Bunyi tapak kaki mula menghampiri Aika membuatkan Aika memegang erat pistol kecil yang ada di pinggangnya.
"Kau di tempat persembunyian kami. Dan kami perlukan kau untuk keluar dari dunia gila ni" , kata suara yang tiba-tiba sahaja muncul di belakang Aika.
Aika terkejut lalu bingkas bangun sambil menghalakan pistol tersebut ke arah lelaki tadi. Kesemua wajah yang ada di sekelilingnya dihalanya pistol tersebut termasuklah Kaiden.
"Apa yang awak semua nak dari saya?! Tolong awak semua keluar dari sini?!" , kata Aika sedikit marah.
Kaiden cuba merapatkan dirinya namun sebaik sahaja Aika perasan dengan tindakan Kaiden , segera pistolnya dihalakan terus ke arah Kaiden.
"Jangan dekati saya..." , tegasnya. Namun , Kaiden berdegil lalu terus mendekati Aika sedikit demi sedikit.
Sebaik sahaja Aika mahu menarik picu pistol tersebut , tiba-tiba sahaja pistol yang dipegangnya jatuh ke tanah. Seluruh tubuh Aika menggigil. Crystal menganjakkan diri ke hadapan sambil tangannya diangkat ke atas. Matanya terus bercahaya biru. Badan Aika kaku secara tiba-tiba seperti sesuatu menghentikan pergerakannya.
"Jangan bunuh Kai-kun.. dia yang paling risau pasal Aika-san sampai merintih tengok keadaan....-" , tiba-tiba sahaja Crystal jatuh melutut.
Aika juga turut jatuh melutut ke tanah. Dari jarak yang jauh , Aika dapat dengar suara tangisan Crystal. Perlahan-lahan dia mengangkatkan kepala lalu terlihat beberapa titisan airmata jatuh mengalir ke pipi Crystal. Aika bingkas bangun lalu mengorakkan langkah ke arah Crystal namun dihalang oleh lelaki yang bersuara pada mulanya.
"Jangan dekati adik aku" , ujarnya penuh tegas.
Aika hanya berdiam diri lalu berganjak ke belakang sedikit. Dia mengerling ke arah Kaiden lalu memandang ke lantai. Lama-kelamaan dia mula bersuara semula.
"So..Apa yang saya boleh tolong awak semua?" , pertanyaan yang mengejutkan keluar dari mulut Aika amat memeranjatkan mereka semua.
Crystal terhenti menangis seketika lalu mengangkat muka.
"A...aika-san?" , katanya terketar-ketar.
Aika hanya memandang ke lantai , langsung tidak mahu mengangkat muka. Aika hanya mengeluh kuat. Kepenatan menguasai dirinya. Mereka semua kekal berdiam diri sehinggalah Kaiden memberanikan diri untuk bersuara.
"Umm..rasanya Aika belum kenal nama kami semua..." , ujarnya.
Aika langsung tidak memberi apa-apa respon dengan apa yang diperkatakan oleh Kaiden.
"....Yang selamatkan kau , Miss Sophie. Yang tengah nangis tu , Crystal. Dan di depan Crystal tu abang dia , Joel...Mereka semua juga ada kebolehan...Aku boleh bagitau kebolehan mereka...-" , belum habis Kaiden bercakap , Aika telah memotong percakapannya.
"Tak perlu. Saya dah tau apa kebolehan mereka semua. Miss Sophie , kuasa pengetahuan dan half-witch. Cuma Miss Sophie tau semua yang berkait pasal perubatan je. Crystal , hacker dan mind controller. Joel , hacker dan weapon creater. Dan akhir sekali , awak. Kaiden , half-werewolf. Saya dah tau semuanya dengan sekilas pandang" , ujar Aika panjang lebar.
Tanpa mengendahkan reaksi muka Kaiden pada waktu itu , Aika mengorakkan langkah ke arah beberapa komputer riba di salah satu meja yang ada di situ. Pandangannya beralih ke arah Crystal yang sudah reda daripada menangis.
"So...Crystal dan Joel yang bantu awak masuk hospital Dr. Alberto ya , Kaiden?" , katanya langsung tidak berpaling ke arah Kaiden.
Kaiden hanya mengangguk kecil. Sekadar membalas pertanyaan Aika.
YOU ARE READING
Underground Rebel (DISCONTINUED)
FantasíaDunia bakal tiba ke penghujungnya. Segala raksasa mula menghantui malam. Disangka selamat daripada semua ancaman tersebut. Namun , semuanya salah. Kisah tentang sepasang gadis kembar yang menyangka ayah mereka membawa mereka jauh dari dunia yang sud...