y. Be aware!" , suara Dr. David terus bergema di dalam bilik tersebut.

Lampu di bilik tersebut secara tiba-tiba bertukar menjadi warna merah. Seakan-akan seperti alarm memberi amaran. Aika yang hanya tercegat di situ sudah kecut perut. Bunyi siren kecemasan mula bergema seluruh bilik.

"Subject Y , ready to kill....now!" , amaran dari Dr. David terus memecah gegendang telinga Aika.

5 Zombie terus melangkah keluar dari kelima-lima pintu besar tadi. Senapang yang ada terus diangkat menghala ke arah Zombie-zombie yang datang ke arahnya.

Kasut boot Aika terus menggelongsor di atas lantai yang licin membolehkan badan Aika ditundukkan sedikit. Peluru-peluru terus melekat di kepala setiap Zombie yang ada. Separuh masa pertama berjalan dengan lancar. Namun , separuh masa kedua menjadi agak huru-hara.

"Subject Y! Ready" , speaker yang tersembunyi di bilik tersebut kembali berbunyi lagi.

5 Zombie melangkah keluar dari pintu-pintu besar lagi. Baru sahaja Aika mahu mengangkat senapangnya untuk melepaskan tembakan , secara tiba-tiba Aika jatuh mencium bumi. Kepalanya terus dipicit-picit. Kesakitan menguasai diri Aika menyebabkan Aika tidak mampu berdiri. 10 Zombie mula merapati Aika yang sudah terduduk di lantai.

"Subject Y! Bangun! Kalau tak , awak mati!" , teriak Dr. David.

Dengan tiba-tiba , warna hijau mula menyala dari mata Aika. Sekelip mata Aika bingkas bangun. Kesemua Zombie yang ada di sekelilingnya mati dengan dua libasan pedang samurainya yang datang dari dua arah. Lampu merah di bilik tersebut terus bertukar menjadi putih semula. Aika jatuh melutut dengan nafas yang tercungap-cungap.

Subject Y belum sedia lagi , gumam hati Dr. David.

Tanpa Dr. David sedari , Aika menghalakan senapangnya ke arah tingkap kaca di hadapan Dr. David.

Alamak! D-dia boleh nampak tingkap kaca ni , jerit Dr. David dalam hati.

Dua das tembakan dilepaskannya. Serta merta tingkap kaca tersebut pecah. Wajah Dr. David habis terkena serpihan kaca tersebut. Dari jarak jauh , sebalik semua serpihan kaca tersebut , Dr. David dapat lihat riak wajah Aika pada waktu tu. Wajah yang bakal menentukan ajalnya akan tiba tidak lama lagi.

Underground Rebel (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now