Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Bagi aku, kau sahabat bukan sekadar teman aku."
"Pegang erat tanganku, sahabatku."
"Pimpinlah tanganku bersama-sama ke syurga Ilahi yang kekal hakiki, sahabat."
......................
Nina melihat dunia ini tak seperti apa yang dia impikan. Dunia yang tiada perbalahan, dunia yang tiada maksiat, dunia yang harmoni. Nina berasa kecewa atas dirinya sendiri yang telah hanyut dengan dunia yang penuh dengan fatamorgana. Dia termenung jauh di tepi tasik. Tiba-tiba, Kak Sha menepuk bahu Nina sambil memberi salam. Kak Sha merupakan senior dia di kolej.
"Assalamualaikum, dik.", kata Kak Sha.
Nina dengan terkejutnya, membalas salam Kak Sha itu.
"Waalaikumussalam. Ada apa akak?""Akak dalam perjalanan nak ke pasar malam. Tiba-tiba, akak nampak kamu duduk seorang diri termenung jauh. Kenapa?"
Dengan nada lembut Kak Sha berkata-kata bagaikan ingin menghulurkan telinga dia untuk mendengar. Namun, Nina hanya memberi senyuman tanpa beri apa-apa jawapan. Keadaan menjadi senyap seketika dengan bunyi angin sepoi-sepoi bahasa bagaikan ada malaikat lalu.
**Kata-kata orang melayu yang sering diungkapkan**
Kak Sha kembali bertanya, "Adakah kamu ada masalah? Ceritakan sahaja pada akak. Kitakan kawan."
Tiada jawapan dapat diberikan oleh Nina. Lantas, Kak Sha berkata-kata.
"Tak mengapa lah, awak. Nanti jemput datang ke bilik akak macam biasa. "
Nina dengan senyuman yang manis berkata, "Insya Allah, akak. Lagipun, saya dah lama tak datang bilik akak. Saya nak pulang ke bilik saya dahulu. Assalamualaikum."
......................
Setelah sampai ke bilik, Nina menarik nafas sedalam-dalamnya dan bertenang. Nina menyiapkan diri sebelum masuk waktu Maghrib. Setelah selesai azan, Nina berdoa lantas mengambil wudhu'. Selesai solat dan zikir, Nina memikirkan cara untuk dia melakukan perubahan. Dia bertekad untuk berubah.
Saat itu, Nina mengambil buku nota kecil dan pensil. Nina memilih pensil kerana apabila dia melakukan kesalahan (dosa), dia akan menulis dan setelah dia dapat melakukan perubahan, dia memadam kesalahan itu. Pensil itu mudah dipadam dengan pemadam tetapi pen akan kekal selama-lamanya di kertas itu. Sejak dari itu, dia sentiasa membawa buku nota kecil itu ke mana-mana sahaja.
Setelah itu, Nina segera ke bilik Kak Sha menunaikan katanya. Sampai sahaja di bilik Kak Sha, Nina melihat Kak Sha sedang sibuk menyiapkan assignment Law nya. Nina memandang kipas lama-lama sambil baring sehingga tertidur.
Masuk waktu isyak, Kak Sha dengan lembutnya mengejutkan Nina supaya bangun dari tidur untuk menunaikan solat isyak berjemaah. Sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang lambat perlu menjadi imam. Nina dengan muka baru bangun tidur, menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Tak pula disangka oleh dia bahawa dia merupakan orang yang terakhir itu.
Nina menuju ke saf lantas iqamat kerana tidak mahu menjadi imam. Jadi, Kak Fai yang berada di tengah menjadi imam. Selesai sahaja solat dan wirid, Kak Sha mengajak Nina berborak.
"Nina, apa yang terjadi petang tadi?", pertanyaan Kak Sha ditanya dengan penuh tanda tanya.
"Akak, saya hanya nak menghirup udara yang tenang. Hehehe...."
Nina tersenyum sambil mengusap kepalanya memandang Kak Sha."Haippp.... Tak akan lah saja-saja? Akak kenal awak. Tak baik duduk seorang diri tau. Nanti syaitan membisik kita melakukan perkara jahat. Tak baik gak buang masa begitu sahaja. Membuang masa itu salah satu perkara yang syaitan suka. Cepat cakap dekat akak kenapa awak duduk seorang diri di tepi tasik tadi. Kalau tak nak beritahu, akak tak nak kawan awak. Lolsss."
