Bab 2

95 5 0
                                    

Aika terus melompat melepasi tingkap kaca yang sudah pecah itu. Baru sahaja dua orang bodyguard yang turut ada di bilik tersebut mahu menangkap Aika , Aika telah menyepak mereka berdua dengan sungguh kuat lalu menghalakan senapangnya ke arah mereka. Dua das tembakan terus menghinggap dahi kedua-dua bodyguard Dr. David.

Pandangannya terus tertumpu pada Dr. David yang baru sahaja mahu melarikan diri. Tanpa membuang masa , Aika mengambil pisau kecil yang disoroknya di pergelangan kaki lalu membalingnya tepat ke arah dinding menyebabkan Dr. David jatuh terduduk melihat kehadiran pisau tadi.

"Dr. David nak pergi mana..?" , Aika mula mengorakkan langkah ke arah Dr. David yang sudah terkaku seperti batu.

"S-saya...ta-tak...pe-pergi ma-mana...p-pun.." , ujarnya tergagap-gagap.

Perlahan-lahan Aika menarik keluar pisau kecilnya itu lalu meletakkannya pada dagu Dr. David. Dr. David hanya terkaku dengan tindakan Aika.

"Sekarang...David...awak kena jawab soalan saya" , ujarnya dengan tegas.

Dr. David hanya mampu menelan air liur. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala sebagai tanda faham.

"Kenapa David panggil saya 'Subject Y'?" , Aika hanya memandangnya tepat pada mata yang membuatkan Dr. David lebih ketakutan.

"Cakap cepat" , Aika menudingkan pisau kecilnya ke arah leher Dr. David , seakan-akan mengugutnya.

"Cik Aika merupakan sa-salah satu uji kaji Dr. Alberto. S-saya tak t-tau kenapa dia buat macam tu..." , Dr. David hanya berkata dalam keadaan tergagap-gagap.

Aika mula menyimpan semula pisau kecilnya di pergelangan kaki sebelum kembali memandang Dr. David.

"Ada apa-apa lagi yang David perlu bagitau saya?" , Aika merenung mata Dr. David yang membuatkannya kurang selesa dengan renungan Aika.

"Okay! Baiklah saya bagitau. Cik Aika disuntik satu bahan kimia yang berbahaya yang menyebabkan Cik Aika sebagai Subject Y. Kami ingat ujian ke atas Cik Aika gagal kerana Cik Aika mengalami koma selama 4 tahun. Tapi entah macam mana Cik Aika sedarkan diri hari ni" , jelasnya panjang lebar.

"Sewaktu saya berlawan dengan Zombie-zombie tadi , saya pening kepala. Saya dapat rasakan satu memori kembali ke ingatan saya. Ada seorang gadis berambut pendek dibawa lari oleh seorang lelaki. Boleh jelaskan siapa gadis tu?" , katanya tanpa memandang Dr. David.

Mata Aika tertumpu pada seluruh bilik tersebut. Tercari-cari sama ada terdapat kamera tersembunyi di mana-mana. Pintu besar di hadapannya juga turut diawasinya. Jikalau ada sesiapa yang akan tiba di sini , dia perlu berlakon seperti ditangkap semula oleh Dr. David. Ya. Itulah rancangan Aika dari mula tadi.

"Gadis berambut pendek..." , mata Dr. David terus membulat sebaik sahaja teringat tentang perkara tersebut.

Dr. David menelan air liur dengan sukar sekali. Memandangkan dia terpaksa memberitahu salah satu rahsia yang tidak sepatutnya dia beritahu. Jikalau terbongkar , maut menantinya. Dia menarik nafas yang panjang lalu kembali bersuara.

".....d-dia adik kembar Cik Aika...dia juga...sub-subject Z" , ujarnya terketar-ketar.

Aika hanya terdiam. Tanpa dia sedari , airmatanya mula menitis satu persatu.

A-adik kembar...? , gumam hatinya.

Secara tiba-tiba , Aika jatuh terduduk menyebabkan Dr. David turut terkejut. Suatu cahaya hijau mula menyala dari matanya menyebabkan nafas Aika menjadi tercungap-cungap. Satu vision mula hadir dari ingatannya.

Underground Rebel (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now