Ayat yang seperti budak-budak digunakan Kak Sha untuk membuat Nina terhibur sekejap.
"Ada-ada je akak ni. Macam lah akak tak nak kawan saya. Kita kan sahabat. Tak akan lah sebab perkara kecil akak nak putuskan silaturrahim, right? Akak lupa ke doa rabitah yang sering kita baca selepas baca al-mathurat bersama? Haaaaa...."
"Mestilah akak ingat doa rabitah tu. Akak kan selalu baca doa itu. Sayang, awak. Sahabat yang suka mengingatkan akak. Tapi... cuba awak cerita sikit kenapa awak duduk seorang diri di tepi tasik. Tak baik bersendirian. Akak kan sahabat awak. Kalau akak tak ada, ada sahabat awak yang lain. Kalau awak nak bersendirian sekali pun, cubalah bersendirian bsujud kepada Ilahi di malam hari." Kak Sha senyum dengan senyuman yang manis.
"Ok...ok... Sebenarnya, saya nak bertafakur. Nak cari kesalahan saya. Adakah diri saya penyebab dunia ini tidak aman? Orang atasan mengatakan Malaysia ini harmoni tetapi hakikatnya saya lihat Malaysia ini penuh dengan bahaya. Tapi tak lah sebahaya seperti di Palestin, Syria, dan Rohingnya.
Saya teringat kata-kata seorang pak cik cina. Hari tu, saya nak ke KTM. Saya naik uber. Dalam perjalanan ke KTM, pak cik tu cerita bahawa Malaysia ini sudah lagi tak selamat. Orang Melayu akan tetap merompak orang Melayu sendiri. Dia kata lagi bahawa isu sesama kaum tidak lagi diendahkan. Yang paling memalukan, pak cik cina tu gelak terbahak-bahak menceritakan perkara itu.
Akak, saya malu kot... Di Malaysia, kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Sungguh, saya sangatlah malu. Orang Islam tak mampu mengharumkan nama Islam. Apakah maksud semua ini? Adakah disebabkan kesalahan saya menyebabkan dunia menjadi begini? Kenapa kita masih tak sedar akan perkara itu?
Lagi memalukan, saya sendiri kaum Melayu dan beragama Islam tak mampu membuktikan bahawa bangsa saya ini merupakan bangsa yang baik. Saya hanya mampu senyum. Hmmm..."
"Hmmm... Akak faham. Betul gak apa yang pak cik tu cakap. Mungkin dia sendiri pun pernah terkena. Perkara itu berlaku dalam realiti kehidupan di Malaysia ini. Orang merompak, mencuri dan segala-galanya tanpa mengira bangsa dan agama yang mereka berhadapan kerana terlampau terdesak.
Akak setuju gak apa awak cakap juga. Dalam banyak-banyak perkara berlaku di sekeliling kita, ada perkara merupakan kesalahan diri kita sendiri. Jadi, kita perlu sentiasa memperbaiki diri kita sendiri dan juga sekeliling kita. Mulakan daripada apa yang terdekat dengan diri kita sehinggalah perkara baik itu tersebar luas disekeliling kita. Insya Allah kita mampu lakukan."
Lantas, Nina bersuara dengan senyuman nya yang paling Kak Sha sukai. "Akak, hulurkan tanganku sehingga ke syurga."
"Insya Allah, adik akak yang comel." Sambil Kak Sha memegang bahu Nina dengan lembutnya. "Kita sama-sama mengubah dunia ini. Insya Allah."
![](https://img.wattpad.com/cover/94745940-288-k946775.jpg)
YOU ARE READING
Friendship
General FictionUkhuwah terbina persis sekuntum bunga💞 Ketika seorang mahasiswi, Nina perlu berpisah dengan sahabat-sahabatnya (Kak Sha, Kak Tiq dan Kak Fai) atas urusan keluarga, Nina masih lagi berhubung dengan mereka. Dia percaya bahawa jarak tak dapat memisahk...